Total Pageviews

Breakout Yang Mendebarkan !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Korang sukakan aktiviti lasak dan mencabar minda serta mengugat keberanian korang ? Kalau Ya, apa kata korang mencuba Breakout," The Real Escape Game'  sebuah permainan mencabar minda dan fizikal yang memerlukan korang berfikir untuk lepaskan diri dari tempat yang dipilih . 

Breakout yang terletak di Avenue K Kuala Lumpur, mempunyai 5 pilihan tempat yang berbeza tahap cabaran iaitu The Greatest Murder of Westwood, Mr Oswald’s Greatest Show, Chamber of Hocus, The Infinity dan Project Fallout. 



Yang membezakan Breakout daripada permainan interaktif lain adalah kerana setiap daripada pemain boleh memilih satu daripada watak pilihan yang terdapat di Breakout. Setiap daripada watak ini mempunyai kebolehannya tersendiri.





 Sebagai contoh, Budak Pacak telah memilih The Scholar yang mempunyai kebolehan untuk merungkai satu klu sewaktu permainan dijalankan . 



Kunjungan baru - baru ini ,kami telah memilih cabaran The Fallout dimana cabaran ini mengisahkan sekumpulan saintis yang telah mencipta senjata yang mampu meletup sendiri. Namun mereka telah ditidurkan dengan memori mereka telah dipadamkan. Mereka telah disoal oleh pihak FBI namun gagal menemui jawapan. Dalam masa 45 minit,dengan keadaan hilang ingatan serta digari, saintis ini dikehendaki mencari jalan keluar sebelum bilik ini meletup sendiri . 

Cuba teka kami berjaya tak keluar dari bilik ini? Jawapannya mestilah Ya ! Sebenarnya level bilik ini adalah 2/5 yang paling mudah antara semua. Sempat juga kami lihat bilik lain yang sememangnya boleh meremang bulu roma bila ambil cabaran tersebut . 

Breakout ini boleh dimain 2 - 6 orang dalam satu bilik. Harganya pula adalah RM 38 Seorang dan dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam . Buat korang yang nak datang sini terutamanya pada peak hour adalah digalakkan buat tempahan . Takut penuh pulak nanti, terpaksa tunggu lama kan? 



Terima kasih Breakout dan Majalah Asia Horizon kerana menjemput Budak Pacak dan rakan blogger yang lain merasai cabaran yang gempak ini ! 

Untuk maklumat lanjut :
Breakout @ Avenue K
L2-16 (Level 2), AVENUE K. Address: 156, 

Jalan Ampang Kuala Lumpur 
Tel: 03 - 2181 1835

P/ S : Korang patut cuba Mr Oswald’s Greatest Show , bolehlah jumpa dengan Chucky ! Jeng..jeng..jeng


3 comments:

Hafiz Hafizol said...

Seramnya jumpa dengan Chucky.. mesti ade adegan bunuh2 nanti.. hahahaha

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizollagi best dari annabelle hehehe

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizollagi best dari annabelle hehehe