May 24, 2015

Pilihan Berbuka Di Hotel Puri Pujangga UKM

Pilihan Berbuka Di Hotel Puri Pujangga UKM | Sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba dan mendapat jemputan yang tidak henti dari hotel - hotel dan restoran , dengan ini Budak Pacak ingin umumkan yang Blog Budak Pacak akan mencari dan review 30 port makan yang boleh korang singgah untuk berbuka bulan ramadhan nanti 



Untuk itu , pilihan kali adalah di Hotel Puri Pujangga yang terletak di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi . Menggunakan tema Citarasa Ramadhan , dekat sini terdapat pelbagai jenis makanan untuk berbuka nanti seperti Pecal kampung , Sup Soto Madura, Mee Mamak Puri , Nasi Beriani Gam , Ayam Percik Kelantan, Daging Tetel , Ayam Goreng Cencaluk dan banyak lagi. 








Kalau ditanya Budak Pacak, apa menu pilihan Budak Pacak disini, jawapannya adalah Nasi Beriani Gam Ayam , Gulai rempah Ayam Bertelur dan Roti John. Apa yang istimewa sangat Nasi Beriani Gam Ayam ? 







Entahlah kalau sekali pandang memang nampak sama je, tapi yang membezakannya adalah rasa! Cukup rasa dan cukup rempah memang berselera kalau makan bersama Gulai rempah Ayam Bertelur. 

Roti John dia pula memang special . Susah sebenarnya nak jumpa roti john dekat mana - mana hotel ataupun restoran. Kalau nak, terpaksa ke gerai atau bazar. Untuk di Hotel Puri Pujangga memang tebal dan padat dengan isi 









Selain menu - menu diatas , aneka pencuci mulut juga banyak disediakan, Antaranya adalah puding roti, pelbagai jenis kek dan juadah kuih muih melayu dan banyak lagi. Buah - buahan tempatan pun ada disediakan 





Kesemua citarasa ramadhan ini boleh didapati bermula 20 Jun hingga 15 Julai 2015. Harganya adalah  RM 70.00 bagi dewasa , RM 35.00 bagi kanak - kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun dan kanak - kanak yang berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Untuk korang yang membuat tempahan awal, layak mendapat harga promosi Early Bird dengan harga RM 60 per nett sebelum31 Mei 2015. Makanan ini akan dihidangkan bermula dari 7 malam hingga 10 malam 

Jadi kepada warga UKM , Bangi dan kawasan berdekatan bolehlah datang menjamu selera di Hotel Puri Pujangga 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 

Ms Khaila Khalid 
Email : khaila@puripujangga.com.my
Tel : 03 - 8927 4128 / 8926 2443 
H/p: 017 - 699 2437 


Untuk korang Instagrammers aktif boleh follow @Team_BBP dan @Khaiartzfar serta #JomRamadhanBBP untuk ketahui 30 Port Makan di bulan Ramadhan nanti 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Mak aih! Tengok gambar-gambar ni buat orang tak keruan. Meriah woih makanan dia!