• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

March 30, 2014

Malaysia Clothes Buffet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Ada kaki shopping dekat sini ? Kalau ada , Budak Pacak nak ajak korang shopping gila - gila punya di Malaysia Clothes Buffet yang terbesar di Malaysia



Kenapa Budak Pacak katakan shopping gila - gila ? Sebab di Malaysia Clothes Buffet ini , dengan bayaran masuk RM60 , semua pakaian yang korang ambil dan boleh dimuatkan dalam ziplock beg yang disediakan, kesemua pakaian tersebut adalah milik korang tanpa perlu bayar untuk pakaian tersebut walaupun pakaian tersebut harga beratus - ratus . gila gempak bukan? 



Setakat ini , rekod yang pernah dicatatkan dalam ziplock beg tersebut adalah 16 pakaian. Apa kata korang pecah rekod ini ? Sepanjang Malaysia Clothes Buffet yang akan diadakan pada  25-27 April 2014 di Syopz Mall, Taylor's University Lakeside Campus ini , sebanyak 50, 000 pakaian  untuk korang pilih bawa balik . 



Selain itu , sepanjang tiga hari Malaysia Clothes Buffet diadakan , di sebelah petangnya iaitu jam 4 sehingga 6 petang akan diadakan pula  Blowout Sale dimana setiap pakaian akan dijual dengan harga RM 10 SAHAJA ! Confirm ramai yang rambang mata nanti ! 



Nak tahu macam mana nak shopping nanti ? Disebabkan jualan lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan , untuk musim ini , korang perlu daftar pada ketetapan di bawah. Jangan lupa ya kaki shopping semua , mark your date to shopping wih Malaysia Clothes Buffet !!

Yuran : RM 60 


Tarikh : 25-27 April 2014

Masa : 10 pagi sehingga 6 petang

Tempat : Syopz Mall, Taylor's University Lakeside Campus
*setiap pengunjung akan diberi ziplock beg 




Untuk maklumat lanjut : 


Twitter : @MYClothesBuffet#malaysiaclothesbuffet

Instagram : @myclothesbuffet


p/ s : jumpa korang nanti ! 

March 27, 2014

Choleq Resipi Asli Pantai Timur !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Segmen  Jom Makan kali ini Budak Pacak bawakan korang ke Choleq , sebuah restoran yang menyediakan resipi asli pantai timur terletak di Bangi, Selangor. 



 Mesti korang tertanya apa maksud Choleq ? dan makanan apa yang dikatakan sebagai resipi asli pantai timur ni bukan ? 

Untuk pengetahuan korang , Choleq ni kalau di tempat lain bermaksud cicah sesuatu makanan tu dengan sos,ataupun bahasa formalnya, korang celupkan makanan dengan sos , kehkehkeh. Tapi di pantai timur, sebutannya adalah sebagai Choleq. Disini terdapat pelbagai pilihan choleq yang pasti buat korang teringat sampai bila - bila. 








Mana taknya , resipi dan rasa asli sejak 1984 ini telah menarik selera ramai anak - anak Pantai Timur yang tinggal di kawasan sekitar Hulu Selangor khususnya. 



Choleq disini dimakan bersama 4 pilihan sos original yang dibuat khas sebagai pelengkap makanan dan menariknya setiap Choleq disini diberi nama berdasarkan tempat asal usulnya . Terdapat pelbagai choleq dan makanan pantai timur yang ada disini antaranya adalah
  1. Choleq Ikan Seberang Takir 
  2. Choleq Sotong Tg Lumpur 
  3.  Choleq Udang Penarik
  4. Choleq Fishball PCB 
  5. Choleq Kerang Bagan Lalang 
  6. Choleq Puyuh Lubok Cina
  7. Choleq Ayam Pasir Puteh
  8. Choleq Ayam Cherang 
  9. Choleq Buah Setar
  10. Choleq Perut Tanah Merah 
  11. Choleq Pelempong Pohon Ceri
  12. Rojak Ayam Bomba
  13. Choleq Keropok Lekor Kuala Besut
  14. Choleq Keropok Keping KT
  15. Jemput Maklah 
  16. Popia
 Kunjungan kami disini juga satu kejutan kerana pertama kalinya kami dihidangkan air KL Tower ataupun jus buah 3 layer. Menarik gilos !



Kalau Choleq pula , yang menjadi permintaan hangat dari para pelanggan selalunya adalah Choleq Perut Tanah Merah dan Choleq Ayam Cherang. Buat anak Pantai Timur terubatlah sedikit kerinduan dekat sini dan untuk setiap malam selasa dan sabtu , selalunya disini akan diadakan dikir barat bermula dari jam 10 malam hingga 12 malam. Memang meriah !


Sempat bergambar bersama tuan empunya kedai. Kalau nak tahu, yang berbaju putih itulah orangnya.

Kredit gambar Eazy Izzudin (link)

Dengan konsep kedai ala - ala kopitiam , Budak Pacak bersama - sama rakan blogger lain memang enjoy habis malam itu, siap tapau bawa balik lagi sebab rasanya sangat sedap ! Jutaan terima kasih kepada pihak Choleq kerana sudi menjemput kami. Buat korang yang nak rasakan kelainan, wajib singgah Choleq !

Choleq

March 26, 2014

PNB Ilham Resort Berhantu ?

Asslamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


PNB Ilham Resort Berhantu ? Biar Betul ? Kalau nak tahu cerita disebaliknya kenalah baca sampai habis yer. 

Hari Pertama 

Baru - baru ini Budak Pacak bersama - sama dengan Sahabat Media telah berkunjung ke PNB Ilham Resort atas jemputan rasminya. Bagi Budak Pacak dan Kisah Tatie, kami agak terlewat ke sana, memandangkan pada pagi tersebut terdapat hal yang perlu diuruskan jadi kami terpaksa bertolak di sebelah petang dan sampai di sana pun pada waktu makan malam.







Kami telah ditempatkan di beberapa bilik. Terasa sungguh tenang kerana bukan setakat biliknya yang cantik malah pemandangannya yang menghadap laut sangat mengasyikkan. 

Bagi rakan - rakan yang sampai terlebih awal , dengar - dengar cerita sampai sahaja di sana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah mereka jalani antaranya  abseiling,repelling  dan membuat sendiri rakit di atas laut. Rugi Budak Pacak kerana terlepas banyak aktiviti menarik pada petang hari pertama. 

Selepas sahaja selesai makan malam , kami berkesempatan untuk turun ke laut. Waktu malam macam ini , laut tengah surut dan ketam - ketam banyak naik ke permukaan. 


Geli tengok gambar ni ? Korang mungkin mengalami tyrophobia 


Jalan punya jalan sampai tak sedar kami berada di tengah - tengah Selat Melaka. Disitu kami sempat tinjau beberapa orang kampung yang mencari haiwan seperti cacing.





 Kalau tak silap Budak Pacak mereka menggelarkannya sebagai cacing laut

Hari Kedua 

Aktiviti pagi kami dimulakan dengan aktiviti room tour dimana kami telah dibawa melawat ke setiap bilik dan bilik - bilik disini ada pakej dan mengikut kesesuaian korang. Bagi Budak Pacak, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama dan harganya pula sangat berpatutan. 





Seterusnya kami bersiap sedia untuk jungle trekking di Hutan Simpan Tanjung Tuan






Didalam hutan ini terdapat pelbagai tinggalan sejarah dan mitos . Haa yang inilah antara sebab orang ramai mengatakan PNB Ilham Resort berhantu. Sebabnya di dalam hutan ini terdapat 3 jenis perigi iaitu Perigi Belanda , Perigi Keramat dan Perigi Air Tawar


Perigi Belanda

Perigi Keramat

Perigi Air Tawar


Menariknya mengenai Perigi Air Tawar ini kerana perigi ini terletak di sebelah lautan dan airnya langsung tidak masin sehingga sekarang. 



Selain itu, disini juga terdapat kesan peninggalan tapak kaki yang dikatakan sebagai tapak kaki Hang Tuah. Walaubagaimanapun ianya adalah mitos semata - mata. Jadi terbuktilah disini bukanlah tempat berhantu seperti yang dihebohkan malah disini adalah tempat yang penuh dengan khazanah negara. Kalau nak kata resort berhantu, pihak PNB Ilham sendiri mengamalkan bacaan yasin setiap bulan. Kat mana - mana pun ada bukan ? 







Oh yer di atas puncak Hutan Simpan ini terdapatnya Rumah Api. Agak sedikit kecewa kerana pemandangan di atas kurang jelas kerana pada ketika itu negara dilanda jerebu yang sangat teruk.




Selepas itu, kami bersiap sedia untuk aktiviti rope course. Untuk mana - mana organisasi yang menginap disini, aktiviti ini sangat sesuai untuk team building dan mereka yang sukakan aktiviti lasak . 





Seterusnya adalah slot bersama Chef Zam. Untuk pengetahuan korang Chef Zam adalah Chef Eksekutif disini dan beliau telah menunjukkan demonstrasi memasak secara live di Serambi Coffee House. 

Sebagai penutup untuk entry kali ini ,Budak Pacak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PNB Ilham Resort kerana menjemput kami. Dan buat korang yang sibuk bekerja dan ingin mencari ketenangan tidak kira bersama teman atau keluarga, Budak Pacak mencadangkan PNB Ilham Resort sebagai destinasi yang sesuai .

untuk maklumat lanjut layari : http://www.ilhamresort.com/

P/S : tak puas berada di PNB Ilham Resort 

March 22, 2014

Soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan untuk ke Majlis Tayangan Produk Philips Fidelio SoundBar HTL9100, Soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Boleh Tangga kini boleh di dapati di Malaysia .


Andrew Tan, Pemimpin Perniagaan WOOX Innovations Malaysia dan Karam S Sandhu, Pengurus Besar Electrical-Malaysia, Elitetrax Marketing Sdn Bhd, Harvey Norma

Gadjet terbaru ini sangat sesuai buat korang yang sukakan muzik dan luangkan masa di rumah kerana pembesar suara tanpa wayar ini sangat mesra pengguna. Yer la dah la boleh tanggal , sound dia pun memang gempak giler tanpa fikirkan masalah wayar yang berselirat. 

soundbar yang telah ditanggalkan 


Menariknya , apabila dipisahkan, soundbar bertukar daripada pembesar suara sekeliling virtual kepada sistem pembesar suara saluran 5.1 on demand. Terasa seperti berada di pawagam !



Didatangkan dengan warna hitam anggun berbentuk silinder berjalur perak, Philips Fidelio HTL9100 menggunakan kuasa bateri cas semula yang tahan sehingga 10 jam .  Malah produk ini telah menang pelbagai anugerah antaranya  Home Theater Innovation 2013-2014 Award dan juga ‘Produk Terbaik’ bagi tahun 2013 dalam kategori Soundbar untuk Philips Fidelio SoundBar HTL9100.

Andrew Tan, Pemimpin Perniagaan WOOX Innovations Malaysia

Nak tahu harga nya ? Harga untuk pasaran di gedung utama adalah RM 2,999 namun Budak Pacak cadangkan korang beli di Harvey Norman . Sebabnya , setiap unit HTL9100 yang dibeli akan melayakkan pembelinya membeli Philips HMP8100, sebuah pemain media, pada harga cuma RM99, dan bukan pada harga asal RM699, serta menerima baucar diskaun RM200. 
 
Baucar diskaun RM200 itu boleh digunakan untuk membeli HTL9100 Soundbar.   Sebarang pembelian produk audio Philips berharga RM500 dan ke atas akan melayakkan pembeli untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah premium. 

Jadi buat korang yang sukakan muzik apa kata pergi ke gedung utama berdekatan untuk merasai sendiri kualiti bunyi yang sangat gempak dari Philips Fidelio SoundBar HTL9100

p /s : sukakan gadjet berkaitan muzik dan gambar 

March 21, 2014

Koleksi Musim Bunga Pandora 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Baru - baru ini, Budak Pacak dijemput khas oleh pihak Pandora untuk melihat sendiri Koleksi Musim Bunga Pandora 2014 . Mengangkat tema beautiful and delicate butterflies dan soft spring flora , majlis pratonton koleksi terbaru Pandora telah diadakan di Royal Chulan Hotel . Majlis ini juga telah menjemput Deborah Henry sebagai Duta Rasmi mereka .

'orang kuat' Pandora dan Habib Jewels 
*kredit gambar : kisah tatie (link)


Untuk pengetahuan korang, konsep Unforgettable moment ini telah mengentengahkan beberapa charms yang berbeza mengikut tema . Ramai yang tertanya dan mempersoalkan pasal charms ini. ye la kalau dibandingkan beli kat market jauh lebih murah .

klik untuk tumbesaran


 Tapi mohon fikirkan balik adakah charms tersebut berkualiti? kalau setakat beli untuk beberapa kali pakai lepas tu putus bolehlah. tapi charms rekaan Pandora ini jauh lebih berkualiti sebab mereka mengutamakan kemasan , handmade dan setiap charms boleh dipilih bentuk , huruf dan bahan buatannya





Setiap charms ini mengandungi 14 ke 34 cubic zirconia stones . Tidak hairanlah ramai Pandorians sanggup menunggu setiap keluaran terbaru Pandora . 





Untuk koleksi terbaru mereka , tema Butterfly memfokuskan kepada warna ungu dan lavender manakala soft spring flora mestilah fokuskan kepada bunga ye dak ? 

soft spring flora


Budak Pacak nak komen banyak pasal ni pun tak boleh sangat , almaklumlah ini kan barang - barangan yang memfokuskan kepada wanita ye dak. Tapi untuk pengetahuan lelaki di luar sana, ada juga koleksi yang sesuai dengan lelaki tapi tak adalah 'berat' sangat hiasannya. 


buat pembaca perempuan , mohon turn on dengan koleksi terbaru Pandora kehkehkeh


Jadi kepada korang di luar sana yang berminat untuk dapatkan koleksi musim bunga Pandora , bolehlah dapatkan di outlet mereka yang berdekatan seperti di bawah ini . Apa pun Budak Pacak ucapkan terima kasih kepada Pandora kerana sudi menjemput kami . 

Outlet 


Habib Ampang Point
Alamanda Putrajaya
Bangsar Village II
Empire Shopping Gallery
KLIA
Mid Valley Megamall
Pavilion KL
Paradigm Kelana Jaya
Setia City Mall Shah Alam
Suria KLCC
Tangs 1 Utama
Gurney Plaza Pulau Pinang
Tropicana City Mall
Suria Sabah
The Spring Kuching



Ini edisi lelaki punya review ,

Nazlan Nasir  - www.nazlannasir.com

 apa kata korang singgah blog dorang versi wanita punya review mesti lagi meriah. yer la wanita dan alat kemas tidak boleh dipisahkan , kehkehkeh

Kitepunye - http://kitepunye.com/
Kisah Tatie - http://kisahtatie.blogspot.com/2014/03/pandora-unforgettable-moments-spring.html

dan untuk maklumat lanjut mengenai keluaran terbaru dan promosi Pandora layari www.pandora.net


p /s : kalau ada awek nih , confirm suruh belikan. hahaha