Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Anugerah Ejen Pelancongan 2013 - 2014 




Baru - baru ini , Anugerah Ejen Pelancongan 2013 - 2014 telah berlangsung secara eksklusifnya di atas pelayaran kapal mewah , Libra Star Cruise dimana anugerah ini telah mengangkat "Hawaiian" sebagai tema pada malam tersebut. 







Khai dan beberapa orang sahabat media telah dijemput khas bagi menyaksikan sendiri anugerah ini, memang satu peluang yang tidak akan dilepaskan. terima kasih kerana menjemput kami ! 

Majlis yang telah dihadiri hampir lebih daripada 30 wakil ejen pelancongan ini telah mempertandingkan beberapa kategori anugerah. Senarai anugerah dan pemenang adalah seperti berikut 

1) Best Product Manager 

Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd : Mr Lee Yean Wee 
Hwangjing Travel & tours Sdn Bhd : Mr liew Lai Mei
Asia Cathay Travel Sdn Bhd : Mr Anthony Ing

2) Top 10 Best Performance Agent Award 2013

Asia Cathay Travel Sdn Bhd

Airlink Travel & Tour Sdn Bhd 

Fantastic World Leisure Vacation Sdn Bhd 

Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd

Hwa Yik Tour & Travel ( Penang ) Sdn Bhd

Chris Travel & Tour Sdn Bhd

Pyo Travel ( MY ) Sdn Bhd

Resorts Worlds Tours Sdn Bhd

Skyzone Tours & Travel Sdn Bhd

Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd


3) MILLION DOLLARS AWARD 2013:

Airlink Travel & Tour Sdn Bhd 

Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd

Hwangjing Travel & tours Sdn Bhd

Asia Cathay Travel Sdn Bhd




Rata - rata hadiah yang dimenangi oleh ejen - ejen Pelancongan ini tersangatlah eksklusif . Tahniah Blog Budak Pacak ucapkan kepada semua para pemenang. Diharap dengan kemenangan ini, semua ejen pelancongan akan bekerja keras dan memantapkan lagi operasi mereka sekali gus menyumbang kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.




Tanpa mereka ini ,siapalah nak membantu pelancong - pelancong membuat pilihan bercuti bukan ? Jadi dengan adanya anugerah seperti ini seperti satu penghargaan besar buat mereka yang telah bekerja keras 




Oh yer korang dah baca mengenai Pelayaran Libra Star Cruise bersama Pak Nil yang akan diadakan April nanti ? Kalau belum jemput baca yer, kerana pakej yang disediakan jauh lebih murah , merupakan pelayaran muslim dan korang juga dapat meluangkan masa dengan Pak Nil ! Jadi tunggu apa lagi  , cepat - cepat tempah sekarang sebab tempat semakin terhad, ramai gila yang nak join nanti ! 


p /s : dengar - dengar tempat untuk Trip bersama Pak Nil kali ini meningkat dari tahun lepas 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Kunjungan para Media baru - baru ini membuka lembaran baru bagi pihak Petrosains Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS yang bertanggungjawab menguruskan Petrosains, The Discovery Centre dan operasi lawatan Menara Berkembar PETRONAS apabila pihak Tourism Malaysia Kuala Lumpur telah menjalinkan kerjasama sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

YM Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim , Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains sedang memberi taklimat mengenai Produk Petrosains 

Dalam kunjungan baru - baru ini, kami berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan yang ada di sana dan diakui dengan meletakkan Petrosains, The Discovery Centre dan Menara Berkembar PETRONAS sebagai salah satu tarikan utama pelancong dalam dan luar negeri  di Kuala Lumpur adalah tindakan yang tepat.

Lawatan kami ke sini juga adalah sebahagian dari langkah awal ke dua - dua belah pihak dalam mempromosikan produk - produk Petrosains dan  mercu tanda ini sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. 

Apa yang unik mengenai Petrosains ? 

Sebagai sedia maklum, Petrosains merupakan pusat pembelajaran tidak formal sesuai untuk golongan yang masih belajar baik dari sekolah hinggalah ke universiti. Di Petrosains terdapat pelbagai gedung ilmu di dalam dunia Sains dan Teknologi di samping memberikan pengalaman baru buat setiap pengunjung yang hadir. 





Di dalamnya terdapat pelbagai stesen yang mempunyai tarikan sendiri seperti The Lobby , Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama , Exploration , SPARKZ , SPEED, The Molecule Nano World , Music,Art,Science,Exit Ride dan XPLORASI. Selain itu juga Camp Petrosains dan Live Science Shows antara tarikan lain di sini. Jadi kepada ibubapa disana sesuai sangatlah bawa anak - anak ke sini. santai sambil menimba ilmu kehkehkeh 

Eh jambatan apa ni? Nak tahu mengenai keunikannya nantikan dalam entry Blog Budak Pacak yang akan datang !







Ephyra Pilihanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Ephyra Pilihanku? Kenapa jadi pilihan ? Baca sampai habis ya !

Kalau korang tercari - cari produk  hilangkan jerawat  ini adalah jawapannya. Memperkenalkan Ephyra, produk yang merangkumi segala jawapan untuk permasalahan korang. kenapa khai cakap macam ini ? sebab dah banyak testimonial dilakukan. kepada mereka yang nak kurus , cantik dan gebu semuanya berhasil dengan pengambilan Ephyra ! 



Ephyra Pilihanku

untuk pengetahuan korang ini  adalah produk untuk lelaki juga ! Bagi Khai sendiri,kalau diberi kesempatan , memang nak sangat cuba produk Ephyra ni sebabnya sejak kebelakangan ini badan cepat letih dengan setiap hari merempit ke kuliah , cover event sana sini sampaikan kulit dah keluar tompok - tompok hitam disebabkan panas yang melampau. Tak tahu produk apa yang sesuai. 

Dengan khasiat Ephyra ,simptom yang Khai alami diatas dapat diatasi. Semua ni Khai dapat tahu bila baca testimoni sis Yuyu Zulaikha yang bila ambil Ephyra muka beliau semakin lembab dan badan semakin cergas ,(Baca sini).  Tunggu apa lagi? Terus godek - godek dia punya Khasiat . Malah pasangan artis popular , Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut mengambil Ephyra sebagai pengambilan harian mereka. Tak percaya? jemput tengok video dibawah ye. 





Cara pengambilannya tersangatlah senang ! Korang cuma bancuh setiap sachet dan minum ! Ephyra adalah supplement yang paling sedap dalam pasaran tahu !  


Klik Untuk tumbesaran 

Gambar dekat atas ini adalah antara khasiat dan ramuan dalam produk Ephyra. Patutlah ramai yang mencari produk Ephyra ini. Khasiatnya terlalu banyak. cantik , sihat dan bertenaga dalam masa yang sama. Buat korang yang tertanya status produk ini, jangan risau kerana Ephyra adalah produk halal dan selamat dari bahan kimia yang terlarang. 

Jadi tunggu apa lagi ? Dapatkan produk Ephyra ini pada pembekal berdekatan! Jangan tunggu lama - lama nanti dikebas orang..lalalalaa.. kehkehkeh 

Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u 
Instagram : http://instagram/ephyra2u atau @ephyra2u 
Youtube :  http://www.youtube.com/watch?v=6EQWM1vCoSQ

p / s :   Cuaca panas sekarang sesuai sangat minumt Ephyra 

Ephyra Pilihanku

by on 26.2.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Ephyra Pilihanku ? Kenapa jadi pilihan ? Baca sampai habis ya ! Kalau korang ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !



Gambar Samsung S5 didedahkan ? Buat pengguna android , mungkin ada yang tertunggu dengan kemunculan Samsung S5. Hari ini di Barcelona, telefon serta fungsi Samsung S5 telah didedahkan buat tatapan umum. 





Fungsi Samsung S5

Nampaknya Apple mempunyai saingan apabila Samsung turut mengumumkan antara fungsi  dalam Samsung S5 adalah mereka turut mempunyai fingerprint scanner. Didatangkan dengan empat warna pilihan - hitam , biru , putih dan emas, Samsung S5 ini turut mempunyai fungsi kamera 16 megapixel dan HDR . 


*kredit gambar dari Blog Serius*


walau bagaimanapun menurut sumber yang dipercayai, kualiti imej yang terhasil masih belum mampu tandingi HTC One dan iPhone 5S. Antara specification atau fungsi lain pada Samsung S5 ini adalah 
  • 5.1-inch full HD Super AMOLED display
  • 2800mAh battery
  • 21-band 4G LTE
  • 16-megapixel rear camera/2.1-megapixel front camera
  • 16GB or 32GB of storage
  • Qualcomm 2.5GHz quad-core processor
  • Android 4.4 KitKat
  • A new "ultra power saving mode"
  • water and dust resistant 
mengenai tarikh samsung S5 dipasarkan masih belum dapat dipastikan namun menurut samsung, S5 akan mula dilancarkan pada 150 negara bermula 11 April ini.Samsung S5 turut didatangkan dengan jam pintar terbaru dari mereka The Gear 2, Gear Neo dan Gear Fit

Jadi apa pendapat korang ? Yeay atau Nay ? 

p/s  : ada orang samakan Samsung S5 dengan plaster #eh 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur . Haa biar betul Kereta Kuda ada di Kuala Lumpur kan? Betul kawan - kawan semua,  sempena Tahun Melawat Malaysia , inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur



Baru - baru ini Khai telah dijemput oleh Tourism Kuala Lumpur untuk meyaksikan sendiri pelancaran 'The Horse And Carriage Ride " dimana pada masa yang sama telah diadakan Kuala Lumpur Chinese New Year Culture. Ramai pelancong yang telah hadir untuk sama - sama saksikan tarikan terbaru ini. Makanan pun tak kurang banyaknya, nama pun open house bukan. Memang langkah kanan la jawabnya



Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Hj Talib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor , YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan H.E Ugur Dogan, Duta Besar Turki di mana mereka semua telah dibawa  menaiki kereta kuda ini pertama kalinya di Kuala Lumpur 

Kuda spesis Friesian yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun ini telah dibawa khas dari Belgium manakala carriage nya pula diimport dari Istanbul,Turki.



 Bagaikan kembali pada tahun 1800, buat korang yang nak merasai menaiki kereta  kuda ini , berikut adalah butiran atau maklumat yang korang perlu tahu 

Harga Kereta Kuda 

Per Person :  RM 50.00
Whole Carriage : RM 200.00 
* maksimum 4 ke 5 penumpang dewasa

Sesi

Pagi : 10 hingga 11.30 pagi
Petang : 3 hingga 4.30 petang 

Tempat Jualan Tiket 

Kaunter Kuala Lumpur City Gallery 

Kawasan perjalanan 

Bermula di  Kuala Lumpur City Gallery , melalui jalan Mahkamah Persekutuan - Bangunan Abdul Samad - Masjid Jamek , Panggung Bandaraya dan melintasi Jalan Raja berhadapan dengan St Mary Church . Kereta Kuda ini kemudiannya akan berpatah balik ke  Kuala Lumpur City Gallery sebagai pengakhiran destinasi 

Jadi tunggu apa lagi , jom cuba naik Kereta Kuda, bukan senang keliling kawasan menarik di Kuala Lumpur dengan Kereta Kuda !

p / s  : tak pernah naik kuda 






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Aku Akan Muncul , sebuah filem sulung di bawah syarikat produksi RM Vision Film Production yang boleh khai kategorikan sebagai produksi yang masih muda. Kalau korang peminat filem seram, ini adalah sebuah  karya dan  filem yang padat dengan adegan penuh debaran , misteri serta tidak dilupakan pengajaran buat korang peminat filem diluar sana. 



Nasihat Khai bila korang tengok filem ini, tengok dengan hati terbuka kerana ini merupakan filem sulung mereka , jadi kekurangan itu adalah perkara biasa buat produksi yang baru bertatih dalam industri perfileman negara. 



Membariskan ramai pelakon - pelakon baru seperti Angah (Kumpulan Bocey) , Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie , Firah , Syairah dan Larra Rahmat adalah satu cabaran buat filem Aku Akan Muncul untuk ketengahkan filem ini lebih ke depan .

Namun begitu , pujian harus diberi kepada pengarah , Roy kerana berani menampilkan muka - muka baru untuk filem pertama mereka. Selain itu , filem yang mengambil masa hampir dua tahun penghasilannya turut menampilkan pelakon - pelakon popular tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan , Julia Ziegler , Allahyarhamah Maimon TalibLiza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.



Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Aku Akan Muncul di panggung wayang berdekatan bermula 27 Februari 2014 !

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang 


Sinopsis Aku Akan Muncul

Mengisahkan tentang Kesuma yang mempunyai raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikkannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti Manja, Melor, Putih dan Melati berasa bosan dengan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai bersama Manja. Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk. Bagi memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta pertolongan Mak Yam yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.

Namun begitu, usaha untuk memulihkan wajahnya itu bukanlah mudah kerana Mak Yam meletakkan syarat supaya Kesuma membunuh seorang anak dara dan tiga orang kanak-kanak perempuan yang tinggal di kampungnya iaitu Kampung Ledang yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, Kesuma bertindak kejam dengan membunuh rakannya, Mawar serta dua orang kanak-kanak perempuan, tetapi hasratnya mahu membunuh seorang lagi kanak-kanak iaitu anak kepada Ramlee tidak kesampaian apabila dihalang oleh Arjuna yang juga merupakan adiknya sendiri dan kekasih kepada Mawar.

Ketika mahu menahan perbuatan kakaknya itu, Arjuna sendiri terbunuh, tetapi sebelum mati dia sempat berpesan kepada Ramlee yang merupakan anak kepada penghulu kampung supaya menyelematkan anaknya daripada disembelih Kesuma.

Kemudian, Ramlee bersama penduduk Kampung Ledang menangkap dan membunuh Kesuma dengan membakarnya. Namun begitu, jantung Kesuma tidak terbakar dan Pak Tam, ayah kepada Ramlee mengarahkan supaya jantung Kesuma yang ditikam dengan kerisnya dibungkus dan ditanam di tepi tasik di kawasan Gunung Ledang.

40 tahun kemudian sekumpulan pelajar kolej yang diketuai Zack membuat penyelidikan tentang kajian geologi di Gunung Ledang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Jeff, Angah, Diana, Tasha, Linda dan Farah.  Pada masa sama, Datuk Kamaruddin bersama isterinya, Datin Rozita dan dua orang anak mereka, Fatin dan Hadi turut pergi ke rumah baru mereka yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Ketika melakukan kajian berkenaan, pemandu sampan berpesan kepada semua pelajar kolej tersebut supaya tidak melakukan sesuatu kubur di mana jantung Kesuma ditanam. Bagaimanapun, Tasha tidak menghiraukan pesanan itu dan mengoreknya serta membuat jantung berkenaan ke dalam tasik. Ternyata perbuatannya itu telah menghidupkan semula Kesuma.

Kemudian Kesuma mula mengganggu penghuni yang berada di sekitar kawasan tersebut serta ingin menculik Fatin yang ingin dijadikan mangsa terakhirnya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mak Yam kepadanya dahulu.

Sebelum mahu melakukan perkara tersebut, Kesuma terlebih dahulu mahu melakukan siri pembunuhan yang melibatkan para pelajar kolej berkenaan. Tujuannya berbuat demikian kerana ingin membalas dendam terhadap Ramlee yang bertindak membunuhnya sebelum ini.

Promo Filem Aku Akan Muncul 


p /s : Suka tengok lawak kumpulan Bocey 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pak Nil lancar pakej Pelayaran Star Cruises ke Penang - Langkawi - Phuket untuk kali kedua !Siapa yang tak kenal Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil yang merupakan pengacara Nombor 1 negara disamping telatahnya yang mencuit hati di kaca tv.

 Baru - baru ini bertempat di Saloma Bistro,  Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya  untuk belayar bersama - sama peminat . Selain Pak Nil, turut hadir pada pelancaran tersebut adalah Encik Cooper Huang, Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel 



Atas kejayaan dan sambutan yang mengalakkan pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi menyaksikan Pak Nil akan mengulangi sejarah dan kenangan untuk bercuti bersama - sama peminatnya pada 6 April - 9 April 2014 . Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal yang mampu diikuti semua golongan serta sebagai satu penghargaan Pak Nil sendiri kepada para peminatnya

Pak Nil bersama para peminatnya pada Pelayaran Bersama Pak Nil edisi lepas 


Mana tidaknya, pada percutian yang lepas, rata- rata peminat Pak Nil yang mengikuti pelayaran ini sangat gembira kerana dapat meluangkan masa hampir 24 jam dengan Pak Nil sendiri di atas pelayaran Star Cruise. Malah terdapat banyak kejutan yang disediakan oleh Pak Nil sendiri untuk semua peminatnya. Sebagai contoh Pak Nil telah membuat sendiri kek untuk para peminatnya



Untuk pengetahuan korang , untuk pelayaran bersama Pak Nil ini, Superstar Libra yang merupakan kapal mewah milik Star Cruise menyediakan pelbagai kemudahan . Korang mesti tertanya dan terfikir, restoran dalam kapal ini halal ke ? 

Jangan risau ! Kerana dalam kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) . Jadi bab makan jangan risau yer kawan - kawan, sebab semuanya halal dan untuk korang yang nak join trip ini nanti, pihak Superstar Libra akan menghidangkan makanan kepada korang empat kali sehari !

Pak Nil dan Superstar Libra menjadi penghias muka depan Santai Travel Edisi September 2013

Jadi buat rakan pembaca semua , rebut peluang ini kerana tempat adalah terhad dan yang pasti Pak Nil akan meluangkan masanya selama 4 Hari 3 Malam dengan korang di samping beliau menjanjikan akan ada pelbagai  aktiviti dan kejutan khas buat peminatnya

Kalau korang berminat bolehlah hubungi Khai seperti butiran berikut !


*KLIK UNTUK TUMBESARAN*

atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi 
Malaysian Harmony Tour & Travel 
03 - 2142 9266

Video Pak Nil ajak peminat bercuti 

p /s : Kemudahan dan suasana di atas Libra Star Cruises memang satu pengalaman yang menakjubkan. Khai berani janji dengan korang. Nak tahu kenapa ?Nantikan entry akan datang mengenai pengalaman Khai di atas  Superstar Libra 





Pengalaman menjadi Pramugara AirAsia telah Budak Pacak ikuti baru - baru ini di bawah naungan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) . Budak Pacak bersama - sama lagi 8 orang rakan blogger secara eksklusifnya telah dijemput oleh pihak AirAsia ke AirAsia Academy untuk merasai sendiri bagaimana proses untuk menjadi seorang pramugara dan pramugari AirAsia. 



Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant. Jadi atas sebab - sebab tertentu , beliau terpaksa menolak. Bagi Khai pula, fikirkan nak habiskan degree ni, baru apply jadi Pramugara atau lebih dikenali sebagai Flight Attendant

Oh ya , untuk pengetahuan korang nampak macam senang je bukan ? tapi hakikatnya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi sebelum korang layak bekerja di awan biru. Kalau nak tahu macam mana , kenalah baca sampai habis, kehkehkeh...

Welcome on Board Sir.....



Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Mr Ashman Mahfuz, kakitangan di unit komunikasi AirAsia dan Mr Elson, Instructor di Asian Aviation Centre of Excellenc (AACE)

Mr Elson , seorang yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang ni 


Mr Elson ni memang berpengalaman di awan biru malah beliau juga pernah menjadi seorang Flight Attendant.Sepanjang latihan ini, beliaulah yang melatih kami . Terima kasih Mr Elson atas perkongsian ilmu dan pengalaman bersama kami. 

pentas yang menyaksikan Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia dinobat


Mr Elson sedang memberi taklimat mengenai bilik yang tersimpan segala manual Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia

pejabat operasi Akademi AirAsia 

Kelas Grooming 

sebahagian dari alat make up untuk kelas grooming 

Kami telah dibawa melawat keseluruhan akademi ini, termasuklah hadir ke kelas grooming bersama - sama bakal pramugara dan pramugari AirAsia . 



Selain itu kami juga telah dibawa ke beberapa bilik khas termasuklah Pilot Lounge yang merupakan tempat eksklusif bagi juruterbang AirAsia untuk berehat .



 Sepanjang kami dibawa melawat ke bangunan AirAsia Academy , kami telah berjumpa dengan ramai Flight Attendant dan juruterbang AirAsia.

bersama - sama bakal pramugara dan pramugari Thailand AirAsia X



Ternyata setiap kali berjumpa , mereka tidak pernah kedekut untuk senyum dan bertanya khabar. Agaknya disinilah kelainan akademi ini, kerana terasa nilai - nilai murni dan ketimuran telah diterapkan dalam jiwa mereka. 



Dengan kemesraan, kesopanan, kecantikan ,ketampanan Flight Attendant dan juruterbang AirAsia disini  tidak hairanlah AirAsia Academy ini merupakan salah satu akademi penerbangan yang terbaik.



Untuk latihan kami yang pertama adalah Safety Demonstration dimana dalam latihan ini kami wajib mengetahui alat - alat bantuan kecemasan , cara memberi ucapan dan pengumuman dalam pesawat dan melakukan sendiri demonstrasi keselamatan . 


Safety Demonstration


Pendek cerita bagi korang yang pernah naik kapal terbang , kan ada demonstrasi yang dibuat oleh pramugara dan pramugari sebelum kapal terbang berlepas, jadi kami wajib hafal dan lakukan demonstrasi tersebut sebagai permulaan latihan kami pada hari itu. 



Seterusnya adalah latihan Door Drill dimana ini adalah latihan untuk mengetahui cara buka dan tutup pintu kapal terbang di dalam penerbangan biasa atau kecemasan. Sebagai seorang Flight Attendant , pintu ini adalah menjadi satu kewajipan dan dibawah tanggungjawab mereka sepenuhnya. 

Nampak macam pintu biasa tapi hakikatnya penuh dengan teknologi sehingga terleka sekejap dengan fungsi yang sedia ada .

Selesai dengan Door Drill, kami di bawa ke tempat latihan Slide Drill. Di dalam latihan ini, kami diajar cara  terjun dan menggelongsor menggunakan tilam gelongsor sekiranya mendarat secara kecemasan. 



Untuk pengetahuan, sekiranya kecemasan adalah menjadi tanggunjawab bagi seorang Flight Attendant untuk pastikan tidak ada seorang pun yang terkecuali termasuk juruterbang di dalam pesawat dan Flight Attendant adalah orang yang terakhir akan keluar dari pesawat. Mencabar  bukan ? 



Akhir sekali adalah Wet Drill. Ini adalah latihan sekiranya pesawat mendarat kecemasan di kawasan yang berair seperti laut. Dalam latihan ini, kami dikehendaki terjun ke dalam kolam renang yang dalamnya dikhaskan untuk latihan ini. 


selfie tanda kejayaan, eh ? hahaha


Kesemua calon Flight Attendant dan juruterbang wajib tahu cara menyelamatkan penumpang sekiranya dalam kecemasan. Dari turun ke pesawat sehinggalah cara untuk menggerakkan pelampung kecemasan menggunakan tangan diajar kepada kami. Memang latihan yang terakhir ini menggunakan banyak tenaga fizikal.

Ternyata segala kesusahan yang dialami semasa latihan sangat berbaloi apabila berada di awan biru nanti. Bagi Khai sendiri ini adalah satu peluang dan hadiah hari jadi dari pihak Air Asia. 





Mana taknya berpeluang merasai sendiri menjadi sebahagian dari AirAsia All Stars bukan semua orang boleh dapat. Ini satu peluang yang susah untuk dapat di mana - mana tempat . Terima kasih tidak terhingga kepada AirAsia dan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) atas kesudian menjemput Khai ke Akademi AirAsia. Sampai masa jemput lagi !


"FLIGHT ATTENDANT IS NOT ONLY A JOB, IT'S A LIFESTYLE"

p /s : Mimpi jadi Realiti.