SAM'S Groceria Kedai Runcit Yang Terkini dan Urban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 


Siapa pernah ke Mydin ? Untuk pengetahuan korang ,Mydin  telah memperkenalkan SAM'S Groceria , Kedai Runcit yang terkini dan Urban



Kenapa Kedai Runcit yang terkini dan Urban ? Ini kerana  SAM'S Groceria telah dibuka di NU Sentral sekaligus melambangkan kedai runcit yang terkini. Terdahulu cawangan pertamanya telah dibuka di Gurney Paragon, Penang dan selepas ini cawangan ketiganya bakal dibuka di Lembah Klang. 

Untuk pengetahuan korang, SAM'S ini adalah suatu jenama yang baru. Kalau korang yang mengikuti blog ini, Budak Pacak pernah review Jom Makan di SAM'S Deli , Seremban 2. rujuk SINI 



SAM'S Groceria NU Sentral telah dirasmikan oleh Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Bin Mydin pada 23 Mei yang lepas dan kini ianya telah dibuka untuk orang ramai bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. 

Menguatkan lagi fakta kenapa  SAM'S Groceria , Kedai Runcit yang terkini dan Urban adalah kerana untuk membeli belah disini , mereka telah menyediakan alat eletronik yang dipanggil ' SAM'S Self Scan ' .



 Alat ini berupaya untuk mengimbas semua harga dan korang yang membeli belah di sini hanya perlu bawa alat ini ke kaunter bayaran tanpa perlu beratur panjang. 



Alat ini adalah yang pertama di Malaysia dan telah diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records .Jadi buat korang yang nak membeli belah barangan dapur terutamanya tak payah fikir lain SAM'S Groceria kan ada. 



Hampir 19000 produk berada disini. Pilihan terbaik masa kini!

Twitter - @samsgroceria 

p /s ; tempat selesa , harga murah .

2 comments:

Ismi Ana said...

Harap2 pasni dia bukak lak kat area rawang. Senang sikit nak membeli. :)

Khai Artzfar said...

@Ismi Anaharap - harap macam tu la