Bloggers Award 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Pernah dengar pasal Blogger Award ? Kalau ada pun mesti jarang bukan ? Baru - baru ini bertempat di Pak John Steamboat & BBQ telah diadakan Blogger Award 2014. 



Anugerah yang mengiktiraf para blogger Malaysia dalam menghasilkan entry 'food review' terbaik telah dianjurkan oleh Hai Blogger, satu platform atau komuniti blogger di dalam facebook bersama - sama Pak John Steamboat & BBQ.

Tahniah buat kedua - dua penganjur kerana tanpa anugerah seperti ini, siapa lagi yang nak iktiraf kami para blogger kan? Seramai 22 orang blogger telah diraikan bersama - sama Youtubers undangan, Shazreen Fazlynda dan Azfar.Eh sama pulak nama kita enn? hehehe..

Anugerah ini telah mengiktiraf 3 orang blogger sebagai Best Food Review dimana tempat ketiga dimenangi oleh Saudara MahaMahu , tempat kedua Saudari Ellie Toh dan pemenang utama adalah saudari Nadia Johari. Amboi rezeki pengantin baru tu kehkehkeh. Tahniah ye buat semua pemenang! 



Buat kami yang kalah ni pun ada hadiah juga. Setiap blogger pada malam itu telah diberi sijil penghargaan. baucer makan serta dapat bawa balik Set makanan steamboat dari Pak John Steamboat & BBQ. Besar okay doorgift dia ! Rasanya ini adalah doorgift paling besar pernah Budak Pacak dapat sepanjang sertai mana- mana acara .Terima kasih Pak John Steamboat & BBQ !

(VIDEO) Ehem balik muka yang sama je enn hehe. 



Okay malam itu memang lantak habislah steamboat yang terbaik di bandar ni. Buat korang yang berada di Wangsa Maju dan berdekatan, boleh singgah ke  Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Wangsa Walk. Kalau dulu Budak Pacak dah review Pak John Steamboat & BBQ cawangan eCurve, kali ini kira ala - ala review juga la. 










kredit gambar : Zulhilmi Tempoyak 



Berbeza dengan di eCurve, hidangan disini adalah ala carte dan lebih murah, setiap cawangan ada kekuatannya masing - masing. Disini korang boleh pilih untuk nikmati hidangan steamboat secara berhawa dingin atau diluar. 





Kalau Budak Pacak, suka lagi di luar sambil - sambil hirup udara segar. Kalau kena pulak time hujan. perghh terbaik kalau dapat pekena Pak John Steamboat & BBQ.

Untuk yang nak ke sini , boleh rujuk pada butiran berikut 

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

p /s : akan datang, kenapa korang kena makan di Pak John Steamboat & BBQ


Tel: 03-4141 8898

3 comments:

budakbandunglaici said...

wah bestnya.. tahniah2

Hafiz Hafizol said...

asyik cerita pasal makan makan je nie.. patut lah kau pun aku tgh dah bambam sekarang wahahaha

Halim Brothers said...

Terbaikk bro..

Insyallah tahun depan berlangsung lagi blogger award ni