Total Pageviews

Review Filem Avengers Age Of Ultron | Watsons Lancar Pengalaman Superhero

Review Filem Avengers Age Of Ultron   |  Watsons lancar Pengalaman Superhero  |  Budak Pacak bertuah kerana dapat menjadi rakyat Malaysia yang terawal menonton filem Avengers Age Of Ultron yang dibawa khas oleh Watsons 




Sempena Filem Avengers Age Of Ultron  ini, Watsons telah melancarkan kempen yang terbaru iaitu The Watsons Heroic Campaign yang bermula 23 April hingga 20 Mei 2015 yang dibuka kepada pelanggan dan pemegang Watsons VIP Card members .







Para pelanggan boleh berjumpa dengan watak - watak Marvels Avengers di rangkaian Watsons yang terpilih dan bergambar bersama di 3D Art Floor stickers dan gunakan #watsonsheroic untuk memenangi barangan eksklusif . 

Pada masa yang sama Watsons juga telah melancarkan Limited Edition Watsons VIP Card bertemakan Marvel Avengers dimana korang boleh mereka sendiri corak yang diingini. Kad ini boleh didapati di Watsons dengan harga RM 20 atau cuma upgrade kad korang kepada VIP Card yang baru. Dan sempena dengan filem ini juga laman web www.watsonsheroic.com telah diwujudkan 


Tak cukup dengan itu, Watsons turut memberi 4 pasang tiket Heroic Trip yang merangkumi Seoul, West Hollywood, Italian Aps dan New York City dimana negara ini telah ditampilkan dalam filem  Avengers Age Of Ultron . Untuk melayakkan korang memenangi trip ini, pastikan korang sign up VIP Card members atau membeli belah di watson dengan jumlah RM 80 ke atas. Hadiah ini ditaja khas oleh Johnson and Johnson . Jadi rebut sekarang mana tahu rezeki korang !


Review Filem  Avengers Age Of Ultron

Filem  Avengers Age Of Ultron yang merupakan kesinambungan dari filem Avengers yang pertama dan juga Captain America Winter of Soldier ini bermula dengan Tony Stark telah melakukan kesilapan dengan mencipta Ultron sebagai pelindung bumi yang terbaru. Namun sebenarnya Ultron adalah satu kuasa jahat yang baru muncul di antara tongkat sakti Loki terdahulu. Pada masa yang sama muncul pula The twin pasangan kembar Pietro aka Quicksilver dan Wanda Maximoff aka Scarlet Witch yang pada mulanya membantu kuasa jahat dan setelah tersedar kesilapan mereka akhirnya mereka menyertai pasukan Avengers. 




Pada kemuncak filem ini, muncul pula satu lagi watak baru iaitu Vision yang turut membantu menghapuskan Ultron. Di akhir filem ini , salah satu watak Avengers terkorban. Untuk selanjutnya korang kena tengok sendiri di pawagam berhampiran nanti Budak Pacak cerita semua spoil pulak kan? Terima kasih Watsons Malaysia kerana sudi menjemput Budak Pacak ke premiere filem ini !

Rating Blog Budak Pacak untuk filem ini - 4 Bintang 


Dapatkan Figura  Marvels Avengers sekarang. Baca dengan lebih lanjut di sini 

1 comment:

Korn Ahmad said...

awal2 ni panggung banyak penuh. jadi tunggu minggu depan bila dah kurang org baru nk prgi tgk...

*padahal gaji mggu dpn baru masuk nk tgk. haha