• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

July 26, 2014

Lagu Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Jadi pada kesempatan entry ini , Budak Pacak nak kongsi dengan korang beberapa buah lagu raya dan video klip raya aidilfitri

Menariknya mengenai Lagu Raya 2014 ini adalah terdiri mashup lagu raya yang sedia ada seperti 

1.Dendang Perantau - P.Ramlee
2. Hari Raya - iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
3. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
4. Lagu Raya - Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Ana Raffali
5. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
6. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
7. Aidilfitri Hari Mulia - Fazidah Jonet
8. Selamat Hari Raya - Saloma

dan kesemua lagu ini dinyanyikan oleh gabungan bakat youtubers Malaysia seperti Azhar Mustapa , Aliyas Zakaria , Syuhada Najuwa , Eika Syah , Faayusra , Ikmal Hijaz dan juga Qiezarra . 



Serius cakap , first time Budak Pacak dengar lagu mashup raya ni asyik ' repeat.. peat peat' je. Terbaik !

Video ini adalah hasil daripada Voxscape . Selain mashup lagu raya, dorang pun ada hasilkan video dan cover lagu raya yang lain bersama artis terkenal seperti Shiha Mentor dan juga Encik Mimpi.





 Apa pun enjoy the video.sambil - sambil balik kampung tu, bolehlah dengar lagu - lagu raya ni. Ambil feeling la katakan kehkehkeh..

Nantikan selepas ini, koleksi ucapan raya aidilfitri daripada selebriti tanah air yang Budak Pacak sempat rakamkan khas untuk pembaca Blog Budak Pacak, tunggu...


p /s ; lagu raya menggamit memori.

July 18, 2014

Gambar Pesawat MH 17 Terhempas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .


Hari ini Malaysia digemparkan dengan khabar berita yang mengejutkan dimana Pesawat Penumpang Malaysia MH 17 dilaporkan telah terhempas di Ukraine  kerana telah ditembak . 

Pesawat yang membawa 280 orang penumpang dan 15 orang anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur . Disini Budak Pacak nak berkongsi beberapa gambar pesawat MH 17 yang dikatakan telah terhempas.

 Ada juga yang mengatakan kesemua mangsa telah terkorban . Terfikir sejenak mengenai ada keluarga yang ingin pulang beraya di Malaysia tetapi tidak kesampaian.... 



















Senarai Nama Crew MH 17

  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Senarai jumlah penumpang pesawat MH17

apa pun sama - sama kita doakan yang terbaik mangsa pesawat  MH17. salam takziah diucapkan untuk ahli keluarga mereka. Al - Fatihah . 

p /s ; Pray For MH17







July 17, 2014

Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ Meriah !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ





Ya Tuhan , kalau korang ke sana , memang meriah gilos dengan kehadiran para media , bloggers dan yang diraikan anak - anak yatim dari Rumah  Kanak - Kanak Tengku Budriah , Cheras. 

Sebelum itu Budak Pacak nak ucapkan  terima kasih kepada eWana FM , Pak John Steamboat & BBQ dan juga Halim Brothers kerana menjemput Budak Pacak ke majlis ini. Memang havoc dan gempak gilos!

Maklumlah di bulan yang mulia ini, bila dapat berbuka sekali dengan rakan - rakan yang lain memang gamatlah suasana . Sempat juga kami sambut Hari Jadi rakan blogger , Zulhilmi Tempoyak .Lagilah riuh kehkehkeh.. 


Majlis Iftar Ramadhan dan Pelancaran album eWana Raya 

Sebenarnya majlis ini bertujuan meraikan anak - anak yatim yang hadir disamping beramah mesra dengan rakan blogger , media dan juga artis. Ini adalah usaha sama eWana FM dan juga Pak John Steamboat & BBQ selaku penaja rasmi bagi lokasi kali ini.

Malah adik - adik dari  rumah  Kanak - Kanak Tengku Budriah , Cheras turut mendapat duit raya berjumlah RM 3000 sumbangan Pak John Steamboat  & BBQ

 Bercakap mengenai eWana FM , kalau korang nak tahu, eWana FM ini adalah sebuah radio IP Nusantara . Tagline dorang pulak ,' more than just a radio' . Memang betul pun , sebabnya eWana FM ini turut memperkenalkan segmen Hai Bloggers dan Carta Bloggers 30 yang turut memberi peluang kepada Bloggers di luar sana menjadi deejay jemputan . Menarik bukan ?



Jadi pada majlis tersebut , eWana FM turut melancarkan album eWana Raya . Wah tahniah yer !

Pak John Steamboat & BBQ  Lokasi Steamboat Paling Menarik 

Untuk pengetahuan korang , ini adalah kali ketiga Budak Pacak ke Pak John Steamboat & BBQ  .Tengok je pengumuman kata nak buat disini, terus isi borang takut terlepas hadir ke sini .

Mana tidaknya dekat sini terdapat pelbagai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Boleh katakan ini adalah lokasi steamboat terbaik yang Budak Pacak pernah kunjungi.

Setiap kali ke sini antara menu atau bahan yang Budak Pacak wajib ambil adalah prawn sup  , daging black pepper , chicken honey , dim sum dan yang paling best adalah ayam coke. 



 Disini boleh menempatkan hampir 300 orang dan sesuai untuk anjurkan aktiviti korporat. 

 Berbanding dengan beberapa restoran steamboat yang lain, Pak John Steamboat & BBQ mempunyai hampir lebih dari 100 pilihan steamboatnya yang segar . 











Itu belum ditambah dengan menu - menu sampingan sempena bulan ramadhan seperti pulut sumbat daun teratai , ayam coke , gorengan sayur dan banyak lagi .







Ditambah pula dengan menu pencuci mulut yang pelbagai seperti waffle dan aiskrim Pak John yang sememangnya terkenal di sini. 





Kesemua menu ini korang boleh dapatkan dengan satu harga iaitu RM 39 ++ . Tak cukup dengan itu , terdapat hari tertentu korang boleh dapatkan diskaun untuk harga pelajar dan juga ladies day . Terbaik bukan  ?



muka - muka puas pekena steamboat terbaik di bandar 

Ditambah dengan kelainan pilihan supnya yang pelbagai seperti Beef Bone Papper Sup , Tomyam Sup , Curry Sup , Miso Sup , Chicken Sup dan Prawn Sup . 



Pilihan Budak Pacak setiap kali ke sini adalah Prawn Sup, memang rasanya teringat - ingat bila korang dah balik nanti. kehkehkeh..



Pilihan kami !


 Oh yer , bukan setakat sup je yang pelbagai  , sos di Pak John Steamboat & BBQ    juga pelbagai. Menariknya , sos disini adalah buatan sendiri iaitu sos Thai , Green Cili sos, sos manis , bbq sos dan beberapa sos yang lain lagi. 

Okay bercakap pasal tarikan  di Pak John Steamboat & BBQ memang tak habis.  jadi disini Budak Pacak sertakan sedikit fakta mengenai restoran ini . 

  • Mempunyai dua cawangan iaitu di eCurve Damansara dan juga Wangsa Walk Mall
  • Terdapat lebih dari 100 pilihan steamboat yang berkonsepkan makan sampai kenyang. 
  • Sempena Bulan Ramadhan , Pak John Steamboat & BBQ  memperkenalkan menu tambahan seperti rendang ayam dan daging , ayam coke, pulut sumbat daun teratai, nasi tomato dan banyak lagi 
  • Bahan - bahannya diambil terus dari kilang untuk kekalkan kesegarannya 
  • Yang pasti ianya halal dan terbaik !
Tak cukup dengan entry , kali ini Budak Pacak turut selitkan video di sebalik kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ. Kaio Studio pun ada rakamkan video tau . Terima kasih sebab jemput Budak Pacak jadi pengacara jemputan. Jadi tengok dua - dua video ini okay ?






Jadi buat korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai Pak John Steamboat ini bolehlah ke butiran berikut 


Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya


Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Website :

Facebook :

Facebook page eWana FM 



Terima kasih sebab jemput Budak Pacak  ke majlis ini. Pak John Steamboat & BBQ  memang best !!!

July 11, 2014

Jubah Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Disebabkan ada  permintaan daripada beberapa orang pembaca Blog Budak Pacak pada entry Jubah Lelaki Terkini yang inginkan senarai Jubah Raya 2014 , kali ini Budak Pacak bawakan khas untuk korang . 

Pada entry kali ini bukanlah untuk menunjukkan jubah mana yang paling cantik atau sebagainya, cuma ini dari segi pemerhatian Budak Pacak yang merasakan jubah mereka antara jubah lelaki yang terkini sesuai untuk dipakai pada raya nanti. 

Umar - Jubah Binqareem



Aimaan - Jubah Zadya 



Jubah Arkan Rizqi 




Jubah Qirana 


Jubah Zaheer - Souq 



Jubah Clnkish 



Urban Thobe 




Jadi inilah antara koleksi jubah lelaki yang nampak menarik pada Budak Pacak. Dari segi pemerhatian Budak Pacak , rata - ratanya menyukai jubah  lelaki moden kerana dari segi kreativiti gaya dan kualitinya. Akan datang , Budak Pacak bersama - sama blogger lain dalam satu projek khas berkaitan dengan pemakaian lelaki. Nantikan ... 

p /s ; terkedu bila ada pereka fesyen yang terlalu ' ghairah' mereka baju melayu sampai hilang konsep. Ada ke patut Baju Melayu lengan tak ada, fikirkan...

July 07, 2014

Baju Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Diam - tak diam , dah hampir separuh bulan kita berpuasa. Jadi ramai di antara kita yang sibuk membuat persiapan raya. tak kurang juga mereka yang dah siap segalanya termasuklah persiapan baju raya. 

Di kesempatan entry kali ini Budak Pacak nak berkongsi antara koleksi gaya bagi Baju Raya 2014. Tetapi entry ini khas untuk mereka yang mencari Baju Raya 2014 Lelaki.

Selalunya setiap tahun kita akan dengar fesyen Baju Melayu Cekak Musang dan juga Baju Melayu Teluk Belanga. Tahun ini kita dapat tengok persaingan corak dan gaya tak kiralah dari pereka fesyen popular mahupun underground  yang mencari kelainan dalam Baju Melayu 2014

Apa yang Budak Pacak perhatikan, tahun ini kebanyakan Baju Melayu mengambil konsep dua warna sebagai gaya bagi tahun 2014. Jadi di sini Budak Pacak senaraikan antara corak dan gaya Baju Melayu Lelaki yang menarik perhatian 


Baju Melayu Rizman Ruzaini : Highness 


Baju Melayu Rico Rinaldi : Amat 


Baju Melayu Rico Rinaldi : Samat


Baju Melayu Melinda Looi With Piping 


Baju Melayu Zery Zamry 


Baju Melayu Kashfi Zulkufli 


Baju Melayu Andres Avenue 


Baju Melayu Hijrah Couture 


Baju Melayu Idranska 


Jadi ini antara Koleksi Baju Melayu 2014 yang menarik perhatian Budak Pacak. Nantikan entry akan datang, Budak Pacak dan rakan blogger yang lain review dan peragakan Baju Melayu terkini dari pereka fesyen yang sedang meningkat naik tunggu. !

p /s ; akan datang juga entry mengenai koleksi jubah raya 2014