Total Pageviews

Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown | Siapa suka makan Pizza Hut dekat sini? kalau ya korang dah cuba menu terbaru dorang yang unik dan ohsem gilos tu? Memperkenalkan Piza Pastry Crown yang tampil dengan gabungan lapisan inti yang manis, beserta dengan pastri mentega yang garing keemasan!







Ditambah pula dengan topping ketulan meatloaf ayam, bawang , nanas, capsicum, keju mozarella dan sos istimewa BBQ Tennesse . Mana nak dapat dekat Malaysia ni? gabungan rasa pastry dalam pizza. 

Sambil makan korang akan dapat rasa pelbagai keunikan dalam satu pizza. Tidak hairanlah ianya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia! 

Credit - Media Hiburan 


Budak Pacak sempat merasa keunikan ini semasa berada di Pizza Hut's Pastry Crown Pizza Blogger Party. Dalam masa yang sama turut memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Pizza Hut Quill Mall




Credit - Media Hiburan 


Bila dah makan serius cakap, buat korang yang sukakan keunikan, suka pasty yang manis - manis you guys should try this new pizza . Its totally different than others! 






Pada masa yang sama, majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkenal tanah air, Marsha Milan. Memang gamatlah suasana dalam Pizza Hut dengan keletah masing - masing .



Marsha promosikan Piza Pastry Crown terbaru 


Untuk Piza Pastry Crown ini, korang boleh dapatkan di mana - mana cawangan Pizza Hut berdekatan bermula dari 28 Januari hingga 31 Mac ini. Kalau rasa nak makan set lengkap,korang cuma perlu tambah RM 6.00  dah dapat Kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Kalau plan nak makan ramai - ramai , order je  Big New Year Box yang boleh dimakan 3 - 4 orang. 




Berharga RM 47.90 korang dah jimat sebanyak RM 11.80 tau dah la dalam tu ada Piza Pastry Crown, 6 Ketul Drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul Spicy Chicken fingers dan 2 sup cendawan Jadi jangan lupa untuk nikmati keunikan piza terbaru ini. 

untuk maklumat lanjut boleh ke 

Delivery

1 300 88 2525


Facebook

Twitter

Instagram
http://instagram.com/pizzahutmalaysia

Rating Blog Budak Pacak untuk Piza Pastry Crown 

Makanan - 4 Bintang
Harga - 4 Bintang 

Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown

by on 24.2.15
Gabungan Unik Dalam Piza Pastry Crown  | Siapa suka makan Pizza Hut dekat sini ?  kalau ya korang dah cuba menu terbaru dorang yang unik d...
Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes |  Selamat Tahun Baru Cina! Harap Budak Pacak tidak kelewatan untuk wish kepada kawan - kawan dan juga pembaca yang menyambutnya. XES Shoes, sebuah jenama kasut tempatan yang terkenal dan tidak asing lagi telah mengadakan sesi beramah mesra dengan rakan - rakan media.




Kalau nak tahu XES Shoes ini adalah salah satu produk dan jenama kegemaran Budak Pacak. So far, kesemua kasut Budak Pacak datangnya dari XES Shoes.  Selesa dan tahan lama untuk dipakai. 

Jangan ingat jenama XES ni hanya untuk kaum wanita, untuk para lelaki pun ada disini. Khabarnya pada Mac ini akan ada pelancaran koleksi terbaru, jadi sama- samalah kita tunggu..





Got Angpow too 

Untuk pengetahuan korang, pada majlis beramah mesra ala - ala Rumah Terbuka baru - baru ini, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pampering and grooming session, Yee Sang session dan juga photo shoot session.




Kalau yang blogger perempuan bukan main lagi dorang, siap make up, buat rambut bagai sampai tak cam muka. Tapi kiteorang yang blogger lelaki nak jugak enn, so rambutlah jadi mangsa untuk photo shoot session. 

Cakap pasal photo shoot, satu pertandingan antara blogger telah diadakan dimana kiteorang akan betanding untuk dapatkan 'like' terbanyak di Facebook. Pemenang bagi pertandingan ini akan  mendapat hadiah wang tunai RM 888.00 dan produk XES yang berjumlah RM 1,388.00 . 



Haa bukan untuk blogger sahaja tau, untuk10 orang buat  korang yang like dan support blogger yang menang juga akan mendapat hadiah sebagai tanda sokongan. Jadi jom ramai - ramai like gambar Budak Pacak 

Apa yang korang perlu buat  : 

Step 1 : LIKE Fanpage XES Shoes - http://www.facebook.com/xesshoes


Step 3 :Tag dan minta kawan korang untuk UNDI gambar tersebut dengan klik LIKE

Pertandingan ini akan bermula pada 17 Februari - 17 Mac 2015. Jadi jangan lupa untuk undi hehe 

p /s - most of the contestant adalah blogger perempuan, lets see if men power can win hehehe 

Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes

by on 23.2.15
Kemeriahan Tahun Baru Cina Dengan XES Shoes   |  Selamat Tahun Baru Cina !  Harap Budak Pacak tidak kelewatan untuk wish kepada kawan - ka...
Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah  |  Galactic laser adalah permainan laser tag  yang menggabungkan elemen digital dan laser. Cakap pasal laser, jangan risau tak merbahaya pun. Game ini sebenarnya ala - ala war combat, siapa yang terkena laser ni dikira kena tembak dan hilang nyawa untuk 7 saat. 






Baru - baru ini, Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain telah dijemput untuk memeriahkan lagi Galactic Laser Edisi Angpow Challenge di Mid Valley Megamall.  



Dimana untuk game kali ini turut disertai oleh para laser tag yang sememangnya dah pro dalam game ini. Kena pula battle dengan kiteorang , so paham - paham je la siapa yang menang kan ?



Sebanyak 3 pusingan game telah diadakan dan 3 peserta bagi setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi layak untuk bertanding di pusingan akhir. Ini adalah kali pertama Budak Pacak main laser tag ini, untuk 1st round hanya mampu kutip 1000 point iaitu tempat terakhir dalam kumpulan. 



Dalam game ini turut disertai oleh kanak - kanak umur 8 tahun. Haa kalah dengan budak - budak, malu disitu! Untuk last game pulak, blogger - blogger telah diberi peluang untuk battle sesama sendiri. Time ni memang puaslah tembak kumpulan musuh. 





Itu baru 1st round, tapi bila masuk game yang kedua dan ketiga, Budak Pacak lead balik dengan menduduki tempat ketujuh dan keempat. Kira hebatlah untuk yang pertama kali main kan 

Add caption





Sementara tunggu turn, main mini game dulu 


Yeay Dapat Angpow 


Untuk Galactic Laser Edisi Angpow Challenge, hadiah lumayan turut disediakan untuk para pemenang. Jadi tahniah kepada para pemenang. Korang memang hebat!



Apapun terima kasih kepada pihak Galactic Laser Mid Valley dan juga rakan blogger, Tommy kerana menjemput Budak Pacak dan rakan blogger yang lain untuk battle kali ini. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari http://galacticlaser.com/

Rating Budak Pacak untuk permainan ini 

Permainan - 4 Bintang
Harga - 4 Bintang 

Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah

by on 15.2.15
Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah   |   Galactic laser adalah permainan laser tag  yang menggabungkan elemen digital dan laser....
The Ballroom Grand Opening    |  Korang suka main boling suka karaoke?suka main dart? suka makan? suka main pool? atau suka kesemuanya sekali ?dapatkan semua kegemaran korang ini hanya di satu tempat iaitu, The Ballroom. Nampak macam best kan? 



Baru - baru ini Budak Pacak dijemput untuk ke  The Ballroom Grand Opening. Pusat hiburan ini terletak di NU Sentral yang pastinya akan membuatkan korang happy bila ke sini. Mana tidaknya , kalau dulu nak main boling ke sana ,nak karaoke kena ke sini. Sekarang dah tak payah, dengan The Ballroom segala - galanya ada disini! 










Tersedia dengan 24 lanes boling , pool and dart lounge dan KTV Karaoke , Budak Pacak rasa ini adalah tempat yang sesuai untuk korang hang out dengan kawan - kawan . Sambil bermain, boleh makan dan minum disini. Menu - menu makanan dan minuman pula tersedia mengikut pilihan dan citarasa korang


with blogger friends 

Disebabkan tangan tak elok lagi, kita main dua je la ye Adam, sampai tertidur haa 

With Buddy Buddies 


The Ballroom yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 1 pagi ini mempunyai kemudahan untuk korang membuat tempahan gathering, corporate event  dan juga private party


Selepas adanya The Ballroom ini, sudah pasti NU Sentral tempat pilihan Budak Pacak untuk lepak dan window shopping. Ditambah pula sekarang dah ada GSC Cinemas , so tak payah nak redah jem masuk ke Kuala Lumpur. Terima kasih The Ballroom! 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Ballroom ini, bolehlah layari 
Facebook Page:

Website :

Rating Blog Budak Pacak disini 

Hiburan - 4 Bintang 
Harga - 3 Bintang 

The Ballroom Grand Opening

by on 13.2.15
The Ballroom Grand Opening     |  Korang suka main boling ?   suka karaoke ? suka main dart ?  suka makan ?  suka main pool ?  atau suka k...
Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters   |  Ada penggemar  Kenny Rogers Roasters  di sini ? Kalau Ya ada berita baik untuk korang kerana pihak Kenny Rogers Roasters - KRR telah perkenalkan 4 menu terbaru, ' Kenny Cherish Meal' sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang tak lama lagi. 

Budak Pacak berkesempatan merasai kesemua menu terbaru ini dimana korang mempunyai pilihan untuk memilih Golden Treasure , Sourpreme Treasure Platter, Superior Rice Casserole  dan Superior Spaghetti Casserole










Bagi Budak Pacak punya favourite adalah Golden Treasure , kepingan ayam yang telah di grill  bersama sos lada hitam dimakan bersama Spicy Golden Rice dan dihidangkan bersama coleslaw dan sayur- sayuran yang chunky . Kalau dah tekak melayu tu, memang cari nasi jugak la kan 

Kesemua menu ini hanya untuk masa yang terhad sahaja dan range harganya bermula dari RM 12.90 ke RM 18.90 untuk satu hidangan. 



Sempena dengan musim perayaan ini juga, KRR telah memperkenalkan barangan eksklusif mereka seperti KRR card , KRR Journal dan juga soup mugs.  

Jadi jangan lupa untuk mencuba menu terbaru ini dan dapatkan barangan eksklusif mereka sekarang. Thank you Kenny Rogers Roasters for the invitation!

Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters

by on 12.2.15
Menu Perayaan Di Kenny Rogers Roasters    |  Ada penggemar   Kenny Rogers Roasters  di sini ? Kalau Ya ada berita baik untuk korang kerana...