Total Pageviews

Selfie Bersama EffortlessMan  Dan Menang Hadiah Besar | EffortlessMan ? Siapa dia ni? Superhero baru kah? Yup! Tepat sekali superhero terbaru dari Lazada!  Korang ada terjumpa superhero ni dekat Pavilion minggu lepas? Hahaha Terkejut orang disekeliling dan ramai gilos yang nak bergambar dengan superhero ni. 



Sebabnya superhero ini telah muncul untuk campaign by Lazada yang terbaru. Sekarang Lazada tengah menganjurkan 2 contest dengan hadiah yang best tau iaitu Cash dan Shopping Voucher di Lazada Malaysia. 

Eh best kot kalau dapat Voucher dari Lazada, boleh shopping nanti. Setiap superhero mesti ada 'power' dia enn? Nak tahu apa yang dia buat? Haa mohon tengok video di bawah yer. Sebagai fakta, EffortlessMan ni tingginya  200cm iaitu 2 meter! Kemain bukan tinggi.Budak Pacak pun baru 175cm 



So , macam mana nak menang contest ni? Haa korang hanya perlu click link dibawah ini and komen jawapan untuk soalan berikut :


Dimana EffortlessMan akan pergi selepas Pavilion?

Hadiah : RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari 

Kalau korang terserempak dengan EffortlessMan ni, jangan lupa rebut peluang  untuk selfie together and upload dekat personal FB korang dan jangan lupa tag #LazadaMalaysia #EffortlessManHunt untuk peluang memenangi RM100 cash! Contoh macam diorang ni :


Sekarang Lazada Malaysia  tengah buat sale iaitu The BIG Effortless Shopping Sale dari 27 july hingga 31 july! Banyak gilos  diskaun and siap ada flash sale. Korang boleh klik banner bawah ni ye! Jangan lepaskan peluang ni :)




untuk maklumat lanjut layari : http://www.lazada.com.my/effortless-manhunt/

Selfie Bersama EffortlessMan Dan Menang Hadiah Besar !

by on 30.7.15
Selfie Bersama EffortlessMan  Dan Menang Hadiah Besar !   | EffortlessMan ? Siapa dia ni? Superhero baru kah? Yup! Tepat sekali superhe...
Koleksi Ucapan Hari Raya Terkini | Pejam celik dah nak sambut bulan Syawal. Budak Pacak pasti mesti ada diantara korang yang tercari - cari ucapan hari raya terkini , pantun raya dan juga SMS raya kan? So disini Budak Pacak senaraikan antara ucapan dan pantun  raya yang korang boleh gunakan untuk menghantar pada kenalan dan keluarga tersayang 

Dikesempatan ini Budak Pacak ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri kepada semua followers, kenalan Blog Budak Pacak. Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat salah dan silap selama Budak Pacak berblogging dan juga sepanjang perkenalan.  

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati - hati di jalan raya. Pandu biar perlahan asalkan selamat tiba ke destinasi. Selamat Hari Raya semua ! 



Photo By : Voxscape - https://www.facebook.com/voxscapeMY

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara, bila 
langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidulFitri 1 Syawal 1436H Minal aidin 
wal faizin. Mohon maaf lahir dan batin.

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya 

kuramas kau punya… kau ramas ku punya

kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)

kemudian kita goyang bersama.

itulah tanda kita bersalam mesra,

Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata 
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu, 
Kupinta maafmu sedalam batinku. 
Selamat hari raya Idul Fitri
1 Syawal 1436H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf zahir dan batin.


Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu, 
Kupinta maafmu sedalam batinku,
Putihkan hati, beningkan jiwa,
Ukirkan senyuman seikhlas rasa,
Selamat hari raya Idul Fitri.
Minal aidin wal faizin.
Dari sahabatmu "Nama anda".

Kambing tua naik LRT,
katak pisang tercekik tulang,
walau sms saja yang diberi,
itu tandanya ingatan tak hilang.

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat

5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan! SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI buat semua! 




 Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

A time for reflection & a time for forgiving.
"Selamat Hari Raya Aidil fitri, 
maaf zahir dan batin and Happy Holidays". 
Safe journey and driving -- 

syawal bakal menjelang tiba
lambang kemenangan umat Islam
menunaikan ibadat penuh kesabaran
ampun dan maaf saya  pinta
andai ada luka lama yg terpendam
sy hanya manusia biasa,tidak terlepas dari kesilapan.
selamat menyambut hari raya...


Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.....

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya....

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.....

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.....

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di Hari Raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.....


alau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. 
Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. 
Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar 
dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)


“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah 
saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.
”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah 
yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah 
disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap 
dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. 
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
Dari (nama penghantar dan family)


Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm 
gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN 
& MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati 
Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms 
dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. 
Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. 
(nama penghantar dan family)

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS 
dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)


Sumber : Google 

Koleksi Ucapan Hari Raya Terkini

by on 16.7.15
Koleksi Ucapan Hari Raya Terkini   | Pejam celik dah nak sambut bulan Syawal. Budak Pacak pasti mesti ada diantara korang yang tercari -...
Hotel Baru Di Resorts World Genting |  Walaupun Taman Tema Resorts World Genting dalam proses transformasi secara besar - besaran ke Century Fox World Theme Park, pembinaan dan perubahan yang lain tetap ada dari semasa ke semasa. 



Terkini, First World Hotel baru sahaja membuka semula tower 2 Annex yang sebelum kini dalam proses transformasi dan kini dah siap sepenuhnya dalam masa setahun setengah. Budak Pacak dan rakan blogger yang lain telah dijemput khas oleh pihak Resorts World Genting - RWG untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman di bilik First World Hotel yang terbaru



Budak Pacak difahamkan semasa kunjungan kiteorang ke sini, ianya baru sahaja dibuka dalam masa 3 hari sebelumnya. Dalam fasa yang pertama sebanyak 412 bilik hotel telah dibuka untuk orang ramai dan lebihan sebanyak 874 dijangka akan dibuka tidak lama lagi menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 1286 bilik





Kalau nak tahu jumlah bilik yang terdapat di hotel ini adalah sebanyak 7,351 bilik yang merupakan salah satu hotel yang terbesar di dunia. Hebat kan? Tak cukup dengan itu, bila korang jejakkan kaki ke sini, korang akan terpegun melihat 3D Television Visual, muzik yang menghiburkan serta dekorasi hotel yang lebih menarik di Tower 2 ini 






Selaras dengan pembukaan bilik yang terbaru ini, servis perkhidmatan disini juga dipertingkatkan. Antaranya adalah Self Check in Kiosk yang merupakan pertama dan tercanggih di Asia





So lepas ini buat korang yang dah buat pre advance booking, tak payah susah - susah. Cuma pergi ke kiosk ini, swap, atau bayar secara cash di mesin ini dan serta merta kunci bilik korang akan dikeluarkan oleh mesin ini. Canggih kan ? 




Mesti korang tertanya apakah pembaharuan yang dilakukan pada tower ini ? Selain dari dekorasi luarannya , susunan dan reka bentuk bilik juga berlainan dari sebelum ini. Antaranya kaca pemisah antara toilet , shower dan sinki yang berwarna hijau, papan kekayu yang berwarna pasir , serta kemudahan - kemudahan lain yang disediakan untuk kemudahan pengunjung 



Bila Century Fox World Theme Park dibuka pada tahun 2016 nanti. First World Hotel antara penginapan hotel yang mudah dan terdekat untuk korang ke sana. Selain itu, disini juga senang untuk korang ke Genting International Convention Centre, Horizon 50 , Arena of Stars dan yang terbaru akan dibuka tak lama lagi, Sky Avenue Mall . Tak sabar pulak rasanya ! 

Kalau korang ada apa - apa pertanyaan dan untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118 

Hotel Baru Di Resorts World Genting

by on 15.7.15
Hotel Baru Di Resorts World Genting  |  Walaupun Taman Tema Resorts World Genting dalam proses transformasi secara besar - besaran ke Cen...