Total Pageviews

Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 


Siapa pelanggan Astro di sini ? Kalau pelanggan Astro baguslah, bagi yang bukan tu, jangan risau ye sebab pada entry kali ini , Budak Pacak nak berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Astro On The Go.




Jadi buat korang yang tak ada Astro tu baca sampai habis yer sebab mana tahu korang berminat untuk muat turun Aplikasi Astro On The Go . 

Kenapa Budak Pacak cakap Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini ? Dengan aplikasi Astro On The Go , korang boleh luangkan masa melihat rancangan kegemaran korang seperti drama Korea, game show atau mana - mana rancangan hanya di tablet atau smartphone korang. Yang paling menarik kesemua ini boleh dilihat dimana sahaja tak kira tempat atau masa.  Gempak bukan ? 




Tambah pula sekarang adalah musim Piala Dunia 2014 , kepada kaki bola di luar sana korang boleh lihat permainan pasukan kegemaran korang pada aplikasi Astro On The Go. Kalau ditanya Budak Pacak kenapa memilih Astro On The Go, sebabnya dengan aplikasi ini Budak Pacak boleh menonton rancangan Discovery Channel dan Astro TVIQ sebagai bahan rujukan untuk menulis dan mengajar. 

Ini turut diakui oleh pelajar - pelajar HELP University dan Sunway University sempena dengan jelajah Kampus Astro On The Go baru - baru ini. Untuk pengetahuan korang sambutan yang diterima amat menggalakkan .  






Budak Pacak sempat ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan jelajah Kampus Astro On The Go. Tak menang tangan langsung kakitangan Astro dibuatnya . 


Selfie bersama rakan blogger dan kakitangan yang bertugas







Mana tidaknya , dengan promosi pendaftaran Astro On The Go yang dijalankan  secara percuma dan ditambah pula dengan beberapa permainan yang menarik seperti pertandingan timbang bola dan cabutan bertuah telah menarik minat pelajar kedua - dua kampus ini . 






Budak Pacak sempat juga bertanya kepada beberapa orang pelajar disana, kenapa dorang beria nak daftar Astro On The Go ? Rata - ratanya memberi jawapan sebab nak tengok bola dan minat rancangan memasak.





 Dan dengan aplikasi ini membuatkan mereka tidak perlu risau berkejar masa balik ke rumah semata - mata untuk lihat rancangan kegemaran mereka. Sebab itulah ' I Choose Astro On The Go ' . 


Budak Pacak pun gunakan Astro On The Go untuk tengok Piala Dunia 2014


Mesti korang tertanya bukan macam mana nak muat turun aplikasi ini ? Disini Budak Pacak sertakan cara - cara untuk muat turun aplikasi Astro On The Go mengikut gadget korang masing - masing. 


klik untuk zoom 


Boleh ke bukan pengguna Astro gunakan aplikasi Astro On The Go ?Jawapannya adalah BOLEH walaupun korang bukan pelanggan Astro di rumah . Malah korang boleh akses secara percuma ke rancangan berikut 




  • Astro Awani 
  • Rancangan Astro Arena yang terpilih
  • Episod pertama Rancangan Khas seperti MasterChef All Stars , Maharaja Lawak Mega dan lain - lain 
  • Filem tempatan dan antarabangsa yang terpilih
  • Sukan Tempatan dan Antarabangsa secara Live yang terpilih seperti Liga Super Malaysia 2014 , Badminton World Series dan lain - lain 
Rasa rancangan atas seperti tidak mencukupi ? Jangan risau kerana kepada pelanggan Astro atau bukan pelanggan Astro di rumah masih ada kelebihan dan pakej yang disediakan kepada korang . 




Dengan aplikasi Astro On The Go, buat pengguna Astro yang melanggan pakej Astro Super Pack , Sports Pack , Multiroom da Value Pack di rumah  , korang boleh akses ke 30 rancangan kegemaran korang pada komputer , laptop atau mana - mana gadget tak kira dimana jua secara PERCUMA .Walau bagaimanapun akses kepada rancangan tersebut bergantung kepada pakej yang telah korang pilih.





Jika korang melanggan lain dari pakej di atas, korang masih boleh layari rancangan kegemaran korang yang lain pada Astro On The Go dengan bayaran hanya RM 10 sebulan

Bukan pelanggan Astro di rumah ? Jangan risau sebab korang masih boleh menikmati rancangan kegemaran korang pada Astro On The Go dengan  memilih beberapa pakej yang disediakan khas untuk korang . 

klik untuk zoom 


Jadi segalanya mudah bukan dengan Astro On The Go ?  Tonton rancangan kegemaran korang dengan kemudahan di hujung jari . Daftar sekarang sebab ianya adalah percuma  !  Terima Kasih Astro On The Go untuk aplikasi yang gempak ini. ' I Choose Astro On The Go , How About You  ? '


Best View In 360 Quality 


Muat turun aplikasi ini pada App Store atau Google Play. 
Daftar secara percuma di https://onthego.astro.com.my

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke 



p /s ; segala informasi di hujung jari. Terima kasih Astro On The Go 

6 comments:

Bahrain said...

Internet kena laju ni.

Hafiz Hafizol said...

memang bagus la astro on the go ni sbb semua FREE..

Ismi Ana said...

Pergh..pergh.. Semuanye mudah ek sekarang ni. Segalanya di hujung jari. Kalau nak, klik je.

khai artzfar said...

@Bahraineh tak juga bro. Boleh je surf,

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizol bagus kan Astro On the Go. Terutama bagi pelajar

khai artzfar said...

@Ismi AnaAstro On The Go contohnya, segalanya jadi mudah dengan hujung jari