June 27, 2015

AirAsia Free Seats!

AirAsia Free Seats! | Yeay AirAsia Free Seats! kembali lagi ! Korang dah check laman web AirAsia dan pilih destinasi kegemaran korang untuk perjalanan 15 Februari hingga 31 August 2016 ? Jika belum sila terjah sekarang sebab AirAsia telah menawarkan 3 Juta Tempat Duduk secara PERCUMA

 http://airasia.com/


Rugilah kalau korang terlepas peluang ini, sebab apa yang Budak Pacak tengok jadual dan harga bagi penerbangan tahun depan memang gila - gila murah dan berbaloi tambahan pula durasi untuk korang memilih jadual penerbangan  AirAsia Free Seats kena pada musim festival dan perayaan di kebanyakan negara. 

Kebanyakan negara ? Yes! Sebab dengan  AirAsia Free Seats korang boleh kemana sahaja yang korang inginkan tetapi ingat korang kena cepat, lambat nanti akan terteralah di skrin gadget korang - 5 more seats left , 4 more seats left , 3  more seats left , 2 more seats left , 1 more seats left dan akhir sekali Not Available pastu menangis sebab terlepas hahaha. 

Cakap pasal  festival dan perayaan , korang ada tak impian untuk melihat sendiri perayaan di negara orang secara lebih dekat ? Kalau Ya, apakah nama perayaan dan negara yang ingin korang lawati ? 



Jika diberi peluang dengan AirAsia Free Seats ini, Budak Pacak ingin membawa kawan baik Budak Pacak ke Seoul Korea ! Selain dari negara yang sangat cantik, Korea juga merupakan antara negara yang kaya dengan pelbagai perayaan dan festival yang menarik. Kalau sebelum ni, kiteorang asyik tengok dalam movie je , alangkah bestnya kalau dapat alami dan menjejak kaki sendiri ke Korea. Bak kata Wak Doyok, Ke Korea Ke Kita .hahaha

Tengah - tengah fikirkan pasal Korea, Budak Pacak datangkan imaginasi Budak Pacak melalui lukisan doodle di bawah. Jadi mari lihat apakah perkara yang menarik mengenai Korea dan festival di sana 

Penerbangan KUL - ICN 



Didatangkan dengan jadual penerbangan sebanyak 14 kali dalam seminggu dari Kuala Lumpur  (KUL)  ke Seoul (ICN) menggunakan AirAsia X , Korea menjanjikan 1001 kenangan yang pasti korang tak akan lupakan. Sebagai sebuah negara yang membangun, antara fakta menarik mengenai Korea adalah 

  • Kaya dengan makanan yang sedap sehingga terkenal di seluruh dunia 
  • Penduduknya adalah tua setahun dari jangkaan umur yang sepatutnya 
  • Negara yang mempunyai kompleks membeli belah yang terbesar di dunia 
  • Kesemua atap di Korea mempunyai lengkungan yang melambangkan senyuman 
  • Disini, diorang mempercayai setiap kelas darah mewakili perwatakan masing - masing 
  • Korean Kimchi tertakluk di bawah UNESCO
  • Negara yang mempunyai kelajuan internet paling pantas di dunia 
Bila dah kesini, sudah pasti kiteorang akan menjelajah bandar Seoul untuk melihat sendiri festival - festival yang ada. Antara festival yang terkenal dan wajib korang alami sendiri adalah 





Kalau nak tahu Bonghwa Eun-Uh yang bermaksud ikan manis hidup dengan aktif di perairan sungai Korea.





Festival yang menjadi acara setiap tahun ini sangat terkenal dan Budak Pacak difahamkan sungai di sini sangat jernih dan ikan - ikannya sangat banyak sehingga boleh tangkap menggunakan tangan . Selepas tangkap , kebiasaanya ikan tersebut akan dimasak secara fresh dan dimakan beramai - ramai! Kalau kiteorang pergi mesti meriah hahaaha




Yang ini pun best ! Festival ini merupakan festival ais terbesar di Korea  dimana korang boleh menangkap ikan , bermain ski, ice soccer dan banyak lagi . 






Kalau nak tahu, setiap tahun di festival ini berjaya mencatat lebih dari 1,000,000 pengunjung! Giler meriah . kalau kiteorang berjaya ke sini, ini adalah pengalaman pertama kiteorang bermain dengan ais ! 



Dah datang ke Korea , tak lengkap jika tak mencuba aneka makanan yang terkenal di seluruh dunia ! menerusi Festival Seongbuk Culture Diversity , iaitu festival pengenalan aneka makanan yang terdapat di Korea ini untuk diperkenalkan kepada para pengunjung. 



Kalau Budak Pacak and The Gang datang kesini, sudah pasti kami akan Eat Like Boss ! Tak sabar rasanya untuk mencuba Kimchi, Bibimbab , Korean Fried Chicken , Samgye-tang(Chicken ginseng pot), BBQ beef dan banyak lagi! 



Baju Melayu , Sari , Cheongsam dah memang jadi identiti di Malaysia.So Korea? once kiteorang dekat sini, pasti tak nak lepaskan peluang untuk sertai Hansan Ramie Fabric Cultural Festival iaitu festival pakaian tradisional yang diperbuat dari Ramie sejenis fabrik traditional. 





Di samping korang boleh mencuba pakaian - pakaian yang ada, korang juga boleh melihat pertandingan fashion show dan juga pertunjukan bagaimana pakaian ini dihasilkan. Pasti menarik bukan ? 

Haa jadi itulah antara festival yang Budak Pacak dan rakan - rakan teringin sangat nak sertai. Selain dari festival di atas, Korea turut highlight kan pelbagai festival yang lain seperti 

Menerusi AirAsia Free Seats , korang boleh pergi dan sertai pelbagai festival di seluruh dunia. Tetapi ingat kenalah booking terlebih dahulu dan promosi ini juga akan berakhir pada 28 Jun 2015. Jadi buat korang yang tak terjah laman web AirAsia tu pergi cepat dan klik http://airasia.com/



Terima kasih AirAsia atas promosi ini, Budak Pacak percaya ramai yang berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kapal terbang melalui promosi AirAsia Free Seat 


2 Budak Rambut Pacak Komen:

Sizzling Suzai said...

alahhh kalah laaahh sy macam ni!! (T.T)

Bro Framestone said...

3 perempuan + sorang lelaki.... bahagianya....