Memori Selera Desa Di Soi23

Memori Selera Desa Di Soi23 | Buat korang yang mengidam nak makan makanan kampung, ala - ala stall dan warisan desa apa kata cuba menjamu selera di Soi23 yang terletak di Pacific Regency Hotel Suites , Kuala Lumpur 



Memori Selera Desa adalah tema yang telah diperkenalkan oleh Soi23 sempena ramadhan yang bakal tiba. Jadi untuk bulan puasa nanti, korang boleh ke sini untuk berbuka dan nikmati sajian istimewa ini ! 







Dengan lebih dari 100 menu yang disediakan setiap hari , antara menu yang boleh didapati di sini adalah Gulai Telur ItikBelimbing BuluhGulai Pisang Muda, Tenggiri Gulai Bendi dan Ayam Masak Lemak Dauk Cekur .


Budak Pacak boleh katakan you can get the pure masakan kampung dekat sini. Giler terharu kot sampai nak nangis jumpa kuih - kuih lama yang dah berpuluh tahun tak makan. Nampak tak dekat situ, pasal makanan pun nak terharu bagai LOL...









Sajian ini sebenarnya adalah dari Chef Zairul. Malah ada beberapa makanan yang sememangnya resipi asal turun temurun keluarga Chef Zairul. Untuk korang yang suka memasak, Chef Zairul akan berkongsi resipi eksklusifnya di facebook rasmi Pacific Regency Hotel Suites ,  ( https://www.facebook.com/prhskl ) . Haa bukan senang nak dapat resipi eksklusif Chef Zairul dari Hotel 5 bintang ni. Jadi jangan lupa salin apa yang patut okay ? 




Paling heaven ! 




Harga buffet Memori Selera Desa ini adalah  RM103nett untuk dewasa manakala warga emas dan kanak - kanak pula RM59.00nett untuk sepanjang bulan Ramadhan. Korang amatlah digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal takut nanti pergi full house. Bukan tak tahu ramai yang cari makanan selera desa ni.


 Dan ada berita baik untuk korang! Kalau korang membuat tempahan lebih awal, korang boleh dapatkan harga Early Bird Promotion yang berharga RM 78 per nett dimana promosi ini akan berakhir pada 31 Mei ini

Jadi jangan lupa tempah sekarang dan nikmati memori selera desa berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur . Untuk tempahan boleh hubungi +603 2332 7777 ext. 6807 atau email fnbadmin@pacific-regency.com




Terima kasih Soi23 kerana menjemput Budak Pacak ke sini. Enjoy gilos ! 


2 comments:

POJIEGRAPHY BLOG said...

TEMPTING! TQ FOR SHARING THIS. GRRR. NOW I'M HUNGRY!

luqman zakaria said...

Nasib baik dah kenyang..haha.