Total Pageviews

Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah

Galactic Laser Edisi Angpow Challenge Meriah  |  Galactic laser adalah permainan laser tag  yang menggabungkan elemen digital dan laser. Cakap pasal laser, jangan risau tak merbahaya pun. Game ini sebenarnya ala - ala war combat, siapa yang terkena laser ni dikira kena tembak dan hilang nyawa untuk 7 saat. 






Baru - baru ini, Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain telah dijemput untuk memeriahkan lagi Galactic Laser Edisi Angpow Challenge di Mid Valley Megamall.  



Dimana untuk game kali ini turut disertai oleh para laser tag yang sememangnya dah pro dalam game ini. Kena pula battle dengan kiteorang , so paham - paham je la siapa yang menang kan ?



Sebanyak 3 pusingan game telah diadakan dan 3 peserta bagi setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi layak untuk bertanding di pusingan akhir. Ini adalah kali pertama Budak Pacak main laser tag ini, untuk 1st round hanya mampu kutip 1000 point iaitu tempat terakhir dalam kumpulan. 



Dalam game ini turut disertai oleh kanak - kanak umur 8 tahun. Haa kalah dengan budak - budak, malu disitu! Untuk last game pulak, blogger - blogger telah diberi peluang untuk battle sesama sendiri. Time ni memang puaslah tembak kumpulan musuh. 





Itu baru 1st round, tapi bila masuk game yang kedua dan ketiga, Budak Pacak lead balik dengan menduduki tempat ketujuh dan keempat. Kira hebatlah untuk yang pertama kali main kan 

Add caption





Sementara tunggu turn, main mini game dulu 


Yeay Dapat Angpow 


Untuk Galactic Laser Edisi Angpow Challenge, hadiah lumayan turut disediakan untuk para pemenang. Jadi tahniah kepada para pemenang. Korang memang hebat!



Apapun terima kasih kepada pihak Galactic Laser Mid Valley dan juga rakan blogger, Tommy kerana menjemput Budak Pacak dan rakan blogger yang lain untuk battle kali ini. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari http://galacticlaser.com/

Rating Budak Pacak untuk permainan ini 

Permainan - 4 Bintang
Harga - 4 Bintang 

1 comment:

budakbandunglaici said...

kena try ni.. tapi jauh la rumah dengan mid ni