Buffet Ramadhan di Pak John Steamboat & BBQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Dalam slot jom makan kali ini , Budak Pacak nak perkenalkan satu lagi lokasi Buffet Ramadhan iaitu di Pak John Steamboat & BBQ



Mempunyai dua cawangan , yang menjadi lokasi food review Budak Pacak kali ini di e-Curve Damansara. Buat korang yang suka makan steamboat Budak Pacak cadangkan Pak John Steamboat & BBQ  sebagai pilihan yang lain dari yang lain. 

Kenapa lain? apa yang bezanya dengan lokasi steamboat yang lain ? Ini kerana sup steamboat nya sangat sedap. Yang menjadi pilihan Budak Pacak adalah sup rebusan udang



Kebiasaanya kalau steamboat , supnya adalah sup daging atau ayam tetapi kali ini adalah sup udang. Dengan kemanisan air rebusannya , memang menaikkan selera buat para pengunjung. 








Selain itu bahan - bahan steamboatnya yang melebihi 100 jenis sangat segar ditambah pula dengan menu tambahan seperti nasi goreng , BBQ , pencuci mulutnya yang dibuat sendiri memang bagaikan syurga makanan. 







Kalau ke tempat lain, terdapat banyak kekurangannya. Ada yang dapurnya tidak dilengkapi grill pemanggang, untuk pencuci mulut kena bayar asing. Air pula kadang tidak mencukupi. 



Dengan harga RM39 , korang boleh nikmati semua ini sepuas - puasnya. Refill lah banyak mana yang korang nak tetapi harus ingat setiap yang tidak habis akan dikenakan caj. Bagus juga buat macam ni, kalau tidak membazir je. Bulan puasa nanti bulan naikkan amal , nanti membazir tu tak memasal jadi amalan syaitan, kehkehkeh...

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi , Pak Pak John Steamboat & BBQ telah menambah beberapa menu baru di dalam pakej steamboat mereka. Antaranya adalah seperti Nasi Tomato 



 Ayam Coke



Rendang Ayam dan Daging




 Gorengan Sayur



 Bubur Sayur 


dan juga yang menarik perhatian Budak Pacak iaitu Nasi Pulut Sumbat



Nasi Pulut Sumbat ini adalah pulut yang telah dibalut dengan daun teratai dan telah dikukus. Memang sedap dan baunya sangat wangi. Korang harus cuba .





Kemudahan di sini pula sangat selesa. Dengan konsep berhawa dingin , ianya mampu menampung 100 orang dalam satu masa. Ditambah pula pada hari - hari tertentu ada diskaun untuk ladies day, dan untuk pelajar pula ada diskaun setiap hari menanti mereka. 



Sesuai sangat diadakan majlis keramaian disini. 

Bulan Puasa nanti bolehlah ajak kawan - kawan atau ahli keluarga berbuka disini sebab ianya berbaloi - baloi...

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh ke 

Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
03-7733 3913
018-386 3139
018-389 3139


p /s ; banyak menu lain dari yang lain boleh didapati di sini

8 comments:

Ismi Ana said...

Aiskrim durian? Sedapnye! Huhu..

Faizal Fredley said...

wohaaa dah lama x makan steamboat nih..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Aku suke pulut sumbat tu haaa...

Nadia Johari said...

pergh sedap tu

Khai Artzfar said...

@Ismi Anamemang sedap

Khai Artzfar said...

@Faizal Fredleycubalah bro. gerenti puas hati

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)rasa dia lain dari yang lain kan

Khai Artzfar said...

@Nadia Joharihehe nanti bawalah family ke sini. makan sampai kenyang