Total Pageviews

Restoran Halal Di Macau

Restoran Halal Di Macau | Kunjungan Budak Pacak selama dua kali di Macau ternyata banyak membantu korang untuk membuat persiapan dan kelengkapan untuk bercuti disana. Alhamdulillah , I'm happy to help ! Memandangkan ada yang request Budak Pacak senaraikan restoran makanan halal di Macau, kali ini Budak Pacak kongsikan dengan korang. 

Ada diantara makanannya yang Budak Pacak masih boleh bayangkan rasanya macam mana sampai sekarang. Cuma makanan disana agak mahal sedikit berbanding di tempat lain 

1. Taste of India 
Lokasi :  Macau Fisherman's Wharf 





Masuk ni, dua kali dah Budak Pacak makan disini, restoran makanan India ini dijamin halal, sebab di restoran nya terpampang besar sijil dan notis Halal . Menu yang Budak Pacak boleh recommend untuk korang cuba adalah Indian Chicken Tikka , Tomatoes Soup dan Portuguese Seafood Stew. Sedap okay ? Dia punya sup tu first time rasa dan sangat sedap. Sampaikan ada yang tak nak sup tu, Budak Pacak minta nak habiskan kehkehkeh 


2. Indian Garden 

Lokasi : Taipa 




Bila ke sini, jangan lupa cuba naan cheese dan ayam garlic butter! Sedap . Dekorasi dalaman dan luarannya membuatkan korang merasa berada di India. Jangan lupa untuk mencuba manggo lassi juga 



3. Aruna Maharaja Indian Curry 

Lokasi : Vila de Taipa

Kalau nak tahu Aruna Maharaja Indian Curry  ini adalah individu atau restoran pertama di Macau yang memperkenalkan masakan berkari. 



*gambar dari Trip Advisor since koleksi gambar Budak Pacak disana habis hilang*

Digelar The Curry Queen of Macau, restoran ini sangat terkenal di Macau dan sering dikunjungi selebriti dan orang  - orang kenamaan. Bila dah kesini jangan lupa untuk mencuba nasi beriani, Chicken Tikka dan yang paling wajib Kheer - Pudding with almonds and car damon 


4. Indian Spice Restaurant 

Lokasi : 39 Alameda Dr. Carlos D'Assumpcao, Vista Magnifica Court BG/RC,  Macau

kredit : Indian Spice



Mostly makanan dekat sini semua sedap - sedap. Kira berbaloi dengan harganya. Untuk itu, Budak Pacak cadangkan korang untuk mencuba Keema Matar - Minced lamb and peas dan Onion Kulcha - Soft bread stuffed with spiced onions. Kebanyakan restoran menyediakan makanan seperti ini, tapi dekat sini , Budak Pacak boleh katakan kedua - dua menu ni menambat selera 


5. Golden Peacock 

Lokasi : The Venetian Hotel 








Kunjungan Budak Pacak ke sini baru - baru ni berkesempatan untuk melihat demonstrasi penyediaan makanan. Restoran Golden Peacock ini juga terkenal di Macau malah chef dorang juga telah menerima beberapa pengiktirafan. Boleh dikatakan ini adalah salah satu restoran favourite Budak Pacak di Macau. Dekat sini, Budak Pacak nak recommend kan korang untuk mencuba semua jenis beriani dia, sebab sedap ! Dan dessert dorang, aiskrim atau Pistachio Kulfi. Marvelous ! 




6. Grand Coloane Resort 

Lokasi : Grand Coloane Resort 

Rindukan makanan di Malaysia ? Jangan risau dekat sini korang boleh terubatkan rindu korang dengan mencuba pelbagai makanan asia termasuk soto ayam. Hotel dan restoran yang diiktiraf halal ini bukan sahaja selesa malah menjamin kualiti makanan dorang. Bagi Budak Pacak, suka makan dorang punya beriani ayam. 







Besar gila portion dia, boleh makan dua orang kot. Sambil - sambil tu, baik menginap terus disini, pemandangan pun cantik sebab menghadap laut. Highly recommend! 

kredit : The Grand Coloane 




Sekian saja , cerita Budak Pacak di bumi Macau. Negara yang bersih dan cantik untuk diterokai. Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan! Buat korang yang terlepas mengenai perjalanan Budak Pacak di Macau, boleh baca di bawah ye




Terima kasih MGTO untuk trip yang awesome ini, untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/MY.Macau

1 comment:

y i e n said...

aduhhh.. semua pon nampak sedap sgt