Total Pageviews

Hari Raya Bersama Coca Cola

Hari Raya Bersama Coca Cola  | Eratkan silaturahim bersama rakan dan keluarga pada Ramadhan dan Hari Raya dengan Coca-Cola. Tahun ini Coca-Cola akan memeriahkan lagi hubungan persaudaraan dengan memperkenalkan tin dan botol Coca-Cola yang dicetak dengan ucapan, kata-kata mesra dan gelaran orang tersayang di atasnya.



Lapan reka bentuk edisi terhad dengan cetakan ucapan “Selamat Berbuka Puasa”, “Maaf Zahir dan Batin”, “Salam Ramadhan”, “Syukuri Nikmat”, “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, “Eid Mubarak”, Terima Kasih” dan “Kekalkan Persaudaraan” disediakan.



Dengan pembelian Coca-Cola 1.5L PET, korang dapat memilih daripada 24 nama panggilan orang tersayang seperti “Mak”, “Ayah”, “Atuk”, “Nenek”, “Kakak”, “Abang”, “Adik”, “Pakcik”, “Makcik”, “”Pak Long”, “Mak Long”, “Pak Su”, “Mak Su”, “Member”, “Jiran” dan “Bro”.  




Untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim, korang boleh membuat nukilan tersendiri pada tin Coca-Cola apabila mengunjungi roadshow atau jerayawara Coca-Cola di seluruh Malaysia dan membeli 4 botol 1.5L PET Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W,  Heaven and Earth atau Minute Maid Pulpy (bersama-sama sekurangnya sebotol Coca- Cola).



Jerayawara Coca-Cola akan diadakan selama sembilan minggu bermula 6 Jun di 44  pasar raya besar yang terpilih termasuk Giant, Tesco, Mydin, AEON dan AEON BiG di sekitar Lembah Klang dan juga di bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia Barat, dan juga Malaysia Timur.




Kalau nak tahu Elfira Roy, Fizo Omar, Dayang Nurfaizah dan Black bekerjasama dalam iklan TV Coca-Cola dan kolaborasi muzik video Coca-Cola bersama Media Prima yang disiarkan pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa nanti.

Budak Pacak dah dapat koleksi Budak Pacak sendiri daripada Coca- Cola , korang bila lagi ? Hurry Up guys! 

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapat tin Coca-Cola dengan nukilan 

tersendiri dan jerayawara Coca-Cola, layari facebook.com/cocacolamy

No comments: