Peluang Untuk 'Be The Next ChiChi & ChaCha Star'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Haa! Apa khabar semua? Okay blog post kali ini ditujukan khas dan memberi peluang kepada adik - adik kita yang berumur 18 tahun ke bawah kerana ini adalah peluang korang untuk menjadi salah seorang  Bintang ChiChi & ChaCha yang seterusnya! 

Apa itu ChiChi dan ChaCha ? 

Mesti korang pelik kan tiba - tiba Budak Pacak sebut pasal ChiChi & ChaCha. Dan sudah pasti korang nak tahu Apa itu ChiChi & ChaCha



ChiChi & ChaCha untuk makluman korang merupakan 'Asia's 1st Live Action 3D Animated Edutainment series' khas untuk kanak - kanak . Dimana rancangan ini menampilkan 5 orang hos selebriti remaja tanah air iaitu Afeiq, Farisha, Leen , Sweet dan Harris bersama - sama watak animasi 3D, ChiChi,ChaCha , Atan dan Hujan yang hidup di dalam hutan yang penuh magis. 





Rancangan sebanyak 26 episod ini untuk pengetahuan korang merupakan konsep edutainment iaitu gabungan pendidikan dan juga hiburan 

Peluang untuk  ' Be The Next ChiChi & ChaCha Star'  ! 

Dalam menjayakan program ChiChi & ChaCha, korang yang  berumur 6 hingga 18 tahun atau mempunyai rakan ataupun saudara terdekat yang ada bakat terpendam tidak kira dalam nyanyian,tarian mahupun lakonan dijemput untuk sertai ujibakat  ' Be The Next ChiChi & ChaCha Star'



Ujibakat  ataupun program ini yang merupakan star search for kids diadakan bertujuan untuk mencari bakat baru untuk digandingkan bersama - sama hos rancangan ChiChi & ChaCha ini . 




comel je kan? hehe 


Bukan setakat membuat persembahan live bersama mereka, malah pemenang bagi setiap kategori lelaki dan perempuan dalam ' Be The Next ChiChi & ChaCha Star'  ini bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1000 , serta bakal mendapat 'featured' di YouTube dan juga akan turut serta dalam 2015 Tour with ChiChi & ChaCha (CC2) celebrity hosts. Menarik bukan ? 

Bagaimana cara untuk sertai ' Be The Next ChiChi & ChaCha Star'  ? 

Caranya mudah saja! Cuma perlu Upload Video bakat korang dan ikut langkah yang berikut : 
  • Daftar di  -- http://goo.gl/forms/YlQy3bx5VC
  • Rakamkan video bakat korang( nyanyian, lakonan mahupun tarian) dalam masa 15 saat di Instagram dan jangan lupa untuk kongsi di akaun Facebook korang 
  • Shout out "Saya nak jadi bintang ChiChi & ChaCha" di dalam video korang 
  • Tag salah seorang hos kegemaran korang (@afeiq, @farisha_iris, @jazashazleen, @harrisalif, atau @fqisminaa) DAN @chichidanchacha

   Senang bukan? Pada 15 dan 16 November 2014 ini bertempat di The Main Place, USJ 21 , 30 permohonan akan dipilih untuk melepasi 'Challenge Round' yang akan diadakan pada 15 November ini dimana mereka akan diberi 90 saat untuk persembahkan bakat mereka masing - masing

    Daripada pusingan ini pula akan diumumkan Top 10 bagi melayakkan mereka ke pusingan Grand Final yang akan diadakan pada 16 November. Setiap peserta akan diadili berdasarkan 3P iaitu Persembahan, Potensi dan Personaliti. 

  Kesemua finalis akan diberi maksimum 4 minit untuk persembahkan bakat mereka berdasarkan lagu ChiChi & ChaCha yang akan dimainkan nanti. Jadi adik -adik semua buat elok -elok ye! kehkehkeh... 

   Peluang untuk menjadi pemenang 'Nominating Contest' 

   Yer kawan - kawan, dalam kemeriahan program 'Be The Next ChiChi & ChaCha Star' , dalam masa yang sama akan diadakan  'Nominating Contest. Yang menawarkan hadiah kepada korang yang memilih atau mencalonkan SEORANG peserta yang telah tunjukkan bakat mereka yang berdurasi 15 saat atapun kurang dari ini. 

  Jika peserta pilihan korang itu berjaya melayakkan diri ke 'Challenge Round', korang bakal mendapat hadiah wang tunai RM 100 beserta T-Shirt Autograf ChiChi & ChaCha. Jadi jangan lupa untuk pilih peserta kegemaran korang! 

  Dimanakah ChiChi & ChaCha akan ditayangkan? 




    
  Kepada ibubapa khususnya, Budak Pacak syorkan korang untuk isikan masa cuti hujung minggu anak - anak untuk menonton ChiChi & ChaCha yang akan keudara setiap hari Sabtu jam 10.30 pagi di Astro Ceria (Channel 611) & Astro Maya HD (Channel 135)




  Jadi kepada semua pembaca Blog Budak Pacak jangan lupa untuk saksikan rancangan Chichi & ChaCha! Belajar sambil berhibur. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.chichiandchacha.com/


   P /S : Boleh beat HI-5 ! 

6 comments:

Ismi Ana said...

Oke, ana takde peluang ni. Sedih. Haha

budakbandunglaici said...

boleh la ajak adik tengok citer ni nanti

Noriza MiracleVitamins said...

ada rupanya program ni di astro, tak penah tau pula

Mek Onie said...

cousin onie ada,tapi tengah upsr la pulak,takpe..nanti nak suruh di try la,hehe

INSYIRAH HUSS said...

alahai.macam best je contest ni kan?nak suruh adik syirha try la nanti.ahaha.
persoalaannya,ummi abah entah bg ke tidak.haha

Miera Nadhirah Tan said...

Awesome experience for kiddies.... huhuh thanks for sharing