10 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 


Ini adalah entry lanjutan daripada Trip Budak Pacak ke Pulau Pinang baru - baru ini bersempena dengan Majlis Penghormatan Ulangtahun ke 100 Peperangan Pulau Pinang yang telah dijemput khas oleh Kedutaan Besar Rusia Di Malaysia dan Destination Malaysia. Buat korang yang terlepas, boleh baca di SINI

Trip selama 3 Hari 2 Malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti bersiar - siar sekitar Georgetown Pulau Pinang Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak senaraikan 10 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi 

1. Medan Selera Gurney Drive 

Kalau ditanya Budak Pacak mengenai Pulau Pinang, Budak Pacak akan cakap Pulau Pinang adalah syurga makanan! Medan Selera Gurney Drive yang sangat terkenal dengan aneka pilihan makanan boleh didapati disini. 

Ada sesiapa nak ice - cream ? 








Jangan lupa untuk pekena Pasembur yang Budak Pacak berani cakap antara pasembur yang terbaik di Malaysia, Anjung Gurney Famous Pasembur Stall 9.

2. Fort Cornwallis 







Fort Cornwallis ataupun Kota Cornwallis adalah sebuah kota lama yang berbentuk bintang 5 bucu .Disini terdapat beberapa peninggalan sejarah termasuklah meriam Sri Rambai kepunyaan Syarikat India Timur Belanda . 


3. Chew Jetty 

Cakap pasal Chew Jetty ni sebenarnya ramai tak tahu kewujudannya. Terletak hanya beberapa meter dari Jeti Feri Georgetown, di Chew Jetty ni terletaknya perkampungan di atas air yang masih didiami dan kekal utuh.









 Menariknya sepanjang titi yang diperbuat daripada kayu ini terdapat beberapa hasil seni yang menghiasi Chew Jetty. 

4. The Chocolate Boutique 

Korang penggemar coklat ? Apa kata datang ke The Chocolate Boutique yang menghimpunkan pelbagai jenis coklat. 






Bukan coklat je tau yang ada disini, aneka kopi dan teh juga turut ada sini. Jangan lupa untuk mencuba Kopi Durian yang lain dari yang lain ! 

5. Wat Chayamangkalaram 

Wat Siam bagi pengganut agama Buddha ini adalah yang ketiga terbesar dalam kategorinya sendiri. 







Buat korang yang tak tahu di dalamnya terletaknya Pra Buddha Chaiya Mongkol ataupun Sleeping Buddha yang menelan kos pembinaan M$100,000.

6. Taman Botani Penang 

Buat korang yang sukakan flora dan fauna , apa kata luangkan masa disini nikmati pemandangan hijau dan udara yang segar. 





Disini korang akan 'dijemput' oleh monyet - monyet yang hidup disini. Namun awas ada yang jinak dan ada yang liar jangan sampai dia ikut korang balik kehkehkeh...


7. Restoran Kapitan 

Kan Budak Pacak dah cakap tadi cakap je pasal Penang, ' Its all about Food " . Pastikan korang datang ke Restoran Kapitan dan pekena menu Milani diorang. Serius cakap sedap gilos dan terbaik!!! 




Tak rugi kalau datang sini, dan rugi kalau tak datang ke sini. Haaa nampak tak kesedapan dia tu ? 


8. Penang Street Art

Selain dari makanannya, Penang juga terkenal dengan hasil karya seni jalanan yang digelar Street Art. 






Terdapat pelbagai hasil seni boleh korang rakamkan bersama. Untuk pergi ke semua Street Art ini, Budak Pacak cadangan korang sewa basikal yang berharga RM 8 - RM 20 untuk satu hari. Menarik bukan? 

9. Nasi Kandar 

Haa kalau dah datang Penang. dikira sebagai harus dan wajib korang pekena Nasi Kandar! Ada dua Nasi Kandar yang sememangnya sangat terkenal di Malaysia dan kedua - duanya terletak di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Line Clear. Alhamdulillah trip kali ini Budak Pacak berjaya pergi ke kedua - duanya sekali dan setiap darinya mempunyai keunikannya tersendiri ! 

10  Jeruk dan Buah Pala 

Ini pun sama, kalau nak buat buah tangan untuk dibawa pulang, Penang sememangnya terkenal dengan Jeruk dan Buah Pala. Disini, makanan ini senang dicari kerana hampir di setiap jalan ada menjualnya.

 Cuma korang je la kena pandai pilih yang mana sedap dan murah. Yang menjadi kegemaran ramai sememangnya Jeruk Pak Ali kan? 

Haa itu dia 10 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi  bila korang ke sini. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat sini tapi Budak Pacak senaraikan yang dikunjungi je la. 

Memang banyak tempat menarik, tidak hairanlah ramai pelancong suka ke sini. Sebelum ini pun Budak Pacak ada ke Pulau Pinang, boleh baca di sini - Tempat Menarik Di Pulau Pinang 

Jutaan terima kasih kepada Kedutaan Besar Rusia Di Malaysia dan Destination Malaysia kerana sudi menjemput Budak Pacak sertai Trip kali ini! 

p /s : Mesti datang lagi ! 



5 comments:

Miera Nadhirah Tan said...

awesome stuff

aKSARAfENDI said...

penang mmg best..trbaik dari ladang..

Julian said...

hai salam kenal dari Julian asli indonesia nih bro,,,wah jalan - jalan terus kamu ya. bisa nih entar temani kami kalo keliling malaysia :) ....

budakbandunglaici said...

wah bestnya

aKSARAfENDI said...

good info.,bole jadikan pnduan klo nk ke Penang.