Total Pageviews

Sekitar Sepetang Bersama Bloggers 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pada 8 Mac 2014 yang lalu telah menyaksikan satu lagi sejarah himpunan mega para blogger dimana acara Sepetang Bersama Bloggers 2014 telah berjaya dilaksanakan oleh Denaihati Network . Tahniah diucapkan yer ! Sebab event ini tersangatlah meriah dengan kehadiran hampir 350 orang blogger dari seluruh Malaysia.



Untuk pengetahuan korang yang tak pergi, Blogger - blogger dari Indonesia pun sanggup turun tau ! Memang rugi sangat - sangatlah pada korang yang tak join. Sebab inilah peluang untuk korang luaskan lagi network dan kenalan korang. Yer la manalah tahu kan, lepas ni kalau ada acara kat mana- mana bolehlah ajak sekali. 



Sepanjang acara ini berlangsung, beberapa orang panel dari blogger yang berpengalaman telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai dunia blogging ini. Antaranya adalah RedMummy , Ben Ashaari , Hazman Fadzil dan Zarul Umbrella. Cakap pasal abang Zarul Umbrella, nasiblah pada hari tersebut beliau ada acara bersama para blogger, kalau tidak beliau ditugaskan untuk terbang bersama pesawat MAS ,#MH0370

Selain itu  #SBB2014 #SBBYEOS2014  telah mengadakan beberapa pertandingan dan cabutan bertuah . Hadiah dia jangan cakaplah memang lumayan. Ada gadjet terkini, pakej percutian , makan malam bersama Denaihati, wang tunai dan banyak lagi. 



Alhamdulillah pada kali ini , Khai dapat hadiah cabutan bertuah bagi minggu pertama iaitu wang tunai sebanyak RM100. terima kasih yer Denaihati Network 



Untuk Sepetang Bersama Blogger 2014 , Yeos telah menjadi penaja utama bagi acara ini. Penaja - penaja lain yang turut menaja bersama acara ini adalah Ephyra , Lazada , Al - Ansar Health dan banyak lagi. 



Malah pada hari tersebut , duta Ephyra , Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza telah hadir sendiri ke perhimpunan Mega Blogger ini untuk sama - sama menyokong acara yang julung kali diadakan ini. 



Diakui #SBB2014 #SBBYEOS2014 ini banyak membantu para blogger dari segi perkongsian ilmu dan banyak lagi .Dekat sinilah masanya kalau sebelum ni hanya berkenalan dalam maya, pada acara ini akhirnya bersua muka juga. Bayangkan lah Khai pun ada jumpa kawan - kawan lama yang dah bertahun tak jumpa termasuklah kawan - kawan dari IluvTour merangkap jurugambar rasmi pada #SBB2014 #SBBYEOS2014 Terima kasih yer kawan - kawan. 

sampai orang perasan time SBB duduk tak diam haha


Oh yer dikesempatan ini, buat kawan - kawan yang pergi  #SBB2014 #SBBYEOS2014  baru - baru ini kalau Khai ada terlepas pandang atau tak sempat jumpa, mohon maaf yer. Buat yang dah berjumpa tu , harap lepas ni keep in touch ye.

kredit gambar  : Iluvtour

p/s : berjalan merata sepanjang event berlangsung, memang tak lekat dekat kerusi kekeke

23 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya. nampak meriah betul.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

✿INA AINAA✿ said...

Akhirnyaaaaa dapat juga jumpa dengan Khai!!! heheheh apapun, memang best event kali ni. Alhamdulillah

Mrs. Solarstreak said...

Cakk !

blogger retisss tuu.
hehe..

kecik je kamu ni khai..

nice to meet you, bro ! :)

Farid Laham said...

xjumpa khai pun hehe :P

hazman fadzil said...

Nice....yang penting SBB salah satu platform kita dapat pengalaman sosial yang berguna....

khai artzfar said...

@Sheila Salim eh sheila tak pergi ke? anyway thanks ye

khai artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿Alhamdulillah jumpa lagi kita yer setelah bertahun tak jumpe

khai artzfar said...

@Nurul Atiqah Ahmedamboi kecik katanya? padahal besor je nih haha ni perli ke apa. nice to meet you too

khai artzfar said...

@Farid Lahamamboi yg ni dah selalu jumpa haha

khai artzfar said...

@hazman fadzil wow abg man ! hehe Alhamdulillah, banyak tips yang dapat tambah - tambah lagi pasal event berbayar

Mohd Rasul Abu Hanipajh said...

mmg meriah. harap tahun depan denaihati buat lagi :3

♥ Nana BamBam ♥ said...

As'salam,
sedih x dapat pergi.

Inshaallah mesti akan pergi untuk next event SBB.. aminn

iuzira said...

bestnya bole blanja :P

khai artzfar said...

@Mohd Rasul Abu Hanipajhharap tahun depan lagi meriah la ye

khai artzfar said...

@♥ Nana BamBam ♥Insyallah next time ye

khai artzfar said...

@iu-hazirah haha meh la sini

profhariz said...

Congrat bro RM100 tu. Hihi

Anonymous said...

gambo kita xde pun hehehe khai sibuk bebenorr haha

khai artzfar said...

@profhariz haha thanks bro

khai artzfar said...

@profhariz haha thanks bro

khai artzfar said...

@sheda ucu haha sibuk berjalan :P

KamilSalleh said...

Salam...kat mana Khai berada, tak sempat berjumpa. Ramai sangat ya, sampaikan nak bergambar pun tak sempat, gua tahu bateri telefon gua dah habis, tak boleh buat apa2 da... Semoga ada kesempatan, kita berjumpa di SBB lagi di tahun akan datang.

Nadia Johari said...

rugi tak pergi..sobsob...nak jumpe lagi ngan dak cute ni..ahhaha