October 03, 2014

Behind The Scenes Tour Resorts World Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Dah lama rasanya Budak Pacak tak berkongsi dengan korang mengenai Resorts World Genting yang kini dalam proses pembinaan semula. Dikhabarkan wajah baru Taman Tema ini akan siap pada tahun 2016. Memang tak sabar nak tunggu siap sepenuhnya !





Sementara dalam pembinaan, taman teman ini masih lagi berfungsi. Sebagai contoh  Resorts World Genting kini memperkenalkan Behind The Scenes Tour




Aktiviti yang memakan masa hampir 2 jam 45 minit ini merangkumi beberapa aspek perjalanan seperti Galeri pengunjung yang menunjukkan taman tema ini dibina sehinggalah lakaran wajah baru Twentieth Century Fox World






Selepas itu, pengunjung akan dibawa ke Genting International Showroom. Disini para pengunjung akan didedahkan bagaimana teknik pencahayaan dan bunyi dimainkan sewaktu persembahan bermula .





 Pengunjung juga bakal melihat Laundry Hotel yang terbesar d Malaysia iaitu First World Hotel Laundry.Korang bakal melihat sendiri proses mendobi yang menggunakan mesin secara live ! 






“Behind-The-Scenes Tour ini akan diakhiri dengan mempelajari cara membuat sushi maki dan cupcakes di  See, Do & Eat workshop . Menarik bukan ? 

Untuk sertai “Behind-The-Scenes Tour" ini, korang boleh mendaftar di First World Theme Park Wristband Tagging Counter yang terletak di First Worl Plaza atau di kaunter pendaftaran Vision City Video Games Park bersebelahan Pejabat Pos. Harga tour ini adalah RM20 seorang dan penjelajahan ini akan bermula pada 2.15 petang

Untuk tempahan awal , boleh emailkan ke  themepark.info@rwgenting.com sekurang - kurangnya 3 hari sebelum ke sini atau hubungi 03-61011118 ext.55678 . Goodie bags akan disediakan buat para pengunjung ! 

Jadi apa lagi jom ke sini dan alami transformasi Resorts World Genting sendiri ! 

p /s : tak sabar nak tengok taman tema ini siap sepenuhnya 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

sYiRa LoKMaN said...

salam jumaat...jom jalan2 ke blog syira :D

Khai Artzfar said...

@sYiRa LoKMaNwasalam. terima kasih singgah