Baru - baru ini jenama kasut tempatan yang terkenal XES telah menganjurkan Parti Krismas sebagai tanda sokongan dan menghargai rakan - rakan blogger dan media





Majlis yang bertemakan Glam Rock ini telah berlangsung di Butik Premium XES Quill Mall. Sudah pasti buat rakan - rakan blogger dan media yang menyambut krismas ini adalah hadiah buat mereka. Buat kiteorang yang lain - lain pun masih dapat hadiah dari XES. Best gilos! 


Guess which one is my signature?


Pada majlis tersebut memang lain dari kebiasaan kerana majlis kali ini memang sekadar majlis menghargai blogger dan media. Jadi sepanjang majlis tersebut memang penuh dengan kejutan. 






Selain daripada aneka makanan,  kesemua tetamu yang hadir telah diberi pilihan untuk ambil mana- mana barangan XES di dalam butik tersebut. Tak cukup dengan itu. tetamu yang hadir juga telah diberi keistimewaan dengan membeli mana - mana satu item di dalam butik XES dan akan dapat lagi dua percuma barangan XES yang berkenan di hati. 




Buat rakan blogger dan media wanita, pampering session untuk membuat pedicure dan manicure telah disediakan buat mereka secara percuma. Untunglah jadi perempuan enn


Demonstrasi rekaan sandal mengikut kreativiti dari Amer 


Selain daripada itu, tetamu telah diberi sandal secara percuma. Menariknya, kiteorang boleh menghias dan mereka corak sandal mengikut kreativit masing - masing 




Jadi bagi Budak Pacak sendiri, pada hari tersebut telah membawa balik 5  Hadiah daripada XES . Jutaan terima kasih kepada Sabrina dan pihak XES atas jemputan dan hadiah ini. Semoga terus sukses

P/s Selamat Tahun Baru buat semua pembaca Blog Budak Pacak! Nantikan wajah baru blog ini sepenuhnya pada 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Alhamdulillah sebelum tirai 2014 ditutup, Budak Pacak dan beberapa orang rakan blogger dan media berkesempatan untuk sertai Percutian Pak Nil Bersama Peminat di atas Pelayaran Libra StarCruise tajaan Malaysian Harmony Travel and Tour



Bagi Budak Pacak sendiri, ini adalah kali kedua naik Kapal Libra StarCruise. Kali pertama adalah Februari yang lalu dimana pada waktu tersebut turut dikejutkan dengan kejutan hadiah hari jadi. 

Untuk edisi kali ini adalah Percutian Pak Nil Bersama Peminat selama 4 Hari 3 Malam dimana pelayaran ini bermula di Pulau Penang dan menuju ke Phuket dan Krabi. Ternyata percutian kali ini sangat meriah dan gamat dengan telatah masing - masing. 





Mana tidaknya, inilah peluang untuk mereka beramah mesra  dan berada lebih dekat dengan Pak Nil. Pelbagai aktiviti santai telah disediakan Pak Nil buat peminat - peminat beliau seperti sambutan hari jadi bersama peminat, sukaneka dan banyak lagi. Memang padat aktiviti selama di atas pelayaran Libra StarCruise 







Tambah pula sepanjang pelayaran tersebut, Pak Nil sentiasa dengan kejutan beliau. Pak Nil sempat membuat kek khas buat semua peminat beliau .Ternyata kesemua peminat Pak Nil sangat gembira dengan pelayaran ini. Tidak hairanlah percutian bersama Pak Nil telah masuk ke edisi yang ketiga dan pelayaran bersama artis yang paling dapat sambutan. Tahniah diucapkan buat Pak Nil. Diharap Pak Nil terus sukses dan kekal menggembirakan peminat - peminat beliau di seluruh tanah air. 

Fakta Mengenai Libra StarCruise




  • Memulakan pelayaran dari Penang Port Swettenham Pier Cruise Terminal ]
  • Seperti kapal terbang, Star Cruise juga dilengkapi safety drill untuk pengetahuan dan persediaan kepada para penumpang sebagai langkah bersedia jika berlakunya kecemasan 
  • Di atas kapal, IC akan diambil dan diganti dengan akses kad.Tanpa kad tersebut akan menyukarkan korang untuk menggunakan mana - mana kemudahan di atas kapal
  • Boleh memuatkan lebih dari 1500 orang dalam satu pelayaran 
  • Terdapat restoran halal yang disahkan oleh Jakim 
  • Lebih dari 10 acara wajib yang disediakan oleh Libra StarCruise seperti welcome drink, acrobatic show, magic show dan banyak lagi 
  • Kemudahan yang serba lengkap disediakan - Jakuzi, medical center, sports deck, kolam renang dan banyak lagi
  • Di atas Libra StarCruise ini juga pernah adanya Kembara Ustaz Kazim bersama 768 orang peserta yang dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat 
Jadi itu antara fakta mengenai Libra StarCruise dan corat - coret Percutian Pak Nil bersama peminatnya. 




Akan ada lagi beberapa entry yang menyusul mengenai pelayaran ini. Apapun Budak Pacak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Malaysian Harmony Travel and Tour (MHTT) kerana telah menaja trip selama 4 hari 3 Malam ini. 

Baca juga di www.projektravel.com 

p / s  Blog dalam proses transformasi 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada promosikan Sesame Street Live, kali ini Budak Pacak berkesempatan melihat Sesame Street Live di Genting International Show Room, Resorts World Genting

Bertemakan The Sesame Street Live - Elmo Makes Music , rancangan yang telah bersiaran selama 45 tahun ini telah menghiburkan para hadirin dengan 16 lagu kenangan sepanjang zaman rancangan ini. 



Dalam berhibur kita mendidik, ramai juga ibubapa yang mengambil kesempatan ini membawa anak - anak dan keluarga melihat persembahan yang julung kali diadakan ini. Sesame street pula memang sangat sesuai untuk ditonton kerana setiap lagunya diterapkan unsur - unsur pendidikan. 



Antara lagu - lagu yang dipersembahkan adalah The Sesame Street Band, Abby' Song , Elmo's World dan banyak lagi. Yang pastinya kanak - kanak pasti sukakannya. 

Dengan tiket berharga RM 88 ke atas , buat ibubapa yang berhajat untuk membawa keluarga ke sana masih lagi berkesempatan sehingga 3 Januari 2015. Dibuka setiap hari  bermula 5.30 petang kecuali pada hari selasa, buat ahli Genting Rewards korang boleh dapatkan diskaun 15 peratus bagi setiap tiket.  Bagi setiap hari jumaat dan sabtu pula, persembahan akan bermula pada jam 2 petang. 



Jadi tunggu apa lagi, cuti sekolah inilah masa untuk bersama keluarga. Apa kata ambil peluang lihat sendiri Sesame Street Live di  Resorts World Genting

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 6101 1118 

p /s ; Suka tengok Cookie Monster 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas Jubah lelaki terkini, Binqareem perkenalkan pula koleksi Kurta Lelaki Terkini yang sudah pastinya mendapat tempat buat para jejaka. 

Untuk pengetahuan korang, Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem.



Kalau korang yang tengok Akademi Fantasia 2014 edisi aidiladha baru - baru ini, ada jubah dan kurta  mereka  dari Binqareem .

 Budak Pacak turut berkesempatan membawa AF Kurta ke Kunming China untuk diperagakan disana sempena Projek Lokal yang akan Budak Pacak khabarkan dalam satu entry khas mengenai projek ini. 





Ternyata kainnya sangat sedap dipakai dan yang menariknya disisi lengan kurta ini direka khas seperti gaya terkini dan mudah untuk korang mengambil wuduk dan dibawa solat. Harganya pula memang berpatutan. 


Di Binqareem, setiap koleksi dijahit sendiri oleh mereka. Jadi jika korang minat beberapa koleksi mereka tetapi kehabisan stok, jangan risau korang boleh membuat PreOrder dan tempoh untuk siap adalah 2 Minggu

NeoTradisi 

Stripe Kurta 


AF Thobe 

AF Kurta 

NU Emblem Qurta 

NU Emblem Jubah 

Noir Qurta 




Sehingga kini terdapat lebih dari 20 rekaan jubah dan kurta dari Binqareem. Jumlah rekaan ini akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut tempahan dan rekaan terkini dari mereka . 


Jadi buat korang yang berminat untuk dapatkan kurta lelaki dan jubah terkini dari Binqareem , boleh ke butik mereka sendiri di 


EL QAREEM MILLIONS IDEA
B-5-2, ALAM AVENUE, JLN SERAI WANGI G 16/G,
PSRN. SELANGOR, SEKSYEN 16.
40200 SHAH ALAM


atau nak lagi senang tengok koleksi terkini dari Binqareem boleh tengok di

Instagram - @Binqareem
Facebook - www.facebook.com/binqareem
Whatsapp - 013-3100323 / 019-2246448

Terima kasih Binqareem! Semoga terus sukses dalam mereka pakaian muslim yang ideal 

p/s : All time favourite brand 

Kurta Lelaki Terkini

by on 21.12.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Selepas Jubah lelaki terkini, Binqareem perkenalkan pula koleksi Kurta Lelaki Terkini y...
Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kepada lelaki diluar sana, ambil perhatian dengan entry ini kalau korang nak kulit muka kekal sempurna dan segar sentiasa .



Perkenalkan  L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar. 



Direka khas untuk lelaki Asia, dengan satu stroke 1st Icy Gel Moisturizer with Instant BB Fix ini mampu mengembalikan muka korang seperti asal malah lebih segar dan bertenaga. Terima kasih kepada teknologi pembetulan warna kulit mereka 

Dengan gel biru yang transparent, produk terbaru dari L'Oreal Paris Men ini bukan saja membuatkan kulit muka terasa sejuk malah ianya tidak melekit menjadikannya moisturizer lelaki yang terbaik setakat ini .

Malah ianya turut membuatkan kulit muka kelihatan lebih cerah dan sihat dari sebelumnya. Berharga RM 35.90 , Budak Pacak akui setakat ini , produk ini sangat berbaloi untuk dibeli dan dipakai. Ucapkan selamat tinggal kepada moisturizer sebelum ini dan tampil lebih segak dengan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer.

p/s - favourite product setakat ini 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali Lagi ! Ya betul kawan - kawan MEFA kembali lagi dengan edisinya yang ketujuh. Dengar cerita penganjuran kali ini lebih gempak dan meriah dengan penglibatan lebih dari 70 Vendor Perkahwinan.



Ditambah pula korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih dari RM 50,000. Hebat enn? Budak Pacak pun tak ingat kali ke berapa dah review MEFA ni. harap penganjurannya yang akan datang MEFA sponsor kite kahwin pulak kehkehkeh... 



Tempat masih lagi sama di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall, pada 26 - 28 Disember 2014 ini korang bakal melihat kemeriahan disebalik Pameran Perkahwinan Terbesar Tahun 2014. Buat bakal pengantin atau korang yang merancang untuk berkahwin pada tahun depan, inilah masa dan tempatnya yang sesuai untuk korang survey dan merancang majlis korang. 

Sambil - sambil menjamu mata dengan pilihan vendor, korang boleh memenangi pelbagai hadiah. Serius cakap memang banyak gilos hadiah dia antaranya pakej perkahwinan, percutian bulan madu dan banyak lagi .



Sebelum ni ramai yang mengadu tak tahu nak cari butik pengantin, kena tipu dengan butik bagailah. Dengan Malaysia Wedding Festival (MEFA) semuanya ada disini dan telah diiktiraf. Kalau tak, tak adalah sampai kali ke 7 penganjurannya .

Malah harga disini jauh lebih murah. Bak kata orang harga boleh bikin menangis sebab diskaun memang gila - gila punya. Masuk adalah PERCUMA ye kawan - kawan. 

Bercakap pasal hadiah yang ditawarkan mesti korang nak tahu cara untuk memenanginya bukan? Bertemakan Once Upon A Wedding , korang hanya perlu mereka satu slogan yang kreatif dan hantarkan kepada MEFA dan iM4U.FM yang merupakan radio rasmi untuk festival ini. 



Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pertandingan ini dan Pameran Perkahwinan Terbesar Tahun 2014, korang boleh layari laman web dan social media mereka 

Website: www.im4u.my
Instagram: @mefapengantin / @im4u

Jadi ingat ya tarikh keramat diatas supaya korang tak terlepas untuk hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) . Kalau ada rezeki, berjumpalah kita disana ye

p/s : Seronok tengok orang yang nak kahwin ni, seri dia lain macam 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Tak dinafikan sekarang musim produk - produk kesihatan meningkat naik melambangkan rakyat negara kita semakin pentingkan kesihatan. Banyak juga Budak Pacak review produk kesihatan tahun ini. Alhamdulillah rata - ratanya semua nya memberi hasil. 

Kalau tak dari segi kesan yang sebetulnya kesan kenyang pun jadilah kehkehkeh. Kali ini Budak Pacak nak perkenalkan satu lagi produk kesihatan yang sememangnya Budak Pacak suka iaitu Ruza



Ruza telah memperkenalkan minuman kesihatan yang sememangnya baik untuk tingkatkan peredaran darah dan metabolisme.Dengan dua minuman mereka, Cafe latte mix dan choc-o-lait mix keduanya - duanya mempunyai kelebihan yang sama tetapi berbeza rasa mengikut selera korang masing - masing.



Disebabkan Budak Pacak seorang coffee lover , so I decide to choose Cafe latte mix . Menariknya dalam produk Ruza ini berbanding minuman kesihatan yang lain adalah ianya mengandungi Ekstrak Badam , Betik dan Tomato serta Ekstrak mutiara dan Bunga Sakura didalamnya. 

Selain itu, didalamnya turut diperkaya kalsium, Protein dan Amino Acid yang membantu melawan osteoporosis serta meningkatkan daya tahan badan . Berkhasiat bukan ?

Pengesahan kesihatan ? Jangan risau yer kawan - kawan produk ini disahkan Halal dan mendapat kelulusan kesihatan

Dengan harga RM 60 sekotak dimana didalamnya mengandungi 20 sachet, korang boleh menikmati minuman ini di waktu pagi atau malam. Buat yang risau takut tak boleh tidur sebab kafein. jangan risau ianya tak lah memudaratkan sampai ke tahap itu. malah buat tidur malam korang lebih nyenyak 

Untuk dapatkan produk ini korang boleh tempah dan lawati laman sosial Ruza 

Facebook - RuzaMalaysia 
Twitter - @RuzaMalaysia 
Instagram - @RuzaMalaysia 

atau hubungi mereka di 

Azila - 012 330 3410 
email - beautedollface@gmail.com

Jangan lupa dapatkan sekarang !  

p /s - Housemate suka rasanya yang sangat ideal !