Total Pageviews

Sambutan Ulangtahun Kedua Kidzania Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Sambutan Ulangtahun Kedua Kidzania Kuala Lumpur baru - baru ini berlangsung dengan sangat meriah . Pemenang " Award - winning indoor family edutainment centre " ini telah menyambut ulangtahun  mereka bersama - sama dengan rakan industri , kanak - kanak dan ibubapa yang turut hadir memeriahkan majlis. 



Bertemakan " All Good Things come in 2s " rata - rata acara semuanya adalah berkaitan angka 2. Mana taknya , 200 pengunjung yang pertama telah diberi pas masuk secara percuma juga pada jam 2 petang sebanyak 200 pek bungkusan parti yang mengandungi pelbagai hadiah turut diberi kepada kanak - kanak yang hadir .



Kidzania Kuala Lumpur turut menjemput kanak - kanak dari Pusat Jagaan Kanak - Kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang sebagai tetamu istimewa mereka . 



Turut hadir merasmikan ulangtahun ini adalah Governor of Kidzania Malaysia , Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin merangkap Managing Director ,Chief Executive Officer of Themed Attraction and Resorts Sdn Bhd, Mr Andres Fabre selaku Chief Operating Officer of KidZania Central Government bersama - sama mereka adalah Encik Mohd Daud Mohd Arif , Secretary of Industry Development Division, Ministry of Tourism and Culture Malaysia ( MOTAC )  dan Tuan Haji Zainuddin Abas , Directo of Co-Curriculum and Arts Division, Ministry of Education . 

Buat korang yang tak tahu, mesti tertanya - tanya KidZania apa ? Untuk pengetahuan, KidZania ini merupakan Taman Tema mengenai dunia pekerjaan khas untuk kanak - kanak sebagai dedahan dan inspirasi mereka untuk memilih kerjaya pada masa akan datang. Pada tahun 2014 ini, pihak KidZania menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik khas untuk para pengunjung. Antaranya seperti KidZania CongreZZ dan Kids for a Greener World . 



KidZania CongreZZ ini merupakan platform untuk kanak - kanak berkongsi pendapat dan pandangan mereka mengenai KidZanian Community.  Kids for a Greener World pula adalah acara tahunan yang memberi inspirasi dan kesedaran kepada kanak - kanak dan ibubapa mengenai persekitaran .

Pendek cerita dengan segala aktiviti dalam KidZania dan program yang dirangka menjanjikan setiap keseronokan untuk para pengunjung ! Jadi tunggu apa lagi moh ke KidZania Kuala Lumpur 

Waktu Operasi KidZania Kuala Lumpur 
Masa : 10 pagi - 5 petang 
Ahad - Jumaat 

Hari Sabtu dan Cuti Umum
Sesi Pertama : 10 pagi - 3 petang
Sesi Kedua : 4 petang - 9 malam 

Harga Tiket 
Kanak - kanak : RM 75 
Dewasa : RM 50

Harga Tiket bagi Pemegang MyKad
Kanak - kanak : RM 60
Dewasa : RM 35

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web KidZania Kuala Lumpur 


atau hubungi KidZania Careline di

1300 88 KIDZ ( 5439 )


p /s : time kecik - kecik dulu tak ada pun benda macam ni *jeles*



5 comments:

NaZ said...

Memang meriah dengan sambutan yang amat menggalakkan...tak hairan lah hampir 1 juta pengunjung sejak 2012 semasa ia dibuka.

khai artzfar said...

@NaZini mesti selalu singgah ni haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh tak pernah masuk sini. hehe sheila datang klik tabung nuff kamu ~~~

Nadia Johari said...

pergh meriahnyer...

khai artzfar said...

@Sheila Salimtq sheila