January 21, 2015

Kelebihan P1 Internet P1 ToGo


Kelebihan P1 Internet P1 ToGo | Baru - baru ini Budak Pacak mendapat banyak komen dan persoalan mengenai P1 ToGo ini . Rata - ratanya bertanyakan apakah P1ToGo , apakah kelebihan P1ToGo?

P1 Internet 

Sebenarnya P1ToGo ini adalah salah satu produk di bawah P1 Internet yang merupakan peranti broadband internet mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Kalau dulu kena cucuk baru boleh guna, sekarang tak perlu risau dengan adanya ToGo Broadband 

Apakah P1 Internet P1ToGo?

P1 ToGo merupakan modem yang menyediakan perkhidmatan wireless internet yang boleh digunakan di mana sahaja. Bagi Budak Pacak ini adalah satu kelebihan buat P1 Internet kerana dengan adanya P1 ToGo segalanya menjadi mudah.



Didatangkan dengan MiFi Broadband dan dengan pilihan satu harga,  peranti yang bersaiz kecil dan ringan ini mampu dikongsi sehingga 8 devices. Tak perlulah lepas ni tercari - cari cafe atau tempat yang mempunyai wifi.

Kelebihan P1 Internet P1ToGo 

Sebenarnya banyak kelebihan dia bila guna P1 Internet P1ToGo ini .Antaranya 

  •  P1 Internet menawarkan harga yang menjimatkan bagi penggunaan P1 Internet P1ToGo  untuk bila - bila masa. Ini bermakna penggunaan korang tidak tertakluk kepada had masa. Boleh gunakan peranti mereka di waktu peak hour atau off peak hour. Best kan 
  • Peranti on - the - go yang paling menjimatkan bila korang gunakan GB yang tertinggi.  Guna lebih dan bayar kurang 
  • Boleh dibawa  digunakan di mana - mana 
  • Saiznya yang fleksible memudahkannya dibawa ke mana sahaja termasuk di dalam poket korang
  • Boleh digunakan di tablet, Smartphone malam laptop juga pada satu masa
Pakej P1 Internet P1ToGo 

Terdapat beberapa pilihan pakej Internet plans yang boleh korang pilih



dan untuk peranti MiFi Broadband pula korang boleh pilih seperti yang berikut




Bagi Budak Pacak sendiri yang menggunakan P1 Internet P1ToGo MX 230  ternyata memang memuaskan. Mana tidaknya sebagai seorang pelajar , blogger dan juga penulis kesemua gadjet sentiasa disisi. Internet jangan cakap lah, memang wajib ada kalau tak kerja memang tak menjadi.

Sebagai rekod, sepanjang pakai gadjet seperti iPhone dan iPad, Budak Pacak tak pernah sekali pun beli data rangkaian. Cukup dengan peranti seperti P1 Internet segalanya menjadi dengan lebih mudah dan cepat 

Pengalaman Budak Pacak menggunakan  P1 Internet P1ToGo MX 230 

  • Penggunaan hampir 6 jam lamanya tanpa henti
  • Walaupun penggunaan lama, internet tetap berjalan dengan lancar berbanding sesetengah modem jenama lain
  • Liputan yang meluas 
  • Senang dibawa 
  • Turut mencuba menggunakan 5 devices pada satu masa dan masih berjalan seperti biasa 
Namun begitu, P1 MiFi ini agak sensitif sedikit jika terlalu banyak bergerak atau berada di dalam bangunan yang tinggi. Tapi rasa - rasanya modem jenama lain pun macam tu juga. 



Apapun secara keseluruhan Budak Pacak berpuas hati menggunakan P1 Internet P1ToGo. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pakej ToGo Broadband ini, bolehlah ke one stop center yang berhampiran atau layari  P1 ToGo Page: Klik Sini 


Oh ya! jangan lupa buat perbandingan P1 Internet P1ToGo dengan pesaing yang lain. Gerenti korang akan terkejut dengan kelebihannya. 

Jangan lupa dapatkan sekarang P1 Internet P1ToGo korang dan guna sampai muntah. LOL..

Sebelum Budak Pacak akhiri entry kali ini, Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada P1 kerana memilih Blog Budak Pacak sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan baru - baru ini. Tahniah juga kepada semua pemenang!

Korang Blogger? Jom sertai P1 Online Media Associate seperti kami dengan mendaftar dan Klik Sini

P1 Online Media Associates Facebook Group: Klik Sini 

P1 ToGo Page Klik Sini

Rating Budak Pacak untuk gadget ini - 3 Bintang 

4 Budak Rambut Pacak Komen:

POJIEGRAPHY BLOG said...

TQ for sharing this wahai budak pacak! :)

amirnawawi said...

Wah! 3 bintang tu..hahaha

Mawardi Yunus said...

Adakah kelajuannya sehingga berpacak2?

Wardah Aneesa said...

ermm, tengah cari brodband untuk stdy ni. okeyh ke p1 ni?