January 27, 2015

Party Of The Century Empire City

Party Of The Century Empire City   Baru - baru ini Budak Pacak telah diundang ke sebuah majlis yang  bertemakan Glamorous 1920, Party Of The Century Empire City. Majlis yang gilang - gemilang ini telah berlangsung di Empire City, sebuah kompleks perniagaan yang akan dibuka tidak lama lagi 






Menyingkap di sebalik tema Glamorous 1920,  tetamu yang hadir rata - ratanya tampil segak bergaya dan menawan dengan penampilan masing - masing. Semasa dapat jemputan ini. Budak Pacak pening juga fikir untuk cari pakaian yang bertemakan 1920. Instead of Tuxedo, I'm planning to come with something new and outstanding! 




Dengan bantuan dan tajaan FBA , I managed to get this awesome suit. Sesuailah kan dengan umur? baru rare!! Terima Kasih FBA!  




Majlis yang penuh gemilang dengan kehadiran VIP dan juga selebriti ini antara lain memperkenalkan Empire City kepada orang ramai. Kalau nak tahu apa yang akan ada di Empire City, boleh rujuk entry yang lepas di SINI









Bercakap mengenai selebriti, ramai selebriti dalam dan luar negara telah hadir bagi memeriahkan majlis dan juga membuat persembahan di sini seperti Kumpulan 2AM , Paris Hilton. Mark Vincent , Taboo dari Black Eyed Peas dan ramai lagi. 




Selain persembahan pentas , terdapat juga beberapa gimik lain seperti pertunjukan hologram Empire City, persembahan kumpulan drum dan akrobatik 


Selfie with Team50MY

Media Selfie. Spot us!

Bagi Budak Pacak sendiri, Party of The Century ini adalah pembuka tirai bagi event terbesar tahun 2015. Berpakaian glamour dan berjalan di atas red carpet. Adakah ada event lain yang mampu menandingi majlis yang berprestij ini ?

Congratulations Empire City 


Apa pun Budak Pacak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Empire City kerana menjemput Budak Pacak dan Team50MY memeriahkan majlis ini. Sudah pasti akan diselitkan sebagai Best Moment in 2015 !


p/s - Gambar yang spot cantik - cantik tu datang dari http://tellmewai.com . terima kasih kepada www.marcsjy.com sebab usahakan gambar untuk Team50MY !

4 Budak Rambut Pacak Komen: