Total Pageviews

Sajian Asiana Pizza Hut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Sempena Bulan ramadhan ini , banyak promosi dan tawaran telah ditawarkan oleh restoran makanan di negara kita .

Ini termasuk Pizza Hut yang telah memperkenalkan promosi terbaru sempena Bulan Ramadhan ini iaitu Aneka Selera Eksotik Ramadan



Menampilkan pizza Asiana ,Sajian Asiana dan minuman Zesty Selasih yang lazat lagi menyegarkan .



Piza Asiana menampilkan ayam tandoori lazat yang empuk bersama sos tandoori,bawang , lada benggala , tomato dan perahan limau nipis di atas pizza pan crust kegemaran ramai. 




Sajian Asiana pula mengandungi sate bebola ayam, jejari ayam berempah , tacos ayam, kek ikan Thai  dan salad segar. Bagi menyegarkan lagi hidangan ini adalah minuman Zesty Selasih, campuran Mirinda Strawberi , selasih dan perahan limau nipis yang menyegarkan .





Sajian Aneka Selera Eksotik Ramadan telah diperkenalkan baru – baru ini dimana selebriti terkenal Nur Fathia Latiff dan Wak Doyok telah dipilih bagi menjayakan kempen Citarasa Ramadhan ini.


Piza Asiana dijual ala ‘ carte dengan harga yang berpatutan iaitu RM 26.80  bagi saiz sederhana dan RM 36.80  bagi saiz besar. Manakala Sajian Asiana dijual pada harga RM 21.90  sepinggan . Minuman Zesty Selasih pula berharga RM 3.20 untuk setiap gelas.


Pizza Hut turut menawarkan set citarasa Ramadhan dimana pilihan pertama menawarkan satu Piza Asiana bersaiz sederhana , Satu Sajian Asiana , dua gelas minuman Zesty Selasih yang kesemuanya berharga RM 39.90 .


Bagi pilihan kedua pula , menampilkan satu Piza Asiana bersaiz besar , satu Sajian Asiana , roti bawang putih dan satu jag minuman Zesty Selasih berharga RM 59.90 sah di semua cawangan Pizza Hut di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC .

Menariknya sempena bulan puasa ini , Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40 % untuk hidangan ala carte dan set makan promosi Citarasa Ramadhan selepas pukul 9 malam. Jadi ini memberikan kelebihan kepada korang yang ingin menikmati juadah berbuka yang lebih berat setelah menunaikan solat Terawih .


Pada masa yang sama , sempena dengan kempen World Hunger Relief 2014, korang mampu membantu kanak – kanak yang kelaparan . 







Setiap pembelian set Citarasa Ramadhan , sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada Program Makanan Dunia United Nations – World Food Program . Walau bagaimanapun, pilihan untuk memberi sumbangan terpulang kepada korang.



Jadi di sini Budak Pacak telah memberi lagi pilihan untuk korang berbuka puasa. Jangan lupa untuk ke Pizza Hut berdekaran kerana promosi ini boleh didapati mulai 19 Jun 2014 hingga 7 Ogos 2014. 

p /s ; All time favourite 

11 comments:

Hafiz Hafizol said...

eh ada wak doyok!

Ismi Ana said...

Wak doyok! *melting
Ensem wak doyok berbaju melayu. Selalu berkot je. Lame tak melayan pizza. Ade gak like page pizza hut, cam takde pulak dia cakap promosi Asiana ni. Atau maybe ana yang tak perasan. Thanks for info tau! :)

Unknown said...

yuhuuuu.. xper buka jap lg.. mkn mne mmpu.. hikhik

Nadia Johari said...

Hantar satu sini pizza

Luqman Zakaria said...

pizza oh pizza..dah lame xmakan pizza..

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizolyup wak doyok

khai artzfar said...

@Ismi Ana eh ni baru lagi, pizza asiana , wajib cuba ye

khai artzfar said...

@Azrin Rahimjangan lupa beli ye

khai artzfar said...

@Nadia Johariok nanti bayar ye kekeke

khai artzfar said...

@Nadia Johariok nanti bayar ye kekeke

khai artzfar said...

@luqman zakariahaa tunggu apa lagi, belilah sekarang