May 17, 2015

Apa Yang Menarik Di Macau ?

Apa Yang Menarik Di Macau   | Mesti korang tertanya apa yang ada dekat Macau ? Budak Pacak berani cakap, mesti ada diantara korang yang terfikir Macau hanya tempat untuk berhibur dan main kasino semata - mata. 

Maaf kawan - kawan, tapi kalau korang nak tahu Macau antara negara terbersih pernah Budak Pacak lawati. Malah Budak Pacak kagum dengan pembangunan dan tarikannya. Bila korang datang ke Macau dan masih blur nak fikir apa yang hendak lawati, korang boleh je hubungi Macau Government Tourism Office atau lebih dikenali sebagai MGTO. Dorang ada sediakan pakej pelancongan di Macau seperti historical walk, nature and art dan banyak lagilah. 

Pada entry kali ini Budak Pacak senaraikan 10 Tempat Menarik Di Macau berdasarkan pengalaman Budak Pacak di sana 

1. Ruin of St Paul 


Salah satu peninggalan sejarah yang turut tersenarai dalam UNESCO. Monumen sejarah yang wajib korang lawati bila datang ke Macau 

2. Senado Square 





Salah satu tempat shopping di Macau. Terdapat pelbagai barangan dijual termasuk jenama - jenama terkenal. Menariknya mengenai Senado Square ini adalah reka bentuk serta warna bangunannya yang begitu unik ! 


3. Macau Tower 






Dinobatkan sebagai tempat terjunan bungee tertinggi di dunia. Selain bungee jumping, korang boleh uji keberanian korang dengan mencuba Skywalk X dan Sky Jump

4. The Venetian Macau







Antara tempat favourite Budak Pacak di Macau, Hotel yang tersergam indah ini bukan sahaja hotel 5 bintang di Macau, malah di dalamnya terdapat replika dan shopping complex yang menyerupai Senado Square. Bila dah masuk , korang bagaikan berada di Itali dan bukannya di Macau. Jangan lupa untuk mencuba gondola ride !

5. Wynn Macau 






Jangan lupa bila ke Macau jelajah hotel - hotel yang terdapat disini kerana setiap mempunyai tarikannnya sendiri salah satunya adalah Wynn. Disini terdapat Tree of Prosperity dan Dragon of Fortune, Replika pokok dan naga gergasi ini pasti akan buat korang kagum 


6. Macau Fisherman Wharf 




Terletak berhampiran pelabuhan Macau, gabungan hotel , pusat konvensyen serta hiburan ini sentiasa menjadi tarikan para pelancong. Mana tidaknya, reka bentuk bangunannya menyerupai seni bina Itali yang terkenal iaitu Coliseum. Tak pernah ke Itali ? Dont worry , disini korang dah dapat sentuh Coliseum


7. Grand Prix Museum 





Grand Prix Museum ini bukanlah seperti muzium biasa. Di dalamnya terdapat puluhan kereta lumba dari zaman dulu hinggalah kini. Kalau nak tahu, Macau antara negara terawal yang mengadakan  perlumbaan Grand Prix . Sehingga kini perlumbaan ini menjadi tarikan dan kebanggaan rakyat Macau 


8. Sheraton Macao 

ubah setting untuk lebih kualiti 


Hotel yang terkenal bukan sahaja cantik dari segi landskap dan reka bentuknya malah tarikannya sangat menghiburkan. Jangan lupa untuk tengok perarakan watak - watak terkenal seperti shrek , penguin, madagascar dan banyak lagi setiap hari jam 3 petang. Masuk adalah percuma ! 


9. Mount Fortress 





Dibina pada 1617 hingga 1626, peninggalan sejarah ini mempunyai keunikannya tersendiri. Disini korang boleh lihat pemandangan Ruin Of St Paul dan juga keseluruhan Macau 

10 . The House of Dancing Water 





Persembahan bertaraf antarabangsa ini tidak akan menghampakan setiap pengunjung. Persembahan yang menelan belanja HKD2 Bilion ini menceritakan kisah yang beriinspirasikan sejarah dan budaya masyarakat Cina . Persembahan ini turut dinobatkan sebagai ' Most Extravagant Live Production ever staged in Asia ' 


Jadi itulah antara 10 tempat menarik yang terdapat di Macau . Sebenarnya ada banyak lagi. tapi ini adalah senarai yang Budak Pacak rasakan korang wajib pergi dan alaminya sendiri. Lagi cerita mengenai Macau, korang boleh klik link di bawah. Dan akan datang Budak Pacak kongsikan mengenai Restoran Halal Di Macau 





Terima kasih MGTO untuk trip yang awesome ini, untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/MY.Macau

0 Budak Rambut Pacak Komen: