Total Pageviews

EnerZ Extreme Park Indoor Pertama Di Asia

EnerZ Extreme Park Indoor Pertama  Di Asia |  Siapa peminat sukan lasak dekat sini ?  Kalau sebelum korang kena masuk hutan, pastu buat dekat luar takut hujan bagai ,sekarang dah tak perlu risau. 




Apa kata pergi ke EnerZ Extreme Park yang terletak di Subang Jaya. Dekat sini , korang main lah puas - puas tak payah risau hujan panas bagai sebab EnerZ ini adalah Indoor Extreme Park dan Sport Arena yang pertama di Asia. Dekat sini bukan sahaja ada sky ropes, dodge ball dan foam pits . Malah trampolines yang semakin popular juga ada dekat sini. 

Budak Pacak sempat juga ke sana dan cuba main trampolines ni. Dia punya feeling tu, macam budak - budak baru dapat gula - gula, hahaha excited habis! 




 Untuk pengetahuan korang, EnerZ telah memperkenalkan EnerZ G.S.T (gut builder, sky ropes, trampolines ) dimana peserta yang melakukan cabaran ini dikehendaki tag atau nominate kenalan dorang tak kira rakan ataupun keluarga di Facebook ataupun Instagram melalui #EnerzHereICome , #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe



Pada pelancarannya baru - baru ini. selebriti dan model terkenal , Amber Chia turut memeriahkan majlis dan mencuba sendiri pelbagai aktiviti disini.  Bagi ibubapa yang fikirkan kesesuaian aktiviti, jangan risau ada aktiviti yang direka khas untuk kanak - kanak. Jadi jangan risau, just bawa satu keluarga datang sini and have fun

ubah setting untuk lihat lebih jelas 


Mempunyai 80,000 ruang kaki persegi, selain aktiviti di atas , kemudahan seperti badminton court, kelas fitness dan martial art turut disediakan. Jadi jangan lupa datang sekarang, sahut cabaran dan tag kawan korang ! 

untuk maklumat lanjut mengenai EnerZ boleh ke 

Website : www.enerz.my 

No comments: