Garnier Men Pilihan Lelaki Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Lelaki di luar sana , nak tanya korang , penting ke penjagaan muka ni ? Kalau bagi Budak Pacak sendiri ,terus terang cakap memang penting. 

Dengan faktor cuaca yang tidak menentu kadang muka berminyak membuatkan penampilan lelaki tu kurang bermaya atau tidak kemas. Jadi untuk produk penjagaan muka lelaki, Budak Pacak syorkan Garnier Men Pilihan Lelaki Terkini. 



Kenapa Budak Cakap Garnier Men sebagai  Pilihan Lelaki Terkini ? Ini kerana Garnier Men adalah jenama no 1 yang terlaris dalam penjagaan kulit lelaki sekaligus melambangkan sebagai satu produk yang dipercayai oleh kaum lelaki. Budak Pacak sendiri merupakan pengguna produk Garnier Men.

Bila lelaki mementingkan penjagaan diri terutamanya muka, sering kali dilabel sebagai lelaki metroseksual. Tanggapan itu tak penting janji utamakan kekemasan dan kebersihan. 

Lelaki dan kulit muka berminyak memang tidak boleh dipisahkan. Jadi buat korang yang alami masalah ini , bolehlah gunakan Garnier Men Turbolight Oil Control. Produk ini turut diakui dan dipakai oleh Aiman Hakim





Siapa Aiman Hakim ni  ? Pelakon yang sedang meningkat naik ini adalah duta baru Garnier Men sekaligus menjadi duta kedua selepas Fahrin Ahmad

Untuk Garnier Men Turbolight Oil Control , terbahagi kepada 3 iaitu brightening  moisturiser , charcoal black foam dan Icy Scrub .

Brightening Moisturiser berfungsi sebagai krim pencerah muka lelaki yang membantu stabilkan warna kulit dan mengurangkan minyak di muka. 

Charcoal Black Foam pula adalah untuk penggunaan harian yang membantu membersihkan dan mencerahkan kulit muka dan Icy Scrub pula memberi kulit muka lelaki berasa lebih dingin dan segar. 

Di kesempatan ini , Budak Pacak nak ajak korang sertai peraduan Garnier Men ' Take Control & Win ' . Korang berpeluang memenangi hadiah lebih dari RM 20,000 termasuk Sony PlayStation 4 , Sony Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014.



 Untuk melayakkan korang sertai peraduan ini sertakan sekali bukti pembelian mana - mana produk Garnier Men , jawab kuiz bola sepak dan lengkapkan soalan . Tarikh tututpnya adalah 30 Jun ye. Jadi cepat - cepat dapatkan sekarang. 

Bercakap mengenai produk ini , dekat mana nak dapatkan produk Garnier Men? Jangan risau kerana hampir di semua pasaraya di seluruh negara. Budak Pacak pilih Garnier Men, korang pula bagaimana ? '


Untuk maklumat lanjut 


p /s ; pakai sejak zaman sekolah ...

10 comments:

Ismi Ana said...

Entri ni utk lelaki je ke? Huhu.. Untuk perempuan ade tak? Miahahaha..! Gurau je! XD

Rosmadi Shakri said...

kawe pakai benda ni,,, kawe rasa lebih yakin :)

Rosmadi Shakri said...

kawe pakai benda ni,,, kawe rasa lebih yakin :)

Hafiz Hafizol said...

pakai sejak zaman sekolah?


no wonder la kulit licin haha


aku pakai NIVEA FOR MEN.

Khamsi Abdullah said...

@Rosmadi Shakri kawe pakai sabun cap nuri je..

Khai Artzfar said...

@Ismi Anakalau perempuan kan pakai loreal kehkehkeh

Khai Artzfar said...

@Hafiz Hafizoltry la pakai garnier bro

Khai Artzfar said...

@Khamsi Abdullahhaha yang tu sejak turun temurun

Nick Nashram said...

aku pakai nivea ngan vaseline..tapi tak putih2 pun..asyik duk padang je..haha.nak cuba garnier la plk.

Khai Artzfar said...

@Nick Nashramhaha ada produk yang bagi putih, kena pandai pilih