Pengalaman Di Atas Pelayaran Libra Star Cruise

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !


Siapa pernah naik Star Cruise ? Bagi Khai , pengalaman berada di atas pelayaran Libra Star Cruise baru - baru ini adalah yang pertama dan tak akan dilupakan . 


ihsan google 


Sahabat media 
kredit gambar : Potia 


Walapun hanya belayar selama 2 Hari 1 Malam tapi tetap berasa beruntung . Mana tak nya  Khai dan beberapa orang lagi Sahabat Media sebenarnya telah dijemput khas  bagi menyaksikan Anugerah Ejen Pelancongan yang telah diadakan atas kapal mewah ini , sekali gus menikmati sendiri pelayaran ini . 


all access untuk ke semua tempat dalam kapal ni. tak ada benda ni goodbye la jawabnya

Jadi dikesempatan entry ini, Khai nak ceritalah sedikit pengalaman di atas kapal mewah 10 tingkat ini sebagai  'sneak peak' untuk pelayaran bersama Pak Nil april nanti. Untuk pelayaran singkat ini, Libra Star Cruise ini memulakan pelayaran dari Pulau Pinang ke sempadan Malaysia (International point ) dan berpatah balik ke Pulau Pinang. 




Sepanjang kami berada di atas kapal ini pelbagai aktiviti telah disediakan. Selain menyaksikan sendiri anugerah ejen pelancongan , antara aktiviti lain yang kami hadiri adalah 'Welcome Cocktail' , makan malam yang bertemakan ' Hawaiian' , 'Magic Show' , Acrobatic dan macam - macam lagi. 

kredit gambar : Potia 










Makanan 

Sebenarnya acara lebih kepada makan , makan dan makan ! Oh yer buat korang yang tak tahu , makanan di atas Libra Star Cruise ini adalah halal dan diiktiraf oleh JAKIM. jadi jangan risau yer tentang makanan di sini. 




Makanan disini pula setanding dengan nama kapalnya, malam itu kami dihidangkan banyak makanan yang sedap -sedap belaka dan yang menariknya bertemakan Hawaiian . Jadi pada malam tersebut memang banyaklah buah - buahan segar dihidangkan .Sambil menikmati makan malam di atas ruangan atas kapal dan ditemani bayu laut memang terasa seperti di Hawai ! 

Kejutan Sambutan Hari Lahir 

Oh yer , secara kebetulannya Khai sertai pelayaran ini pada Hari Lahir yang ke 22. Khai anggap jemputan belayar bersama Libra Star Cruise  ini sebagai hadiah Hari Lahir. Jadi malam tersebut, kebetulan pula pergi ambil angin laut dekat atas deck , bila dah penat dan nak tidur, masuk je bilik tengok - tengok ada kek dalam bilik . Pada mulanya terfikir , birthday siapa pulak ni ? Maklumlah bila dah penat , lupa segala benda. 



Dekat kek itu disertakan sekali kad ucapan dari Manager Hotel.  Memang terkejut giler ! Terima kasih Libra Star Cruise atas kejutan yang tak disangka. Memang tahun ni, agak bertuah , sambutan atas kapal mewah dan hari lahir yang ke 22 , pada 22 / 2. Kena pulak dalam surat beranak tercatat lahir pada 2 pagi. Everything is TWO !  

Kemudahan di atas Libra Star Cruise 

Di dalam kapal mewah ini terdapat banyak kemudahan disediakan. Ibarat hotel di tengah lautan, setiap kemudahan menjaminkan kepuasan bagi setiap penumpang.  

Bilik yang kami dapat , Oceanview Stateroom with porthole . Bilik bukan main besar, duduk berdua je.Sangat flexible sebab katil dia boleh bukak atas, dan di bawah boleh jadi tempat duduk

pemandangan dari bilik 

Menyediakan 677 kabin , kapal  Libra Star Cruise ini boleh memuatkan 1,345 penumpang dan pengunjung dalam satu masa. Terdapat 7 jenis bilik yang korang boleh pilih bermula dari Inside stateroom sehinggalah ke Executive Suite . Selain itu , antara kemudahan lain di atas  Libra Star Cruise  ini adalah 
  • Restoran Halal ( Spices Restaurant and Blue Lagoon ) 
  • Ruangan Khas kanak - kanak bermain (  Children playroom ) 
  • Medical Centre 
  • Salon 
  • Gym 
  • Sauna and Massage 
  • Golf driving range 
  • Sun deck ( observation deck and sun- bathing ) 
  • swimming pool 
  • twin hot tubs ( jacuzzi ) 
  • sports deck ( basketball court , jogging track , shuffleboard 





sebenarnya Kalau Khai nak cakap satu demi satu kemudahan disini memang tak habis . Rasanya Khai sendiri tak sempat jelajah satu kapal ini sebab terlalu besar ! Jadi apa kata korang ambil peluang sertai Pelayaran Bersama Pak Nil april nanti jelajah dan alami sendiri pengalaman belayar merentasi lautan biru ini ! Best habaq ang ! Jom Belayar Bersama Pak Nil !

Nak tahu cara belayar bersama Pak Nil ? Baca DISINI 

P / s : ada rezeki , belayar lagi 




8 comments:

Mawardi Yunus said...

Happy besday. Moga lebih success after this bro..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tak sempat lg nk buat entri ni haaa...

anamizu said...

woahhh ! cool gila ! syoknya khai dpt surprise cake lagi dr manager cruise perhhh !

Khai Artzfar said...

@Mawardi Yunusaminnnn. tq mawardi ! :)

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)haha mau tak sempat dah ke utara nampak

Khai Artzfar said...

@anamizuhehe Alhamdulillah, rezeki

Nadia Shaira Shafii said...

Hb Khai...hehe ok.masuk list nad honeymoon pas mjlis thun dpn insyaAllah haha :)

Khai Artzfar said...

@Nadia Shaira Shafiitq cik nad! nak hadiah please XD