Total Pageviews

OMG Fest! Kembali Lagi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 


Pernah dengar OMG Fest? OMG Fest ! yang diambil dari singkatan ' Oh Must Go Festival' kini kembali lagi dengan lebih inovatif.  Mengambil kesedaran ke atas kejadian yang menimpa Palestin, OMGFest Ventures dengan kerjasama Intekma Resort & Convention Center akan mengadakan OMGFest@Intekma pada 22 - 24 Oktober dari pukul 10 pagi hingga 9 malam bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center 


kredit  :MStar 


Kalau yang lepas, sambutan di OMGFEST ! Crazy Raya Sale - Part 2  sangat menggalakkan! Kali ini sebanyak 100 tapak niaga dibuka kepada peniaga atas talian bersama - sama 10 selebriti tanah air seperti Nora Danish , Mawar Rashid , Catriona Ross, Aida Khalida , Arja Lee dan ramai lagi dimana setiap dari mereka akan menyumbangkan 5% hasil jualan ke tabung Palestin .



Selain itum, setiap peniaga online yang berdaftar dalam acara ini bakal mendapat hosting percuma dari MyNexa.my selaku penaja utama hosting. Buat korang yang berminat untuk turut serta dalam acara ini boleh hubungi  pihak OMGFest  Ventures di talian 011-2626 1656 ( Daz ) / 019 - 6275 ( Liza) atau email kepada enquiry@omgfest.my . Untuk maklumat lanjut boleh layari www.omgfest.my 



Jangan lupa datang ke OMGFest@Intekma pada 22 - 24 Oktober ini sebab banyak aktiviti menarik menunggu korang selain jualan harga runtuh ! 

p /s : Berniaga sambil beramal 

No comments: