Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Bulan April menyaksikan TS Day Out bagi edisi pertama 2014 telah diadakan di Paradise Valley , Semenyih yang terletak berhampiran Bukit Broga

Budak Pacak serta beberapa orang rakan blogger dan media telah dijemput oleh Tourism Selangor bagi memeriahkan lagi TSDayOut dan mencuba sendiri aktiviti - aktiviti lasak yang terdapat di Paradise Valley. Selebriti yang sedang meningkat naik , Syatilla Melvin turut sertai aktiviti ini bersama kami. 



Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali pertama Budak Pacak sertai TS Day Out dan berasa amat terharu dan berbesar hati apabila terpilih menyertai TS Day Out. Terima Kasih Tourism Selangor. 

Sebelum itu, korang tahu tak apa itu TS Day Out , untuk maklumat , TSDayOut adalah satu kempen melalui media sosial yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor



Mengenai Paradise Valley ini , ianya adalah Eco -Farm Resort yang terletak di kawasan Bukit Broga. Disini pelbagai aktiviti boleh dijalankan termasuklah team building activitiy , aktiviti korporat dan banyak lagi. 

Mesti korang tertanya - tanya harga disini bukan? Untuk aktiviti disini ianya didatangkan sekali dengan pakej penginapan . Untuk harga pakej 2 Hari 1 Malam adalah seperti berikut :

Luxury Room : RM 150 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 190 

Dormitory Room : RM 118 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 138

Camping Tents : RM 90 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 108




Untuk semua pakej ini didatangkan sekali dengan ' Welcome Drinks', Dinner dan Breakfast. Serta termasuk pakej aktiviti   : Flying Fox , Wall Climbing, Kayak ,dan Bukit Broga atau Air Terjun Broga 

Berbalik kepada kisah TS Day Out, kami bertolak dari Tourism Selangort yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam pada jam 8 pagi dan kami tiba di Paradise Valley menghampiri jam 10. 

Sampai sahaja disana terasa udaranya yang segar dan nyaman kerana terletak di dalam kawasan perkampungan serta bukit - bukit. Tidak hairanlah ianya dinamakan sebagai Paradise Valley. Terasa sungguh tenang , jauh dari kesibukan ibu kota. Memang terbaik  !


kredit gambar , pena berkala 


Untuk aktiviti kami yang pertama adalah Flying Fox dan Wall Climbing . Sepanjang disini, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh Instructor yang bertugas Encik Mohd Izham atau lebih dikenali sebagai Abang Am.



 Peringatan penting buat korang yang ingin bermain aktiviti lasak, adalah satu kemestian untuk korang dapatkan tips dan nasihat mengenai aktiviti korang. Sebabnya kalau tak ada langkah keselamatan, nyawa bakal jadi taruhan .

Setelah mencuba aktiviti pertama , kami ke aktiviti seterusnya iaitu kriss cross game dan pressure rope game. Untuk aktiviti ini peserta harus mengimbangi diri untuk meniti di atas tali berhalangan.




 Tips untuk berjaya dalam game ini , korang perlukan daya keseimbangan yang betul dan paling penting kena bersabar. Kalau tak bukan namanya pressure game kehkehkeh 



Seterusnya adalah aktiviti abseiling , antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai. Tapi malang buat Kumpulan Budak Pacak, kerana tiba giliran kami untuk mencuba aktiviti ini, Hujan turun. Tapi ada antara kami yang sanggup cuba aktiviti ini walaupun hujan. Hasilnya basah kuyup jawabnya. Apapun memang pengalaman yang terbaik .

Bersama Syatilla Melvin , abaikan muka yang basah kuyup tu kehkehkeh



Sebelum pulang, kami diberi cenderahati daripada pihak Tourism Selangor dan Paradise Valley sebagai tanda kenang - kenangan. Terharu sekejap bila dapat cenderahati daripada mereka sebab dalam itu ada satu benda yang Budak Pacak tercari - cari selama ini iaitu Beg Kalis Air. Terima kasih banyak - banyak Tourism Selangor dan Paradise Valley 

kredit gambar , Tourism Selangor 


Jadi buat korang yang nak ke Broga Hill atau tercari - cari tempat untuk lakukan aktiviti lasak bolehlah ke Paradise Valley, sesuai untuk mencabar diri dan cari ketenangan diri jauh dari kesesakan bandar.

Jangan lupa untuk tengok video sepanjang kami disana 

*boleh ubah setting untuk kualiti video 

Untuk maklumat lanjut mengenai Paradise Valley ini boleh ke 

Email  : paradisevalleybroga@gmail.com
Contact  : 011 - 1668 6186 / 6188

dan singgah juga di Tourism Selangor untuk mengetahui produk pelancongan terbaik dalam negeri ini . 


p /s ; Tourism Selangor antara organisasi awal yang memperkenalkan Budak Pacak pada niche Travel pada awal tahun lepas. Terima kasih Tourism Selangor 

TS Day Out 2014

by on 30.4.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Bulan April menyaksikan TS Day Out bagi edisi pertama 2014 telah diadakan di Paradis...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Day 2



Pada Hari Kedua , awal - awal pagi lagi kami dah ke Setiu Wetland, Setiu yang menempatkan beberapa tempat yang menarik seperti di Gong Batu dan Pengkalan Gelap. Di Gong Batu , kami telah dibawa menaiki bot menyusuri sekitar sungai atau aktiviti ini lebih dikenali sebagai river cruise. Disini kami juga turut dibawa melawat ke Sangkar Ikan. 






Terdapat banyak ikan yang telah diternak disini malah saiznya pula agak besar. Budak Pacak agak kagum dengan sistem penternakan yang telah dilakukan oleh nelayan disini. 

Selepas itu , kami ke Pengkalan Gelap untuk melihat sendiri demonstrasi menganyam tikar kerecut , tikar mengkuang dan Atap Nipah . 



Menariknya , orang kampung disini memang pakar habis dalam bab ini kerana mereka hanya mengambil masa hanya untuk seketika menyiapkan sesuatu hasil seni . Kami juga berkesempatan untuk melihat cara penanaman pokok bakau.





Disini , kami juga telah dimaklumkan terdapat juga aktiviti pencarian Lokan. Korang tahu apa itu Lokan ?Budak Pacak sendiri baru pertama kali mendengar dan melihat Lokan yang dikatakan datangnya dari kumpulan kerang.



 Menurut orang kampung disini , Lokan sedap dibuat tomyam atau dicampur bersama ulam. Mesti cuba 

Di sebelah tengahari pula,  kami telah dibawa ke Terrapuri Heritage Village untuk jamuan makan tengahari dan aktiviti seterusnya. 



Pertama kali Budak Pacak menjejakkan kaki disini, kagum dan speechless sebentar kerana pemandangan dan landskap yang sangat cantik. 




Sampai je sini, kami dikehendaki ke muara sungai untuk lepaskan anak tuntung. Excited sebenarnya ! Jarang - jarang sekali Budak Pacak dapat peluang sebegini. 

Untuk pengetahuan korang , Terrapuri Heritage Village ini adalah hotel dimana hotel atau rumah - rumah di dalamnya diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh. 





Terrapuri sendiri bermaksud ' Tanah Raja ' . Untuk korang yang ingin tempat yang penuh ketenangan , Budak Pacak cadangkan untuk menginap di Terrapuri Heritage Village. Malah untuk filem Merong Mahawangsa terbitan KRU lokasi penggambarannya turut diadakan disini.



Berlatar belakangkan laut China Selatan , disini demonstrasi Gasing Terbang dan Pukat Tarik telah ditunjukkan. Rata - rata sahabat media terutama dari luar negara kagum dengan demonstrasi ini. Maklumlah di negara mereka mana dapat semua ini .Lain negara, lain tarikan dia kan  ?



Di sebelah petangnya pula kami bertolak ke Jeti Fikri, Setiu untuk bersiap sedia aktiviti mencandat sotong di perairan Pulau Chepu. Disini kami telah dibahagikan , dan di dalam satu bot terdapat 4 orang peserta. Bagi Budak Pacak , ini adalah kali pertama dapat sertai aktiviti mencandat sotong kalau sebelum ini, dapat makan je, kehkehkeh. 

ni alat mencandat sotong yer , bukan sotong kehkehkeh 


Selang 45 minit kemudian, Budak Pacak berjaya menaikkan seekor sotong hasil daripada aktiviti mencandat. Bangga la jugak dapat sebab kawan - kawan yang naik bot sekali langsung tak dapat. rezeki untuk hari itu. 



Tetapi untuk pengetahuan korang, lama - kelamaan semangat berkobar - kobar tadi kian hilang disebabkan mabuk laut. Serious, kali ini memang give up. Sepanjang perjalanan pulang, hanya mengira waktu supaya cepat sampai. First time juga mabuk laut yang teruk sampai macam tu sekali. 

Dalam jam 11 malam selepas tiba di jeti, kami terus ke Rhu 10 Beach Resort, Setiu untuk menikmati jamuan makan malam. 




Agak mengejutkan kerana ketibaan kami disambut meriah oleh penduduk Setiu malah paling tidak disangka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah menyambut kami. 



Datuk Seri Ahmad Said mempromosikan ' negeri cantik , budaya menarik ' 

Sempat jugaklah bergambar bersama beliau, sporting habis . Terima kasih Datuk Seri dan orang Setiu. 

Tamat sudah untuk aktiviti hari kedua, next entry nantikan Budak Pacak bercerita mengenai tarikan di Tasik Kenyir yang penuh dengan khazanah negara. 

p / s ; di Terengganu, hampir setiap hari kami dijamu Sotong, kehkehkeh 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,


Bercadang untuk kahwin ? Tercari - cari pakej perkahwinan seperti baju pengantin , pelamin dan sebagainya ? Jadi Malaysia Wedding Festival 2014, wajib korang pergi .



Malaysia Wedding Festival (MEFA) antara festival perkahwinan yang terbesar di Malaysia kerana mengumpulkan lebih 70 vendor di dalam satu bumbung dan antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.



Acara ini akan diadakan pada 2 - 4 Mei 2014 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam . Masuk adalah percuma yer kawan - kawan.


         

Ibarat pameran pengantin , Malaysia Wedding Festival 2014 (MEFA) anjuran Qistina Avenue Sdn Bhd bersama - sama penaja utama MyDream Wedding dan EDM Events Photography turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia dan Cuti -Cuti 1 Malaysia. Ini bermakna pameran pengantin ini bakal mendapat tarikan daripada pengunjung.



Sempena acara tersebut, pelbagai akitiviti menarik telah disediakan antaranya seperti pertunjukan busana pengantin , pencarian model inspirasi perkahwinan 2014, promosi harga pakej perkahwinan 2014, pertandingan makeup artis serta persembahan pentas yang menarik .



 Selain itu antara kejutan yang menanti adalah korang berpeluang mendapat hadiah bernilai  RM15,000 serta setiap tempahan yang korang buat pada hari tersebut korang turut berpeluang sertai cabutan bertuah. giler gempak , bukan  ?

Bagi Budak Pacak , inilah masanya untuk korang membuat planning awal untuk membina 'masjid' . Yer la selalunya dengan adanya acara seperti ini harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan korang boleh berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari ketetapan seperti di bawah ;

Laman web www.mefa.my
Instagram : MEFAPENGANTIN
Twitter : @MEFAEVENT
EMAIL : sales@mefa.my

Phone No: 012 387 1775 / 018 282 5535 

p /s  : tak jumpa calon lagi ,kehkehkeh 
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Korang follow filem - filem MIG ? Untuk pengetahuan korang , filem terbitan mereka yang terbaru , Sniper akan menemui penonton tak lama lagi. Budak Pacak berkesempatan ke Pra - Tonton filem Sniper baru - baru ini. Terima kasih kerana menjemput. 



Filem Sniper yang membariskan ramai pelakon hebat dan muka - muka  baru dalam industri perfileman seperti Fadlan Hazim , Pablo Amirul , Mikail Andre dan Nina Iskandar. Turut menjayakan filem ini pelakon seperti Adiba Yunus , Nabil Razali dan Delimawati .

Bagi Budak Pacak adalah menjadi taruhan setiap kali filem MIG ramai muka baru telah dilibatkan dalam filem mereka sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat. 



Setelah menonton filem ini, pujian harus diberi kerana setiap watak berjaya memainkan peranan malah tidak keterlaluan untuk Budak Pacak cakapkan antara muka baru yang berjaya memainkan watak. 





Untuk pengetahuan korang juga pada malam pra -tonton tersebut juga full - house tahu. Diharap sambutan yang diterima pun menggalakkan. Apa pun tahniah Budak Pacak ucapkan !

Promo Filem Sniper 


Rating Blog Budak Pacak 4 Bintang 

Sinopsis Filem Sniper 

Ahmad lakonan Mikail Andre merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana masalah disiplin yang dialami. Rafi lakonan Fadlan Hazim pula merupakan seorang atlet telah diculik untuk terlibat dalam satu permainan yang digelar Bunuh. Mereka berdua telah ditemukan dalam permainan tersebut oleh seseorang yang tidak dikenali.

 Sepanjang mereka disana, muncul pula Jim lakonan Pablo Amirul yang menjadikan permainan tersebut semakin mencabar. Berbekalkan sniper dan peluru , mereka harus mencari jalan untuk mencari dalangnya dan pada masa yang sama setiap nyawa dipertaruhkan termasuk nyawa mereka sendiri.

 Siapakah dalangnya ?  Adakah semuanya terbunuh ?  Nak tahu kesudahan filem aksi ini , korang kenalah tengok sendiri di pawagam berhampiran mulai 24 April ini. Terbaik  !


p/ s ; Tahniah kepada MIG kerana menghampiri 100 filem terbitan mereka 

Review Filem Sniper

by on 22.4.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Korang follow filem - filem MIG ? Untuk pengetahuan korang , filem terbitan mereka yang terba...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Day 1 

Pada 11 April yang lalu , Budak Pacak telah ke Terengganu untuk Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  anjuran Kerajaan Negeri Terengganu , Tourism Terengganu dan Gaya Travel selama 8 hari 7 malam. Sebelum itu, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana memilih Budak Pacak dalam trip ini. Kalau tidak memang Budak Pacak tak akan merasai semua ini. Ibarat mimpi yang menjadi realiti.



Sebelum mulakan cerita, ada apa dengan Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  ?  Untuk makluman korang, pesta ini bertujuan memberi pengalaman kepada media untuk merasai sendiri cabaran untuk mencandat sotong di samping mempromosikan Negeri Terengganu ini. Kalau sebelum ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Penyu , kenapa tidak selepas ini orang lebih mengenali Terengganu dengan Sotong sebagai Tarikan Terbaru di Terengganu ?

Kami bertolak dari Matic, Kuala Lumpur pada malam 10 April dan tiba di Terengganu pada pukul 7 pagi. Sampai je disana, kami menikmati Nasi Dagang yang menjadi makanan ruji atau simbolik di Terengganu. 
Bak kata orang, kalau tak pekena Nasi Dagang memang tak lengkap trip korang ke Terengganu. Yang kelakarnya , semua tak mandi lagi , terus singgah warung untuk makan, kehkehkeh. 

 Untuk hari pertama ini aktiviti kami adalah Free and  Easy. Maklumlah , untuk pengetahuan korang , 200 orang wakil media terdiri daripada 25 negara  termasuk Malaysia yang sertai  Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu  . Jadi mesti penat bagai . 





Seramai 200 orang media telah ditempatkan di 7 hotel sekitar Kuala Terengganu dan Budak Pacak telah ditempatkan di Grand Puteri Hotel . Sepanjang kami di Terengganu, kami telah diberi layanan VVIP . Mana taknya, dapat bilik sorang satu , Polis telah mengiringi kami sepanjang disini malah segala perkara telah diutamakan untuk kami. Sangat terharu 

Memandangkan hari pertama adalah  Free and  Easy , Budak Pacak dan Kisah Tatie telah dibawa oleh rakan blogger di Terengganu , Farisya Anastasyia untuk jalan - jalan sekitar Kuala Terengganu dan kami telah ke port yang wajib dikunjungi kalau nak makan ICT



Oh yer nak tahu apa itu ICT  ? ICT ini merupakan singkatan bagi Ikan Celup Tepung. Menurut Farisya , kalau nak makan ICT , yang paling sedap adalah di Warung Pok Nong yang terletak berhampiran Universiti Malaysia Terengganu. 

Memang sedap gilos !  Tak rugi datang sini. Makan menghadap laut, pergh feeling habis.  Satu peringatan buat korang , nak datang sini , kenalah awal . Kalau tidak kena beratur panjang. 



Since Budak Pacak dan Kisah Tatie tak makan ikan , jadi kami pilih sotong dan udang celup tepung. Harga bagi seekor sotong celup tepung saiz XL adalah RM8 . Manakala bagi udang saiz M, 10 ekor bersamaan RM 10. Puas gilos makan !  Terima kasih F.A sebab bawa kami kesini. 


Sekian saja untuk cerita Part 1, ada lagi banyak cerita menarik menyusul selepas ini . Jangan lupa untuk keep update entry Budak Pacak. Jumpa lagi  ! 

p / s ; sampai sekarang macam tak percaya dapat peluang ni. 

--- teaser part 2 ---



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Jualan Penghabisan Stok Aussino ? Nak tahu dekat mana dan bila , kenalah baca sampai habis yer .

Seperti yang sedia maklum , Aussino adalah jenama kelengkapan rumah yang terkenal baik di Malaysia ataupun di luar negara . 



Pada 25 - 27 April 2014 nanti bertempat di Syopz Mall,  Taylor University Lakeside Campus akan diadakan jualan penghabisan stok barangan jenama Aussino. Dan yang pasti harganya adalah potongan yang giler gempak sehingga 80%.


Bagi Budak Pacak nanti secara kebetulan memang nak cari bedsheet, setelah godek - godek page Aussino ni, memang confirm akan beli satu disana nanti , mana taknya diskaun sehingga 80% kot, siapa yang tak nak beli 

Kalau sebelum ni harga mencecah ratusan ringgit , pada hari tersebut mana tahu ianya mencecah puluhan ringgit kan ? Jadi buat korang yang tercari - cari kelengkapan rumah yang murah, jangan beli lagi, tunggu pada hari penghabisan stok Aussino baru shopping. lagi berbaloi . 

Kena pula pada hari tersebut akan diadakan Malaysia Largest Clothes Buffet[Link ] , memang havoc la shopping . Jumpa nanti ya !

Untuk maklumat lanjut boleh ke facebook Aussino


p/s ; make sure datang awal , kalau tak nanti melepas yang cantik - cantik