Malaysia Wedding Festival 2014 (MEFA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,


Bercadang untuk kahwin ? Tercari - cari pakej perkahwinan seperti baju pengantin , pelamin dan sebagainya ? Jadi Malaysia Wedding Festival 2014, wajib korang pergi .



Malaysia Wedding Festival (MEFA) antara festival perkahwinan yang terbesar di Malaysia kerana mengumpulkan lebih 70 vendor di dalam satu bumbung dan antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.



Acara ini akan diadakan pada 2 - 4 Mei 2014 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam . Masuk adalah percuma yer kawan - kawan.


         

Ibarat pameran pengantin , Malaysia Wedding Festival 2014 (MEFA) anjuran Qistina Avenue Sdn Bhd bersama - sama penaja utama MyDream Wedding dan EDM Events Photography turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia dan Cuti -Cuti 1 Malaysia. Ini bermakna pameran pengantin ini bakal mendapat tarikan daripada pengunjung.



Sempena acara tersebut, pelbagai akitiviti menarik telah disediakan antaranya seperti pertunjukan busana pengantin , pencarian model inspirasi perkahwinan 2014, promosi harga pakej perkahwinan 2014, pertandingan makeup artis serta persembahan pentas yang menarik .



 Selain itu antara kejutan yang menanti adalah korang berpeluang mendapat hadiah bernilai  RM15,000 serta setiap tempahan yang korang buat pada hari tersebut korang turut berpeluang sertai cabutan bertuah. giler gempak , bukan  ?

Bagi Budak Pacak , inilah masanya untuk korang membuat planning awal untuk membina 'masjid' . Yer la selalunya dengan adanya acara seperti ini harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan korang boleh berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari ketetapan seperti di bawah ;

Laman web www.mefa.my
Instagram : MEFAPENGANTIN
Twitter : @MEFAEVENT
EMAIL : sales@mefa.my

Phone No: 012 387 1775 / 018 282 5535 

p /s  : tak jumpa calon lagi ,kehkehkeh 

2 comments:

Wendy Pua said...

bestnya, nak kahwin ada fair lagi!
will go lepak lepak for my wedding too!

Khai Artzfar said...

@Wendy Puahaa , wendey nak kawin kan silalah ke sini nanti hehe