May 30, 2015

Restoran Murah Di Wangsa Walk

Restoran Murah Di Wangsa Walk  | Haa korang mesti tak percaya kan ada Restoran Murah Di Wangsa Walk ? Yer la kalau standard mall , nak jumpa paling murah pun kadang - kadang nasi ayam saja pun dah RM 5.00 ++ . Tu tak termasuk GST bagai kan ? 




Sekarang ni kalau korang ke Wangsa Walk, rasa macam bajet kurang ataupun rasa nak makan macam-macam, Budak Pacak cadangkan makan di U Cafe yang terletak di Wangsa Walk. Kalau nak tau, sepanjang pemerhatian Budak Pacak mengenai restoran - restoran di shopping mall ini. U Cafe adalah satu - satunya Restoran yang menyediakan makanan yang murah bermula dari RM 3!


Apa yang korag dapat dengan RM 3 ni ? Haa kalau nak tau dengan harga RM 3 ni korang boleh dapat  Nasi Kukus Ayam Berempah. Murah kan ? Budak Pacak dan beberapa orang lagi telah dijemput untuk kesini bagi mencuba sendiri menu - menu yang ada di U Cafe 





Pada mulanya bila dihidangkan Nasi Kukus Ayam Berempah  , feeling macam dah kenyang la bila dah habis makan . Tiba - tiba satu persatu hidangan yang ada di U Cafe ini dihidangkan kepada kiteorang. Walaweh, ' main kasar' ni. Serius cakap, memang full tahap dewa kot! Dah la sedap dan susah untuk Say No. Nak tak nak, cubalah juga rasa sikit menu - menu yang ada antaranya seperti 


Ayam Belacan
Seafood Platter 

Combo Platter 

Bangkok Jaza Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf 

Nasi Lemak 

Spaghetti Aglio - olio with sea scallop 


Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Flying fish Rice with Soy Sauce or Thai Sauce 





Terliur tak ? Dari menu pertama hinggalah menu terakhir memang sedap. Jangan tak tahu sampai ada yang tapau. kehkehkeh 











Macam biasa, menu favourite Budak Pacak di U Cafe ini adalah sup daging dan set kombo western dia. Menu macam selalu dengar dan mungkin biasa bagi korang, haa tapi dekat sini, yang biasalah ni lah yang power ! 






Sup dia kalau teringat confirm punyalah boleh terliur. Dah tak nak cakap korang better pergi terjah sendiri ke U Cafe. Even baru - baru ini, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohamad Najib pun datang lepak sini. Kalau dah nama pun lepak ,mesti ada faktor tarikannya kan yang membuatkan beliau datang ke sini . 
Sempena Bulan Puasa nanti, U Cafe ini juga termasuk dalam senarai 30 Port Makan yang wajib korang kunjungi untuk berbuka nanti. Dengar - dengar banyak lagi menu baru akan diperkenalkan. Jadi sama - samalah kita tunggu .Terima kasih Bro Jamar dan U Cafe sebab jemput Budak Pacak makan dan naikkan berat badan dekat sini. hahahaa...


Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook U - Cafe -

Baca juga entry Bro Jamar di sini - http://jmr23.com/2015/05/27/siapa-dia-food-blogger/

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Mek Onie said...

nasi kukus tu murahnya!