Tempat Berbuka Puasa Di Klang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tempat Berbuka Puasa di Klang yang Budak Pacak syorkan untuk korang adalah di Premiere Hotel Klang.




Kenapa Premiere Hotel Klang ? Dengan perkenalkan Citarasa D’ Ramadhan, hampir semua masakan nusantara boleh didapati di sini. 







Antaranya adalah Ulam – ulam kampung , Lemang , Nasi Impit , Serunding ,Ayam Pencen masak gulai , Ikan Bakar ala Portugis , Udang Galah Goreng Berlada, Ikan Kekek masak Acar Perak  dan banyak lagi.








Mempunyai 3 menu yang akan bertukar sepanjang bulan Ramadhan ini , antara menu yang bakal menjadi tarikan utama disini adalah 3 Jenis Beriani istimewa dengan pilihan ayam, daging atau kambing , Shawarma Ayam bersama Tortilla , Serawa Durian bersama Pulut , Durian segar serta Laksa Nyonya yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung .





Yang menariknya lagi , buffet disini disediakan mengikut gayanya tersendiri dimana buffet disediakan seperti bazaar. 




Jadi para pengunjung boleh melawat kawasan sekitar hotel sambil memilih juadah yang digemari.


Boleh menempatkan hampir 800 orang pengunjung, buat korang yang merancang untuk berbuka di sini boleh membuat tempahan di 03 – 3325 6868 pada harga RM 98 per net. Setiap pembelian 10 baucer yang berharga RM 980,  tambahan satu lagi baucer akan diberikan secara percuma.


Manakala untuk Early Bird promosi , tawaran harga RM 78 boleh didapati dan sah untuk minggu pertama Ramadhan . Bagi pemegang kad ahli Premiere dan Premiere Plus , ahli akan mendapat potongan sebanyak 20 % dan 15 % . 


Pemegang WCT AirAsia BigCard pula akan mendapat satu Big point untuk setiap RM 1.00 bagi melayakkan mereka menebus tiket penerbangan percuma dari AirAsia. 

p /s ; Menurut chef disini , Laksa Nyonya sentiasa mendapat sambutan 

10 comments:

Kak T said...

banyaknya gambar makanan..lapar le pulak

Azrin Rahim said...

yuhuuu..makanan meng thorbaikk tpy area KLANG.. dok tg malim nie agk jauh lah juga.. hehe

Liyliz said...

uish mahalnya.

Ismi Ana said...

Standart harga la ni. Tapi kalau rasa tak se-standart harga, tak best lah. Kalau ana mungkin melantak udang je kot. Hihi

luqman zakaria said...

terliur tgk cekodok..haha

Khai Artzfar said...

@Kak Thehe maap ye

Khai Artzfar said...

@Azrin Rahimkalau singgah klang bolehlah kemari

Khai Artzfar said...

@Liylizeh kan ada promo tu

Khai Artzfar said...

@Ismi Anaeh sedaplah makanan dia berbaloi dengan harga

Khai Artzfar said...

@luqman zakariasimple tapi sedap