Total Pageviews

Senarai Acara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara 2015

Senarai Acara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara 2015 Baru  - baru ini Budak Pacak bersama – sama Projek Travel telah dijemput oleh pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara- JKKN ke Melaka menerusi program Jom Balik Kampung Bersama Media

Dimana tujuan utama program ini adalah bagi menghargai jasa pihak media yang bersama – sama menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKN seterusnya bagi membentangkan aktiviti – aktiviti yang bakal dijalankan bagi tahun ini








Program Jom Balik Kampung Bersama Media ini tersangatlah happening bermula dari awal kami bertolak sampailah ke Melaka. Sepanjang perjalanan, kami telah dihiburkan oleh kumpulan Alun Tradisi dan Fauziah Gambus yang namanya semakin naik dalam memartabatkan seni irama melayu melalui alat muzik tradisional



Pada sebelah malamnya tibalah acara rasmi iaitu JKKN  Highlights 2015 yang dibentangkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara , YBhg. Datuk Norliza Rofli. Kalau korang nak tahu, JKKN bakal menganjurkan 2,377 program seni budaya sepanjang tahun 2015 dimana ianya menjurus kepada pemuliharaan dan penyemarakkan seni budaya


Antara aktiviti  JKKN tahun 2015 yang bakal diadakan adalah seperti

Pementasan Traditional
  • Persembahan Dondang Sayang  - 27 & 28 Mac 2015
  • Dramatari Klasik India – 24 & 25 April 2015
  •  Mak Yong – 29 & 30 Mei 2015
  • Ghazal Parti – 28 & 29 Ogos 2015
  • Main Puteri – 18 & 19 September 2015
  • Opera Cina – 30 & 31 Oktober 2015
  • Koleksi Tari Klasik Malaysia – 20 & 21 November 2015
  • Bangsawan Tempatan
  • Raja Ku Puteh – 10 hingga 12 April 2015
  • Awang Kudis Buta – 8 hingga 10 Mei 2015
  • Kota Lukut – 12 hingga 14 Jun 2015
  • Nila Kesuma – 14 hingga 16 Ogos 2015
  • Opera Sri Bandaraya – 9 hingga 11 Oktober 2015
  • Sumpahan  Nujum Perawan – 13 hingga 15 November 2015
  • Dewa Satria Lestari – 11 hingga 13 Disember 2015 
Program Merakyatkan Seni

Pesta Angin Timur Perlis 2015 – 6 hingga 8 Mac 2015
Kampung Bohor Tui, Perlis

Festival Nasi Ambeng – 16 hingga 18 April 2015
Banghuris Homestay, Sepang Selangor

Cak Lempong Extravanganza – 2 & 3 Mei 2015
Auditorium Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Pesta Air Chenor – 23 & 24 Mei 2015
Jeti Chenor Pahang

Festival Wayang Gedek Kedah  - 30 Mei 2015
Kompleks JKKN Kedah

Perhimpunan Perguruan Silat Johor – 6 Jun 2015
Bukit Layang – layang Pasir Gudang Johor

Festival Rebana Perak – 7 Jun 2015
Kuala Kangsar Perak

Dikir Barat Perdana – 12 & 13 Jun 2015
Kompleks JKKN Kelantan

Festival Boria – 21 & 22 Ogos 2015
Fort Cornwallis Pulau Pinang

Gendang Melayu Sarawak – 12 & 13 September 2015
Kuching Waterfront Sarawak

Festival Permainan Rakyat – 18 & 19 September 2015
Kuala Lumpur

Rhythm of Kinabalu – 18 & 19 September 2015
Kompleks JKKN Sabah

Pesta Pantai Terengganu – 19 September 2015
Dataran Batu Burok Terengganu

Joget 1 Malaysia-  13 & 14 November 2015

Program Teras JKKN
  • Inspitari – 7 & 8 November 2015
  • Festival Tari Malaysia – 1 hingga 6 Jun 2015
  • Koir Kebangsaan
  • Kuala Lumpur Lake Garden Festival


Jadi jangan lupa semua untuk keep update aktiviti yang dianjurkan oleh JKKN. Budak Pacak sendiri telah hadir ke beberapa aktiviti anjuran JKKN sepanjang 2014 dan apa yang Budak Pacak boleh rumuskan adalah kesemua aktiviti yang dianjurkan bertaraf 5 bintang. 

Rugi kalau korang lepaskan peluang ini memandangkan tahun ini adalah MYFEST2015 jadi ambil peluang untuk turut sama memeriahkan budaya di negara kita 

No comments: