Total Pageviews

Persembahan LED Iluminati Terbaik di Dunia Kini Di Resorts World Genting

Persembahan LED Terbaik di Dunia Kini Di Resorts World Genting |  Ada sesiapa yang pernah tengok musim keenam rancangan realiti TV terkenal, America's Got Talent dimana ianya menyaksikan kumpulan Iluminate mendapat tempat kedua dalam rancangan tersebut 




Kini, Resorts World Genting dengan bangganya membawa kumpulan yang dipilih sebagai ' the best new act in America '  ini ke Malaysia yang julung kali diadakan.  Gabungan lampu, muzik dan aksi daripada mereka ternyata membuatkan persembahan ini gila gempak .Budak Pacak sendiri dah melihatnya secara live dan Budak Pacak bagi rating 5 bintang untuk persembahan ini. 



Persembahan LED ini adalah gerak tari daripada penari yang memakai sut LED yang membawa para penonton seolah - olah ke dunia lain .Bertemakan Artistes of Light, persembahan selama 75 Minit ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. 



Jadi tidak hairanlah kumpulan ini sering bekerjasama dengan selebriti antarabangsa seperti The Black Eyed Peas dan Christina Aguilera. Malah kumpulan illuminate ini juga pernah ditampilkan dalam rancangan X Factor , Dancing with Star, The Ellen DeGeneres Show, Good Morning America, Billboard Music Awards dan American Music Awards 

Persembahan LED ini akan berjalan dari 3 April hingga 28 June 2015 . Harga tiket bermula 

Dewasa 
VIP - RM 198 
PS 1 - RM 138
PS 2 - RM 88

Kanak - kanak 
VIP - RM 98 
PS 1 - RM 68
PS 2 - RM 48 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan korang boleh hubungi www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 2718 111. Serius memang gempak !

1 comment:

Pojiegraphy said...

Wow! Nice. MMesti cantik kalau dapat tengok depan-depan!