HTC One M8 Kini Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

HTC One M8 Kini Di Malaysia ? Pada 8 Mei yang lalu , Budak Pacak telah dijemput untuk ke majlis pelancarannya. 



Untuk pengetahuan korang setakat ini HTC One mempunyai rekod terbaik iaitu pada tahun lepas ianya telah dinobatkan sebagai peranti terbaik sepanjang 2013





Terdapat beberapa penambahbaikan dan juga perubahan pada siri HTC One M8 . Antaranya adalah rekaannya kali ini lebih melengkung membuatkan ia selesa dipegang. Malah kemasan yang lebih berkilat membuatkannya nampak lebih kemas dan elegan. 



Apa yang Budak Pacak suka mengenai penambahan terbaru dalam HTC One M8 adalah fungsi motion launch. Berfungsi seperti sentuh untuk menghidupkan peranti, aplikasi ini juga memperkenalkan fungsi sentuh untuk ke beberapa aplikasi yang lain. 





Selain itu, HTC One M8 juga memperkenalkan HTC Dot View Cover. Dimana Dot View ini membolehkan pengguna  menjawab telefon seperti biasa tanpa perlu buka penutup terlebih dahulu.  



Bercakap mengenai kamera pula , HTC  One M8 juga mempunyai dwi flash  seperti iPhone 5S. Adakah ini saingan terbaru bagi produk Apple ?  




 Selain itu peranti ini juga mempunyai kamera khas untuk selfie,foregrounder untuk mengubah latar belakang ,Copy Paste  untuk meletakkan objek di hadapan gambar lain dengan mudah dan Season, kesan khas seperti hujan dan salji pada gambar.

Antara fungsi lain dalam HTC One M8 ini adalah 


Untuk harga pasaran di Malaysia , Harga HTC One M8 setakat ini adalah sekitar RM 2400. Jadi apa pendapat korang mengenai HTC One M8, yeay or nay 

p /s  ; saingan terdekat produk Apple 

9 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

comel HTC ni, canggih pun canggih.. tapi masih tak mampu nak beli lagi. huaaaaaaaaaa

Ismi Ana said...

Kwn ana pkai htc. Dia kata htc biase je. Huhu. Tak tau la hakikatnye cemane. Tp nampak macam samsung galaxy s5 lebih cantik. Huhu

Nurul Atiqah Ahmed said...

macam best ja!

tapi mahal tu....
kena menabung.. hoho

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿hehe kenalah start simpan duit dari sekarang

Khai Artzfar said...

@Ismi Analain orang lain citarasa

Khai Artzfar said...

@Nurul Atiqah Ahmedmahal untuk benda berkualiti tak apa kehkehkeh

Khamsi Abdullah said...

Yeay of course... lepas mintak bos sponsor r tapinye..

Hafiz Hafizol said...

Wow harga dia.. hahaha.. aku pakai rm200 je LOL

ezuddin said...

mahalnya. bagi saya ianya terlalu mahal untuk harga sebuah fon, bukan setakat htc je.. Tp pada org lain mungkin murah.

Sekarang ni dah ada fon yang setanding dengan semua smartphone yang harga berpatutan.

My post Smartphone Xiaomi MI 3