April 07, 2015

Boat Noodle Perkenalkan Menu Terbaru

Boat Noodle Perkenalkan Menu Terbaru |  Siapa sini peminat Boat Noodle Budak Pacak berani gerenti mesti ada punya peminat tegar Boat Noodle. Kadang tengok gambar sampai bermangkuk - mangkuk korang makan . Untuk Budak Pacak sendiri sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat Boat Noodle ni yang menjadi trend sekarang. Bila dijemput oleh Bro Framestone ke sini, memang terus cakap ' YA' 



kredit to http://syafierabeauty.blogspot.com/


Baru setahun menapak di Malaysia , tetapi Boat Noodle mencatat sejarah sehingga mempunyai pengikutnya tersendiri. Sebelum Budak Pacak kongsikan dengan korang mengenai menu terbaru Boat Noodle, Budak Pacak nak jelaskan dengan korang mengenai status halal Boat Noodle. Yer la dulu terpalit kontroversi mengatakan Boat Noodle tidak halal


Sebenarnya Boat Noodle ni halal yer kawan - kawan . Mengenai kontroversinya terdahulu, ramai yang salah sangka dan keliru sebenarnya yang tak halal tu restoran lain bukanlah restoran Boat Noodle ini . 


Sempena kunjungan Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain ke Boat Noodle cawangan Berjaya Times Square Kuala Lumpur, sebanyak 9 menu terbaru telah diperkenalkan menjadikan Boat Noodle ni sebagai port makan yang pelbagai. Cakap pasal Boat noodle yang sememangnya terkenal dengan menu utamanya iaitu  grass noodle Ayuthaya dan Pathumthani

Chicken Ayuthaya 

Meat Ayuthaya 

Chicken Pathumthani 

Meat Pathumthani 



Kedua - dua menu ini berlainan dari segi tekstur , rasa dan warna nya. Bagaimana nak bezakan? caranya adalah jika pedas ianya adalah Pathumthani dan jika kuahnya sedikit cair itu adalah Ayuthaya . 

Melengkapkan hidangan ini adalah menu - menu terbaru seperti 

Thai Popeye Tempura 



Snek ringan daripada sayur bayam segar yang digoreng rangup menggunakan teknik 'Soo - Yot' dip . Soo Yot di Thailand bermaksud bagus 

Yum Mama 



Hidangan klasik mee segera yang dihidangkan bersama hirisan sosej ayam, filet ketam dan kekacang 

Yum Woon Sen



Buat penggemar seafood yang sukakan pedas korang kena cuba menu ini. Kalau tengok teksturnya ala - ala kerabu and Yes rasanya hampir menyerupai Som - Tam dan menu ini lagi unik kerana dicampur bersama udang segar , filet ketam dan juga bihun halus 

Yum Meatball 



Meatball sebagai pelengkap menu korang. Sebab tu ada Yum sebab dia simple tapi sedap

Boat Noodle Sangkaya 



Pencuci mulut daripada Thailand ini sesuai dimakan bila - bila masa sahaja. Sangkaya ini adalah kastard yang dikukus yang dimakan begitu sahaja. Rasanya yang lemak manis dan masin menjadikan kuih ini sedap dimakan panas - panas 

Bangkok Omelet with Sood Yut 



Menu telur dadar dimakan bersama nasi ini begitu unik sekali sehingga menjadikan ini adalah menu kegemaran Budak Pacak disini. Yang pasti telur dadarnya sangat creamy dan sedap dimakan begitu sahaja 

Kra - Pow Chicken Rice



Kra Pow di Thailand bermaksud Daun Basil Thai. Menu ini adalah street food di Thailand yang sentiasa menjadi kegemaran ramai 

Ice Blended Coconut

Haa tak payah nak pergi jauh - jauh ke Klebang sana nak minum coconut shake. Sebab Ice Blended Coconut di Boat Noodle fresh gilos sampai terasa pati kelapa nya 

Creamy Ice Blended Green Tea 

Haa ini favourite Budak Pacak. Rasa teh nya segar lagi creamy memang sesuai sangat jadi penyejuk tekak. For the record tempoh hari , Budak Pacak order dan minum sampai 3 cawan yer 




Kalau korang nak tahu, menu di sini akan kian bertambah dan dikemas kini. Selain glass noodle yang menjadi signature dorang, dengan ada nya menu - menu tambahan ini akan menjadikan Boat Noodle ini sebagai port makan yang best gilos. Tak percaya pergilah mana - mana cawangan dorang, kalau tak full memang tak sah. Jadi plan time dan tempat baik - baik yer 



Boat Noodle kini mempunyai 9 cawangan di Malaysia iaitu di Empire Damansara, The School Jaya One, Ikon Cheras , Berjaya Times Square, Publika, Sutera Mall Johor Bahru, Gamuda Walk Kota Kemuning, Klang Parade dan D'Pulze Cyberjaya 

Untuk maklumat lanjut mengenai Boat Noodle ini bolehlah ke Facebook page mereka 


Jutaan terima kasih kepada Bro Framestone dan Boat Noodle Berjaya Time Square kerana sudi menjemput Budak Pacak ke sini. Happy to the Max!

5 Budak Rambut Pacak Komen:

Yan Ty said...

gulp... kena gi try ni...

Hafiz Hafizol said...

dpulze tu sebelah je dengan office.. hati meronta2 gak nak masuk sana tengok org makan bermangkuk mangkuk.. tp partner makan pulak x de.. sedih nya hidup.. hahaha.

Mek Onie said...

tak hajak

aKSARAfENDI said...

kt cyberjaya dah ada.so, xyah gi jao2 lepas ni

ila haliqa said...

Hari ni kami nak pi try boat noodle dekat Jaya One. Hihi.