Juan Valdez Cafe Kini Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Siapa peminat kopi tegar dekat sini ? Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke pembukaan rasmi kedai kopi terkenal , Juan Valdez Cafe yang pertama di Malaysia . 




Pada perasmiannya ramai tetamu kenamaan telah hadir termasuklah kedutaan Colombia sendiri.Malah ikon mereka yang merupakan seorang pengembala dan seekor keldai pada logo Juan Valdez Cafe telah hadir sebagai gimik perasmian tersebut.  



Untuk pengetahuan korang Juan Valdez Cafe telah mempunyai 267 cawangan di serata dunia. Keistimewaan kopi mereka adalah ianya datang asli daripada Colombia yang mempunyai rasa dan keunikan sendiri. Pada perasmiannya juga, mereka telah membawa 3 orang pakar Colombia yang arif mengenai hospitaliti dan brewing untuk menyediakan rasa kopi premium kepada para tetamu! Budak Pacak sempat mencuba kopi - kopi mereka termasuklah freeze coffee yang dihidangkan beku, terbaik !





Bagi Budak Pacak yang sememangnya Coffee lover akui kopi Juan Valdez  antara kopi yang terbaik dan setanding dengan coffee shop yang ternama. Kalau tidak , takkanlah sampai beratus cawangan dorang kan? Malah kami diberi tiga kampit Kopi premium Juan Valdez untuk dibawa balik dan rasa sendiri keenakannya di rumah.  Terima kasih Juan Valdez Cafe .

Untuk korang yang nak cuba alami sendiri aroma kopi Juan Valdez ini bolehlah ke cawangan mereka yang pertama di 

Juan Valdez Coffee Shop
Lot G-22 Ground Floor
Intermark Mall, The Intermark
348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur 

untuk maklumat lanjut boleh layari www.juanvaldezcafe.com dan www.cafedecolombia.com

p/s : Lain kopi lain aroma nya. 

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Kena try ni sebab ena pun coffee lover. Mesti harga pun menarik. Tak kisahlah sebab nak makan/minum kan. hehehe

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿kalau star... boleh takkan yang ni tak boleh hahaa

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿kalau star... boleh takkan yang ni tak boleh hahaa