Total Pageviews

Misteri Hutan Lipur Gunung Senyum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Seperti yang sedia maklum , Budak Pacak dan beberapa orang rakan media telah ke Pahang bagi cover cerita di sebalik Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 . Tapi sebelum itu, kami telah bermalam di Homestay Felda Jengka 25. Tapi cerita di Homestay akan menyusul kemudian. 

Yang Budak Pacak nak bercerita dalam entry kali ini adalah Keunikan dan Misteri Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak di daerah Jengka , Pahang. 



Dalam perjalanan kami ke Gunung Senyum , kami telah singgah ke makam pahlawan negara yang terkenal iaitu Mat Kilau.Beliau telah dikebumikan di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. 





 Menurut sejarah , jasad Mat Kilau telah disemadikan di sini selepas 4 hari beliau mendedahkan identiti beliau sejak sekian lama menyembunyikan diri dan identiti. Ada juga cerita yang mengatakan, pantang larang tidak membenarkan Mat Kilau mendedahkan identitinya. Jika beliau dedahkannya, nescaya beliau akan menemui ajal. Wallahualam. 

Selepas itu , tibanya kami di Hutan Lipur Gunung Senyum telah disambut oleh Pegawai Perhilitan dan Perhutanan yang bertugas menyelia dan mengawal aktiviti di Gunung Senyum . 




Sampai sahaja di sini , kami terus meneroka masuk ke Gunung Senyum yang dikatakan penuh misteri. Selain Gunung Senyum , di kawasan sini juga merangkumi Gua Kolam Tujuh , Gua Angin , Gua Terang Bulan , Gua Taman 1 dan 2 , Gua Danau Impian dan Gua Makam Tok Long


Setiap nama Gunung di sini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebagai contoh Gunung Senyum namanya diambil disebabkan faktor bentuk gunungnya yang kelihatan seperti individu yang senyum. 

Gua Kolam Tujuh


Gua Kolam Tujuh pula diambil namanya dari 7  kolam yang terhasil dengan sendirinya dan Gua Makam Tok Long pula diambil namanya disebabkan makamnya yang terletak di dalam Gunung ini. 

Dikatakan juga mitos terdahulu menyatakan bahawa Tok Long telah berkahwin dengan penduduk Bunian disini. Disebabkan suatu hari isterinya telah ghaib, beliau telah mengambil keputusan untuk bertapa di sini sehingga ke hayat terakhir beliau. 




Menurut Pegawai Perhilitan dan Perhutanan yang bertugas , suatu ketika dahulu kawasan ini aktif dengan aktiviti riadah namun begitu sejak kebelakangan ini aktiviti di sini semakin malap. Malah ada ketika tiada langsung pengunjung.



Budak Pacak harap ada pihak yang berusaha untuk membaik pulih Gunung Senyum ini. Sayang kerana sejarah dan keunikannya masih ada lagi disini. Buat korang yang nak ke Jengka atau Temerloh , jangan lupa singgah ke Gunung Senyum sesuai untuk aktiviti riadah keluarga atau aktiviti berkumpulan. 


p /s ; nyamuk pun sakan gigit , 'lama'tak jumpa darah nampaknya 

3 comments:

Ismi Ana said...

Kenape xde org ke gua tu dah? Kekadang msti ade sebab tersendiri. Huhu

khai artzfar said...

@Ismi Anamisteri alam....

Unknown said...

TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
KHIDMAT GUIDE GUNUNG BERLESEN
KHIDMAT MELIPUTI:

-permit pendakian
-laporan polis
-jurupandu arah berlesen(guide)
-kit perubatan(asas)
-walkie talkie
-khidmat 4x4 transport
-rundingan persediaan pendakian

ANDY
017-9997790
whataps/sms/call