Total Pageviews

OMG Fest Kini Kembali !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


OMG Fest Kini Kembali dan kali ini dengan tema baru , OMGFEST ! Crazy Raya Sale - Part 2 dimana kali ini OMG Fest akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor Seksyen 7 Shah Alam pada hari Ahad, 28 September 2014 bermula pada pukul 10 pagi sehingga 9 Malam .



Aidiladha makin hampir tiba , buat korang yang nak cari untuk persiapan raya nanti bolehlah ke sini kerana OMG Fest! yang menghimpunkan lebih dari 200 peniaga - peniaga atas talian termasuklah selebriti tanah air seperti Raja Ema, Mawi & Ikin, Zarina Zainuddin, Ako Mustafa, Eisya Toh, Afdlin Shauki, Mawar Rashid, Bienda , Catriona Ross,Aida Rahim, Aida Aris, Arja Lee, Saida & Saerah dan ramai lagi akan membuat jualan dengan harga runtuh sehingga 90% ! 

bersama rakan media dan orang kuat OMG Fest ! 




Gila tak gila la kan? kehkehkeh kalau korang tak datang memang rugi teramat sangat ! Dari aksesori, tas tangan, produk muslimah , makanan , kosmetik dan banyak lagi bakal dihimpunkan disini. Sebelum terlupa, OMG Fest ini bukanlah singkatan daripada apa yang korang fikirkan. OMG Fest ini adalah singkatan "Oh Must Go Festival

Sesi Interview bersama orang kuat OMG Fest !


Mengekalkan elemen berbelanja sambil menderma, OMG Fest bersama Muslim Care , Youth Change Movement Malaysia( YCM Malaysia) serta Appslippers Pioneer sebagai rakan digital media akan mengadakan pertunjukkan fesyen inspirasi dari bumi Gaza yang bertemakan 'Gaza Fashion Expression' dimana 18 rekaan eksklusif daripada Madiha Souk akan ditampilkan. 

Raja Ema Mempromosikan perniagaan baju tidur beliau 


Selain daripada pertunjukan fesyen, dengan kerjasama Muslimah Diver, satu penyerahan bendera Gaza akan dibawa turun ke dasar laut di Pulau Tioman telah pun dilakukan pada 15 dan 16 September yang lalu sebagai salah satu inisiatif untuk membantu tabung kemanusiaan Gaza . Bendera ini akan diserahkan kembali semasa acara OMGFest! Crazy Raya Sale - Part 2 nanti. 




Buat yang berkeluarga dan ada anak kecil tu jangan risau ye abang dan kakak sekalian, sebab selain daripada aktiviti pentas, kemudahan permainan istana angin disediakan untuk anak - anak bermain sambil ibubapa berbelanja .

Pada online seller yang mungkin berminat untuk join OMGFest ! Crazy Raya Sale - Part 2 boleh hubungi nombor yang tertera dibawah. Diingatkan pada korang yang berminat, tempat semakin terhad jadi siapa cepat dia dapat ! 

Jadi jom set date korang 28 September ini ! kita ke  OMGFest ! Crazy Raya Sale - Part 2 ! 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan booth boleh hubungi : 
011 - 2626 1656 (Daz)
019 - 279 6275 (Liza)
email : enquiry@omgfest.my

p / s : tak sabar nak tunggu OMG Fest !