Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

MaTiC Fest 2014 ? Apa itu? Sebelum itu izinkan Budak Pacak explain maksudnya. MaTiC ni merupakan singkatan kepada Malaysia Tourism Center yang terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. MaTiC ni berfungsi sebagai tempat informasi atau rujukan buat pelancong yang datang ke negara kita 



Disini selalu ada ja acara yang dijalankan. Bagi Budak Pacak sinilah tempat permulaan kalau travel kemana - mana. Di kesempatan  ini Budak Pacak nak jemput korang ke MaTiC Fest yang akan bermula esok, 31 Oktober hingga 2 November 2014 bertempat di Lanai , MaTiC . 

Apa yang ada disana? Banyak aktiviti menarik menunggu korang, antaranya korang boleh tengok poster kat bawah ni!

*Klik untuk zoom


Menarik bukan? Jadi kalau tak ada perancangan minggu ni, Jom Ke MaTiC Fest 2014 ! Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 


PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-9235 4800 / 03-9235 4848
Fax : 03-2162 1149

www.matic.gov.my

p/s: VMY 2014 dah nak habis :(


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Jenama Kasut yang popular, XES kini mempunyai butik cawangan baru di Quill Mall . Haa baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Quill Mall yang baru sahaja dibuka.Kiranya Butik XES di sini dibuka serentak dengan Quill Mall. 






Nak tahu dekat mana Quill Mall ni? Senang je, dia terletak di belakang Unikl Main Campus atau sederet dengan Hard Rock Cafe. 






Khabarnya Butik Premium XES ini direka mengikut vintage style beserta konsep soft modern. Turut hadir sama pada pelancaran butik tersebut adalah Duta XES 2014/2015 , Mico Pun bersama - sama model yang lain . 



Setakat ini, boleh dikatakan Budak Pacak adalah pengguna XES yang setia. Dengan tagline ' Superior Comfort for Happy Feet ' kasut dan barangan XES dah la murah, malah berkualiti setanding dengan jenama import yang terkenal. Kadang - kadang kasut import ni jenama je yang terkenal tapi kualiti tak tahan mana pun. 













Mempunyai hampir 80 cawangan di dalam Malaysia, XES menyasarkan untuk menjadi top 10 jenama rangkaian kasut di Malaysia 

Pada sesi pengenalan butik baru ini. sekali lagi Budak Pacak dan rakan media yang lain diberi peluang untuk memilih mana - mana barangan yang terdapat dalam Butik XES Quill Mall. Kali ini Budak Pacak masih lagi memilih kasut casual memandangkan banyak aktiviti diluar kawasan yang memerlukan kasut yang lasak. 

Untuk korang  yang berada di kawasan berhampiran, alang - alang ke Quill Mall, jangan lupa singgah ke Butik XES, jenama kasut yang dipercayai dan berkualiti! Terima kasih XES ! 


P /S : sesuai digayakan dengan mana - mana pakaian  

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh AirAsia untuk ke acara AirAsia Caterham Meet And Greet Session di Asian Aviation Centre of Excellence. Kalau nak tahu ini adalah salah satu aktiviti AirAsiaBloggerCommunity (AABC)

Bila dapat email je terus 'reply Yes' mana tidaknya, acara ini telah membawa Zulfahmi Khairuddin Ongetta-AirAsia , Johann Zarco dan Ratthapark Wilairot lebih dekat kepada AABC dan media yang hadir. 






Tambah pulak, Budak Pacak memang minat dan kagum dengan bakat Zulfahmi Khairuddin ni , jadi kiranya bila dapat peluang 'Meet and Greet' ni impian tercapai la..Terima kasih AirAsia ! 

Zulfahmi Khairuddin yang baru berusia 23 Tahun ini telah mencipta nama sebagai pelumba kedua dari Malaysia selepas Shahrol Yuzi yang sertai World Championship. Zulfahmi juga mencatat rekod tersendiri apabila terpilih dalam wildcard tempat yang ke 20 di Malaysian GP pada tahun 2009

Biodata Zulfahmi Khairuddin 



Pasukan : Ongetta-AirAsia 
Motor : Honda 
Tarikh Lahir : 20/10/1991 
Umur : 23 Tahun
Berat  :57 Kg
Tinggi : 168CM
Gelaran Dunia : 
- 2009 : 1st start in 125cc World Championship
- 2010 : 24th 125cc World Championship
- 2011 : 18th 125cc World Championship
- 2012 : 7th Moto3 World Championship
- 2013 : 12th Moto3 World Championship 

Pada sesi meet and greet juga, pihak AirAsia telah berbesar hati untuk menghadiahkan pass masuk ke Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix kepada seorang yang bertuah. 



Dan orang yang bertuah tu blogger Eazy Izzuddin, Untung tuan badan ye, rezeki harijadi la katakan hehe.. 

Buat korang yang minat dengan dunia permotoran ni, jangan lupa untuk sokong Zulfahmi Khairuddin di Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix pada 23, 24 dan 25 Oktober ini di Litar Sepang ! 

p/s : Cuba teka nama Budak Pacak ni diambil sempena dengan apa? kehkehkeh 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 



100 Tahun yang lepas, kapal Rusia, Zhemchug berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang yang ketika itu Malaya berada dalam jajahan British . Pada jam 4 pagi,  28 Oktober 1914 Kapal Jerman , SMS Emden yang telah diketuai oleh Kapten Karl von Mueller telah menyerang pelabuhan tersebut dengan mengebom Kapal Rusia, Zhemchug .



Zhemchug yang hanya mampu melepaskan satu torpedo gagal mempertahankan diri apabila dibedil oleh SMS Emden yang turut memusnahkan kapal Perancis, Mousquet

Dalam kalangan 250 orang anak kapal Zhemchug , seramai 88 orang telah terkorban manakala 121 orang telah tercedera. Kelasi Rusia yang telah diselamatkan oleh nelayan tempatan telah menjadi titik persahabatan antara Rusia dan Malaya .  



Sebagai rekod, 12 orang yang terkorban telah disemadikan di Pulau Pinang termasuk 2 orang di Pulau Jerejak.manakala selebihnya telah disempurnakan di Tanah Perkuburan Western Road



Sebagai memperingati peristiwa tersebut, Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Malaysia mengajak korang ke Majlis Penghormatan Ulangtahun ke - 100 Peperangan Pulau Pinang dimana korang berpeluang lihat sendiri bagaimana upacara ini dijalankan. 

Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas.


Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia dating ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak. 

Khabarnya kapal ' Russian Cruiser Moskva ' akan turut berlabuh di Pulau Pinang 28 Oktober ini sebagai simbolik memperingati majlis penghormatan ini . Budak Pacak pun Insyallah akan berada di sana. Jadi ampa yang dok Penang tu , pakat mai noh lepas tu ampa bawa cheq pi ronda..kehkehkeh ..

p /s : Terima kasih Kedutaan Besar Rusia dan Destination Malaysia atas jemputan ini 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Night Of Fright 2 Menakutkan!! Ya memang betul tu, selepas pergi ke Scare of School baru - baru ini (Klik SINI) , Budak Pacak telah dijemput ke Media Preview Night of Fright 2.





Serius cakap Night of Fright 2 berjaya menakutkan setiap pengunjung yang datang. Budak Pacak bersama rakan blogger yang lain telah mencuba kesemua tarikan seram disini. Dan setiap rumah atau checkpoint ternyata mempunyai tarikannya sendiri. 





















Antara yang sempat kami cuba adalah Horrorwood Studio - teater hantu yang menyeramkan , Shanghai Street - himpunan hantu cina berkumpul, The Mummy Revenge - tempat persemadian Hantu Mumia , The Zombie Apocalypse - Serangan zombie yang kelaparan , Escape From Pudu - himpunan roh yang tidak aman, dan banyak lagi. 








Kami juga telah dibawa sendiri oleh Mr Lynton V.Harris ke Dead End versi outdoor yang tidak dibuka pada orang ramai waktu itu. Siapa sangka tengah berjalan - jalan tetiba di belakang korang diekori oleh pontianak yang berlumuran darah , di atas kepala pula terdapat langsuir yang berterbangan dan dihadapan korang pula tiba - tiba ada pocong! 

(VIDEO) Night Of Fright 2 Experience Versi Selebriti 


Menjerit? jangan cakaplah..mujur Budak Pacak sempat juga tangkap gambar sambil - sambil berlari menjerit kahkahkah... 

Terdapat lebih dari 25 tarikan , jangan lepaskan peluang untuk ke Malaysia Biggest And Scariest Festival of Fear yang hanya tinggal 24,25,31 Oktober dan 1 November . Dengan tiket berharga RM 48 seorang, korang boleh main semua permainan termasuk roller coaster di Night of Fright 2 yang akan dibuka pada 730 Malam - 1030 Malam. Pada 31 Oktober pula waktu operasi akan dilanjutkan sehingga 1130 Malam. 

Terima Kasih Sunway Lagoon dan  Mr Lynton V.Harris

Come feel the fear....if you dare 

p/s : Pocong, Zombie dan Langsuir berjaya menakutkan kiteorang. hahaha