Total Pageviews

Review Filem The Grand Budapest Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Sebelum Budak Pacak mulakan Review Filem The Grand Budapest Hotel ni , Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kisah Tatie dan Nuffnang kerana menjemput empunya diri ini ke Tayangan Filem The Grand Budapest Hotel. Semua ni sebab Kisah Tatie menang sepasang tiket, makin murah rezeki beliau yer.

kredit gambar : Kisah Tatie 


Baiklah mengenai filem The Grand Budapest Hotel , bagi Budak Pacak ianya adalah satu filem yang bergenre komedi berlatar belakangkan zaman klasik dan telah dimodenkan olahan ceritanya. 



Filem ini mengisahkan seorang pengusaha hotel, Monsieur Gustave H lakonan Ralph Fiennes yang telah terlibat dalam tuduhan membunuh kekasihnya dan pada masa yang sama turut dituduh memonopoli wasiat kekasihnya. 



Terdapat banyak tentangan daripada keluarga kekasihnya sehingga beliau telah ditangkap. Sewaktu beliau dalam kesusahan , Bell Boy Hotel - Zero Moustafa lakonan Tony Revolori masih setia dengan majikannya sehingga beliau turut mencari jalan untuk membawa majikannya lari daripada penjara. Rancangan untuk membawa majikannya keluar berjaya dengan bantuan beberapa pihak.



 Akhirnya ,semua konflik terlerai dan Monsieur Gustave H terbukti tidak bersalah. Selesai kes ini ,mereka telah menaiki keretapi untuk ke sempadan namun begitu di dalam keretapi ini Monsieur Gustave H telah ditembak kerana mempertahankan Zero daripada ditangkap. 

Nak tahu lagi kesudahan cerita ini korang kenalah tengok sendiri di pawagam berhampiran. Cerita ini sesuai untuk ditonton bersama keluarga malah korang akan terharu dengan beberapa pengajaran yang terdapat dalam filem ini. 

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang

p / s : jarang dapat tengok wayang 

4 comments:

Hafiz Hafizol said...

macam x best je . /:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

byk kena pakai otak ek movie ni..??

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizolbelum tengok , belum tau bro

khai artzfar said...

@zulhilmi tempoyakending dia je kot. agak celaru sikit