• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

August 29, 2014

My AirAsia Free Seats

Dear Tony Fernandes ,

If I had 10 AirAsia Free Seats , I would go to Kalibo and I'd bring along my lovely family and supportive friends !

To be honest , My family and a few of my friends haven't got a chance to travel not even experiencing what it feels like boarding into a plane . With this opportunity will enable me bring them to our choice of destination, Kalibo. 



Being a community live in a rural area, we can only dream and mesmerized by the story of others .Where money is always being saved for food, education and emergency which travel or holiday is not even in the list. I still remember my first time boarding with AirAsia which is my first airplane in 2012. Best feelings ever! 












Why Kalibo ? In this 2014,  I bet if  I can bring my family and friends to Kalibo, the experience of traveling, the chance of encountering the culture of others is something that we never thought off . I want them experiencing what I has been through when first time boarding into a plane.

Plus , Kalibo is a new destination introduced by AirAsia itself.I feel so calm when I get a few of pictures about it . 

My Short video about My AirAsia Free Seats 


Thus, AirAsia providing me this platform for me to share with them what does it feels like travelling to other country and experience the zest of the country. 

I really hope AirAsia will fulfill my small wishlist! Thank you so much because providing this wonderful platform to us, #AABC 

Regard,

Khai @ Budak Pacak

*****************************************************************

Hey to all travelers and Blog Budak Pacak readers, don't forget to visit AirAsia website because the Free Seats Promo is back ! So grab now guys! The promo will end this 31 of August. 



For more info log on www.airasia.com

Thank you AirAsia because being my favourite airlines! 


p /s : I love sharing my thought and feelings using English. Sometimes it help me enhance my skill as a teacher ..maybe..LOL

August 28, 2014

Produk Wira Malam Tidak Asli !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada tulis satu entry mengenai produk Wira Malam bukan ? ( Rujuk Sini). 



Wira Malam ini banyak khasiatnya seperti

•       Mengoptimalkan fungsi testosterone
•       Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah
•       Melancarkan peredaran darah
•      Meningkatkan kualitas ereksi dan tahan lama dengan cara melebarkan           pembuluh darah
•       Tidak menyebabkan jantung berdebar
•       Meningkatkan produksi androgen (hormone seksual pria)
•       Memperbaiki jumlah sperma lelaki
•       Membantu menyihatkan tubuh jika diamalkan setiap hari

Kecoh juga baru - baru ini ada beberapa produk kesihatan yang telah dikatakan beracun dan tiruan termasuklah produk Wira Malam dan Harum Malam.

Kalau nak tau produk Wira Malam ini memang beracun kalau diminum bersama racun serangga! kehkehkeh..Sebenarnya produk ini tak beracun pun. Cuma sejak kebelakangan ini , produk wira malam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan . Jadi terdapat sesetengah pihak yang telah cuba memanipulasikan produk ini secara tiruan.



Oleh itu, disebabkan hal ini yang semakin menular, pihak Legacy Secret telah menambahbaik produk mereka dengan ciri - ciri keselamatan hologram (holoQR) . 

Macam mana nak pastikan produk wira malam yang asli dan tiruan ? 



1. Pengesahan Melalui Visual



                     Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah 

2. Pengesahan Melalui Sentuhan




Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari

3. Pengesahan Melalui QR Wechat




Imbas kod produk dan info akan diberikan


PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Wechat ID : harummalam



Kalau itu wira malam, yang ini khas untuk yang wanita bagi produk harum malam 


Jadi dah tahu macam mana nak bezakan produk asli dan yang tiruan ? Kalau korang rasa macam ada yang tiruan atau apa - apa cepat - cepat laporkan kepada pihak yang berkenaan atau ke Legacy Secret sendiri. Kita sendiri tak tahu kesahihan produk tiruan ni kan ? silap haribulan boleh bawa maut. bahaya !

untuk maklumat lanjut boleh ke 

      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com

p / s : produk kesihatan semakin bertambah dalam pasaran kena hati - hati takut nanti termakan diri 

August 23, 2014

Sesame Street Bakal Beraksi Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 

Budak Pacak yakin korang yang lahir pada tahun 90-an mesti tau rancangan pendidikan yang terkenal iaitu Sesame Street. Sebenarnya Sesame Street dah bersiaran hampir 45 tahun dan menjadi salah satu rancangan paling lama pernah disiarkan
 


Ingat lagi tak Elmo , Abby , Cookie Monster , Erni dan lain - lain ?Buat peminat Sesame Street , ada berita baik buat korang .  Ini kerana watak kegemaran korang ini bakal beraksi di Resorts World Genting sempena 'Sesame Street Live - Elmo Makes Music'  yang bakal mempersembahkan hampir 24 buah lagu termasuk lagu klasik yang menjadi kegilaan ramai seperti ' C Is for Cookie' dan ' The Alphabet Song' .



 Persembahan yang sudah pastinya menggamit memori ini akan beraksi pada 28 November 2014 sehingga 3 Januari 2015. Bila dapat jemputan dari pihak Resorts World Genting baru - baru ini, Budak Pacak tersenyum sorang - sorang. Mana tidaknya kalau dulu masa kecik - kecik cerita inilah yang selalu jadi peneman bila parents pergi kerja. 



Sesiapa yang ada anak kecil atau adik yang masih lagi kanak - kanak sesuai sangatlah kalau bawa tengok persembahan yang confirm sangat menghiburkan. Kalau yang preview pun dah best ,belum tau lagi yang betul kan ?

Muka Excited dapat Elmo kehkehkeh. kredit gambar Eazy Izzuddin


Kalau korang nak tengok ' Sesame Street Live - Elmo Makes Music' ,  boleh dapatkan tiket yang berharga RM 88 ke atas 

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.rwgenting.com atau hubungi mereka di 03- 6101 1118 . 

Terima Kasih Resorts World Genting, serius tak sabar tunggu November nanti !

p /s ; Entah anak nanti ada ke tak lagi cerita Sesame Street ni 

August 19, 2014

Pengalaman Di Macau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 



Ini adalah entry terakhir mengenai pengalaman Budak Pacak di Macau selama 4 Hari 3 Malam anjuran AirAsia dan Macau Government Tourism Office sempena  Media Familiarization Trip To Macau . Buat korang yang terlepas, bolehlah klik di atas . 



Trip ini telah disertai 5 orang blogger iaitu Budak Pacak , Farid Laham , Melastik Bintang , Selebriti Online dan Hanef . Selain kami, wakil dari Harian Metro , Utusan Malaysia, Majalah Asia Horizon dan Malay Mail pun turut serta dalam trip ni. Memang have fun gila dengan diorang!  

Rezeki Demam 

Masa dapat panggilan tempoh hari dari AirAsia untuk ke Macau ni memang terkejut gilos . Sepatutnya Budak Pacak dah balik ke kampung. Tapi disebabkan demam time tu, batalkan niat balik kampung , berehat dekat rumah je . 






Sekali dapat call dari AirAsia, memang keesokannya tu terus buat passport. tak kisah demam ke apa. berbaloi okay tunggu 10 jam nak siapkan passport! 

Pertama Kaki Menjejak Ke Negara Orang 



Selama ni asyik berangan je nak menjejak kaki ke negara orang . Alhamdulillah dengan rezeki blogging ni dapat juga merasa pengalaman berada di negara orang. Well,I dont think its quite late for 22 years old boy to step on other country right? 

Macau Ibarat Las Vegas 

Kenapa Budak Pacak ibarat Las Vegas sebabnya kota Macau ni hidup sentiasa. Negaranya bersih dan pada waktu malam meriah dengan cahaya LED dari bangunan pencakar langit.



Menariknya disini, hampir semua hotel mempunyai tarikan unik yang tersendiri.

Ditahan Pihak Berkuasa Macau 

Macau memang terkenal dengan tempat kasino nya. Nak masuk ke situ mestilah cukup umur. Alkisahnya di Venetian, tempat tu sangatlah besar. Jadi nak ke satu tempat tu kenalah melintas kawasan kasino. 

Kalau tak korang kena ikut jalan jauh. Kawan - kawan yang lain semua lepas sekali bila time Budak Pacak kena tahan .Dorang tahan sebab ingat bawah umur. Muka jambu sangat padahnya macam ni la. Padahal dah ketat habis muka time tu, hahahaa.. 


Makanan Di Macau 
Buat yang Islam terutamanya memang kita menitikberatkan makanan yang halal bukanSepanjang disini Alhamdulillah pihak AirAsia dan MGTO sangat menitikberatkan soal makan dan sensitiviti kami. 



Malah pihak Hotel Royal pun sama. Disebabkan makanan buffet  dan bercampur, pihak hotel telah memastikan jenis makanan untuk kami dan hantar ke sampai pintu bilik ye. Terima kasih Hotel Royal. Buat korang yang ke Macau , berikut adalah senarai tempat makanan yang boleh kunjungi 

- Taste of India di Macau Fisherman's Wharf 
- Indian Garden di Taipa 
- Aruna Maharaja Indian Curry 
- Golden Peacock Indian Restaurant di Venetian 
- Indian Spice Restaurant 

Okay kalau korang ke Macau , dua matawang boleh digunakan iaitu Hong Kong Dollar atau Macau Pataca - MOP . Adalah dinasihatkan korang tukar ke Hong Kong Dollar sebab nilai duit Macau kalau convert ke duit lain kebanyakkannya tak diterima. Nilai duit disana RM 50 duit Malaysia bersamaan dengan 100 Hong Kong Dollar 

AirAsia Menyediakan perjalanan terus ke Macau 



Sebagai salah satu lokasi pelancongan yang terkenal , AirAsia kini menyediakan perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Macau. Kalau dulu, pelancong yang nak ke Macau kena ke Hong Kong barulah boleh ke Macau. Kini dengan AirAsia terbang terus ke Macau yang mengambil masa empat jam dari Kuala Lumpur 

Jadi itulah serba sedikit cerita dan tips sepanjang Budak Pacak berada di Macau. Best things happen in 2014! Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada AirAsia dan  Macau Government Tourism Office kerana telah memilih Budak Pacak dalam trip ini , menyediakan tour yang sangat happening dan meleyan kerenah kiteorang . Harap nanti bawa lagi yer. kehkehkeh...

Alhamdulillah , selama 4 tahun berblogging  , ini adalah pencapaian dan penghargaan yang sangat tinggi pernah Budak Pacak terima. Malah balik dari trip ni makin banyak pulak peluang yang dapat . 

Kalau dulu orang selalu memperlekehkan kemampuan blog ini , tapi hari ini Budak Pacak dah buktikan sesuatu. Insyallah lepas ni akan ada sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi pada pembaca Blog ini. Nak tahu apa nantikan ye. Apa pun terima kasih atas sokongan korang . Love you guys! 

Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke 

https://www.facebook.com/MY.Macau

p /s ; gambar terpaksa recycle kes folder hilang.sedih kejap 

August 18, 2014

Photoshoot Studio Terbaik di Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Masih dalam mood raya? kehkehkeh..Baru - baru ni ada yang bertanya pada Budak Pacak mengenai gambar - gambar raya di studio. 





Kalau ada yang perasan , Budak Pacak ada post beberapa keping gambar tersebut di Instagram sempena BloggerRaya2014
Sebenarnya gambar - gambar tersebut adalah hasil tangkapan Clora Studio  di Studio Voxscape , Bandar Mahkota Cheras. 





Jangan terkeliru ye, Clora Studio merangkap sebagai photographer manakala Voxscape adalah nama studio fotografi mereka . 





Kalau korang tercari - cari pakej gambar perkahwinan terbaik , haa ini adalah jawapannya. Dah banyak sebenarnya hasil Clora Studio ni dan rata - ratanya semua berpuas hati sebab gambarnya memang terbaik . Bukan setakat gambar yer, rakaman video pun ada juga. 



Buat pengetahuan korang , kalau pernah tengok video klip Tasha Manshahar dan Syed Shamim bagi lagu Be Mine dan Masih Perlu , kedua - duanya merupakan hasil kerja Clora Studio dan rakan - rakan . 



Yang terbaru adalah rakaman video  black box bagi Lagu raya Shiha Mentor dan juga Encik Mimpi . Kedua - keduanya telah dirakam di Studio Voxscape . Dengar - dengar cerita , video klip dari Azlan Typewriter yang bakal keluar juga hasil daripada mereka.



Pernah tengok teater Projek Kahwin lakonan Izzue Islam dan Hanez Suraya? Clora Studio merangkap sebagai photographer rasmi mereka tau . 


Apapun kalau korang nak cari tempat photoshoot studio murah , tempat photoshoot konvo, tempat photoshoot studio terbaik , Budak Pacak cadangkan Clora Studio dan Voxscape . Sebelum ke sana, pastikan korang buat temu janji yer , nanti pergi tak ada orang pulak kehkehkeh. Terima kasih Clora Studio dan Voxscape atas hasil kerja yang menarik ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh ke 

Contact  : 0124250544
Entry ini adalah khas untuk BloggerRaya2014. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menaja dan menjayakan #BloggerRaya2014 
Photo by clorastudio
Venue by voxscapemy

wardrobe by qamelayopcreation_officially and hijrahcouture 

special thanks to destinationmalaysia


p /s ; Secara tak langsung dah jadi bidan terjun dalam bidang modelling ni . 

August 17, 2014

Tempat Menarik Di Macau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ini Budak Pacak nak sambung cerita mengenai   Media Familiarization Trip To Macau  anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Kalau yang lepas dah bercerita mengenai Pilihan Hotel di Macau,- Rujuk SINI , entry kali ini mengenai Tempat Menarik di Macau yang harus korang lawati . 



Macau salah satu tempat yang terkenal dalam destinasi pelancongan. Dekat sini terdapat pelbagai tarikan yang boleh dikunjungi seperti peninggalan gereja, bangunan sejarah Portugis dan banyak lagi.  

Sebelum itu, bila korang ke Macau, bolehlah hubungi Macau Government Tourism Office sebab mereka menyediakan pakej khas untuk pelancong yang datang. Senang bukan? mudah dan dipercayai. Sepanjang kami disini, pakej yang telah ditawarkan kepada kami adalah A tour Of Arts and Culture dan A tour of Historical Trials

Sebenarnya terdapat lagi dua pakej iaitu A tour of East Meets West dan A tour of Nature and Creativity tapi disebabkan trip kami agak singkat , hanya dua pakej dipilih. Lepas ini pihak MGTO kena buat seminggu baru puas kehkehkeh...




Perjalanan kami selama 4 Hari 3 Malam ini penuh dengan pengalaman yang havoc dan awesome gilaSatu pengalaman manis yang tak akan dilupakan sampai bila - bila . Jadi di bawah ini adalah beberapa tempat yang Budak Pacak cadangkan untuk korang singgah 



Macau Fisherman's Wharf 



Kalau nak tau , tempat ni lebih kurang macam Laman Seni Shah Alam. Cuma yang membezakannya adalah disini menempatkan restoran , tempat hiburan , membeli belah , konvensyen dan sesuai untuk korang yang suka bergambar. 






Salah satu tarikan terkenal di Macau . Dekat sini ada restoran Indian tau, namanya Taste of India. Sedap juga makan di sini. 

Macau Giant Panda Pavilion 

Budak Pacak tak berkesempatan lagi untuk melihat beruang panda secara dekat di Malaysia.  Dekat sini terdapat dua ekor panda  gergasi yang menjadi tarikan Kai Kai dan Xin Xin. Eh sama pulak nick name kita hahaha. 


ni replika ye. panda yang betul asyik tidur je dalam rumah dia 


Beruang ini adalah hadiah dari tanah besar China sempena ulang tahun yang ke 10 Macau. Tiket untuk masuk di sini bersamaan RM 5 di negara kita. 

Grand Prix and Wine Museum 

Disini terletaknya himpunan kereta dan sejarah mengenai pelumba seluruh negara . Macau kan terkenal dengan litar grand prix


Arsenio Dodjie, salah seorang pemenang Grand Prix 


Kalau nak tau sejarahnya bolehlah kesini. Budak Pacak tak masuk pun bahagian wine, sebab bukan minum wine pun hehehe...

Leal Senado Building and  Senado Square 

Leal Senado ini adalah tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana di sini terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh. 






Di sini, ada beberapa lorong yang wajib orang bergambar kerana dikatakan disini adalah lokasi penggambaran di dalam beberapa filem termasuk Boys Of Flower

St Dominic Church 




Jangan terkeliru ye bila tengok bangunan ni kerana ada satu lagi peninggalan sejarah yang menyerupai gereja ini. Gereja ini telah dijumpai pada tahun 1587 yang merupakan gereka Dominician yang pertama di China. Pada waktu malam kebiasaannya akan ada pemuzik jalanan yang membuat persembahan di sini. 

The House of Dancing Water 

Okay nak cakap dekat korang, sini adalah tempat favourite Budak Pacak . Sampai sekarang boleh ingat kehebatan persembahan ini. 







The House of Dancing Water ni bukan setakat air sahaja yang berirama yer,sepanjang persembahan dua jam ini korang bakal melihat aksi akrobatik di dalam air dan di udara yang mantap gilos. serius cakap so far ini adalah live performance paling hebat pernah Budak Pacak tengok! 

The Dragon's Treasure Show

Kalau tadi dah tengok aksi bermain air, sekarang kita lihat persembahan magis naga - naga pulak. Tempat The Dragon's Treasure Show ni berada dalam satu bangunan dengan The House Of Dancing Water iaitu di City of Dreams




Dalam Dragon show ni korang bakal duduk dalam glob gergasi dan melihat naga - naga keluar sambil mengeluarkan asap dan magisnya tersendiri. 

Venetian Macau 

Di Macau ni memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia dan tersenarai sebagai  salah satu tempat paling menarik di Asia




Menariknya di sini kesemua kemudahan  dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain. 



Percaya tak langit ni hanya lukisan dinding semata - mata 


Disini juga korang tak akan merasa suasana malam kerana tempat ini sentiasa berada dalam keadaan siang. 







Sempat juga kami naik Venetian Gondola menyusuri sungai buatan yang terdapat di dalam hotel ini. 

Kun Lam Statue 

Patung Gergasi yang terdapat di tepi pantai ini merupakan dewi Kun Lam yang menjadi kepercayaan mereka di sini. 


kelihatan patung dewi Kun Lam dan Macau Science Center


Patung setinggi 20 meter ini diperbuat daripada gangsa dimana dibawahnya terdapat pusat informasi bagi penganut Buddha , Taoism dan Confucianism 

Macau Tower 

Menara Macau atau Macau Tower merupakan menara yang ke 10 tertinggi di dunia dan yang ke 8 di Asia . 






Disini buat penggemar aktiviti sukan lasak korang boleh membuat bungee jumping di sini yang merupakan 'World's Highest Bungy Jump'. Selain itu, korang juga boleh lakukan aktiviti lasak yang lain seperti Skyjump, Skywalk X dan Mast Climb. Kalau korang pernah tengok running man, dorang pernah lakukan semua aktiviti ini disini. 

Ruin of St Paul 

Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh. Untuk pengetahuan korang, Ruin of St Paul adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO




Ruin of St Paul ni berhampiran dengan tempat kami menginap. Satu tips untuk korang yang nak cari tempat membeli cenderamata murah di Macau adalah dekat sini. Cuba cari satu kedai pakcik di atas Ruin of St Paul. Pakcik ni boleh berbahasa melayu tau . tapi taklah fasih sepenuhnya. Kami borong disini je sebab harganya jauh lebih murah 


MGM Water Aurora. Banyak pulak gambar selfie di Macau nih. kehkehkeh 


Sebenarnya banyak lagi tempat yang Budak Pacak nak kongsi dengan korang seperti The Bubbles , Michael Jackson Gallery , Tree of Prosperity , Dragon of Fortune , Performance Lake , Macau Science Center , MGM Water Aurora dan banyak lagi. 

Kalau cerita semuanya memang tak habislah kan hehe.. Pada pandangan Budak Pacak, secara keseluruhan hotel - hotel di Macau ini kesemuanya mempunyai tarikan tersendiri. Memang mengagumkanTidak hairanlah ada hotel di Macau ini dinobatkan sebagai antara hotel yang terbaik di dunia

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) sebab sudi menaja trip kami ke Macau. Ada masa jemputlah lagi hehehe 

Nantikan bahagian terakhir mengenai perjalanan kami di Macau!

Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke page mereka 







AirAsia Kini memperkenalkan Premium Flex ! 


p /s ; Rezeki semakin terbuka selepas balik dari Macau . Alhamdulillah.