July 15, 2015

Hotel Baru Di Resorts World Genting

Hotel Baru Di Resorts World Genting |  Walaupun Taman Tema Resorts World Genting dalam proses transformasi secara besar - besaran ke Century Fox World Theme Park, pembinaan dan perubahan yang lain tetap ada dari semasa ke semasa. 



Terkini, First World Hotel baru sahaja membuka semula tower 2 Annex yang sebelum kini dalam proses transformasi dan kini dah siap sepenuhnya dalam masa setahun setengah. Budak Pacak dan rakan blogger yang lain telah dijemput khas oleh pihak Resorts World Genting - RWG untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman di bilik First World Hotel yang terbaru



Budak Pacak difahamkan semasa kunjungan kiteorang ke sini, ianya baru sahaja dibuka dalam masa 3 hari sebelumnya. Dalam fasa yang pertama sebanyak 412 bilik hotel telah dibuka untuk orang ramai dan lebihan sebanyak 874 dijangka akan dibuka tidak lama lagi menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 1286 bilik





Kalau nak tahu jumlah bilik yang terdapat di hotel ini adalah sebanyak 7,351 bilik yang merupakan salah satu hotel yang terbesar di dunia. Hebat kan? Tak cukup dengan itu, bila korang jejakkan kaki ke sini, korang akan terpegun melihat 3D Television Visual, muzik yang menghiburkan serta dekorasi hotel yang lebih menarik di Tower 2 ini 






Selaras dengan pembukaan bilik yang terbaru ini, servis perkhidmatan disini juga dipertingkatkan. Antaranya adalah Self Check in Kiosk yang merupakan pertama dan tercanggih di Asia





So lepas ini buat korang yang dah buat pre advance booking, tak payah susah - susah. Cuma pergi ke kiosk ini, swap, atau bayar secara cash di mesin ini dan serta merta kunci bilik korang akan dikeluarkan oleh mesin ini. Canggih kan ? 




Mesti korang tertanya apakah pembaharuan yang dilakukan pada tower ini ? Selain dari dekorasi luarannya , susunan dan reka bentuk bilik juga berlainan dari sebelum ini. Antaranya kaca pemisah antara toilet , shower dan sinki yang berwarna hijau, papan kekayu yang berwarna pasir , serta kemudahan - kemudahan lain yang disediakan untuk kemudahan pengunjung 



Bila Century Fox World Theme Park dibuka pada tahun 2016 nanti. First World Hotel antara penginapan hotel yang mudah dan terdekat untuk korang ke sana. Selain itu, disini juga senang untuk korang ke Genting International Convention Centre, Horizon 50 , Arena of Stars dan yang terbaru akan dibuka tak lama lagi, Sky Avenue Mall . Tak sabar pulak rasanya ! 

Kalau korang ada apa - apa pertanyaan dan untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118 

0 Budak Rambut Pacak Komen: