January 03, 2015

Steamboat Terbaik Di Shah Alam


Steamboat Terbaik Di Shah Alam mesti ramai yang tertanya di mana bukan?Pada malam tahun baru 2015 baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh rakan blogger Meeya untuk ke satu sesi food review di salah satu restoran Steamboat terbaik di Shah Alam, D’Kayangan Steamboat & BBQ yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam



Buat korang yang nak ke sini. landmark nya senang sahaja.cuma cari Acapella Apartment kerana restoran ini betul - betul terletak di bawah apartment tersebut.Berbalik pada food review kita, selain Budak Pacak dan Meeya rakan blogger seperti Acul dan Hani turut berkesempatan sertai pada malam tersebut 



Menariknya disini adalah mengenai konsepnya dimana konsep restoran ini adalah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Dengan satu harga untuk seorang korang boleh makan sampai kenyang. 

gambar kredit - Acul 


Keistimewaan disini pula ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ mereka dan tak dilupakan sajian kambing panggang yang sentiasa menjadi kegemaran para pengunjung disini 

Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, 



kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi disediakan segar setiap hari. Bukan itu sahaja, aneka minuman percuma sejuk atau panas, pencuci mulut,buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC) juga boleh dapatkan disini. Pendek kata segalanya ada disini !

Berapa harga steamboat D' Kayangan?Kalau nak tahu steamboat disini berpatutan. Antara pakej-pakej yang ditawarkan:-

ALL YOU CAN EAT (Set 1)

Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 
HargaDewasa : RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja

Budak Pacak difahamkan restoran ini akan melalui beberapa transformasi dengan pengubah suaian restoran dengan menambah ruang yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada tahun baru ini .



 Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk korang para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah didalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.Wah makin banyaklah pilihan steamboat nanti! Yang sedia ada pun dah cukup banyak . 



Apapun sebelum korang datang kesini, Budak Pacak harap korang membuat tempahan sebelum datang ke sini. Bukan apa, sebab hampir setiap malam terutamanya pada hari cuti am tempat ini sentiasa dipenuhi orang. Nanti datang, orang ramai terpaksa tunggu lama pulak kan, jadi lagi bagus kalau korang membuat tempahan sebelum datang 

Jadi buat korang yang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai steamboat disini, bolehlah layari laman sosial mereka seperti yang tertera di bawah. Terima kasih kepada D’Kayangan Steamboat & BBQ yang sudi mempelawa kami datang ke sini. 


D’Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acapella Servis Appartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5523 4979
Facebook: Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Dibuka pada 5 petang - 2 pagi 

Rating Budak Pacak di sini :  4 Bintang 

4 Budak Rambut Pacak Komen:

Meeya Techik said...

tQ budak pacak sbb sudi dtg ! :)

budakbandunglaici said...

wow sedapnya..

Mek Onie said...

ni yang tak sabar nak try gak ni :D

Rawlins GLAM said...

Macam best je untuk buka puasa nie