Total Pageviews

Pelan Internet Tanpa Had Dengan P1 ToGo

Pelan Internet Tanpa Had Dengan P1 ToGo | Packet One Networks Sdn Bhd atau  P1 telah mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma sebulan bagi korang yang melanggan di atas talian - Online 

Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. 




Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota. Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan belia macam kita. 

Pernah fikir tak kenapa data korang selalu habis? pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. 

Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.

 Awesome kan? Untuk pengetahuan, Budak Pacak dah pun berhenti guna perkhidmatan internet Y disebabkan masalah data yang selalu cepat habis dan tidak menentu. Sekarang stick dengan P1 pula 



Dengan P1ToGo,  Modem MX230 yang ditawarkan dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, korang  dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja korang berada 


Tak cukup dengan itu, berita baik buat korang yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya korang membuat langganan pakej secara online 


Tempoh kempen ini bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/ .


1 comment:

Unknown said...

Nanti Kalau Dia Col Nak Jawap Apa ? Pening Soalan Dia