Total Pageviews

Koleksi Baju Kurung Dari Hijrah Couture

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Kalau rujuk pada #BloggerRaya2014 baru - baru ini, ramai yang bertanya dekat Budak Pacak , mana nak dapatkan baju melayu cantik tu? 



Sebenarnya baju melayu kami telah ditaja oleh Hijrah Couture. Serius first time sarungkan baju melayu rekaan Baju Couture sangat sedap dipakai. Walaupun photoshoot mengambil masa untuk tunggu giliran, ternyata baju melayu ini sejuk dan sedap dipakai. 



Perniagaan Hijrah Couture memfokuskan kepada rekaaan baju kurung terkini. Tetapi pada masa tertentu, rekaan Baju Melayu turut dikeluarkan terutamanya pada musim Aidilfitri. Hijrah Couture yang mula menapak sejak tahun 2011 ini telah menjadi salah satu jenama terkemuka dan pilihan dalam pasaran pakaian muslimah terutamanya .



Menariknya lagi mengenai perniagaan Hijrah Couture adalah mereka mengutamakan kepuasan setiap pelanggan. Bak katanya, pelanggan dilayan seperti V.I.P .

Yer la , selalu kalau perniagaan online ni susah nak percaya dan kadang - kadang susah juga nak deal kan? tapi dengan Hijrah Couture ini, Budak Pacak yakin korang akan berpuas hati dengan rekaan mereka ! 



Sempena aidiladha yang bakal tiba tak lama lagi, buat korang yang tercari koleksi baju kurung terkini ataupun mencari baju raya aidiladha , Hijrah Couture adalah pilihan yang tepat. 

Terima kasih Hijrah Couture kerana sudi bekerjasama dengan kami bagi menjayakan #BloggerRaya2014 

untuk maklumat lanjut mengenai Hijrah Couture boleh ke http://www.hijrahcouture.com/

p /s : suka koleksinya yang tersendiri :) 

2 comments:

Liyliz said...

menarik dan best wane nyaa tuu

khai artzfar said...

@Liylizbelilah nanti hehe