Total Pageviews

Lagu Raya Klasik

Lagu Raya Klasik | Sekejap je rasa, Aidilfitri pun bakal menjelma tidak lama lagi. Budak Pacak pasti , nanti masa di Aidilfitri mesti banyak lagu - lagu raya dimainkan. Dan sudah tentu lagu - lagu raya klasik yang menjadi perhatian dan kerap kali dimainkan di corong radio 



Sempena Aidilfitri nanti, komposer dan penyanyi terkenal , Imran Ajmain merakamkan sebuah mini album Hari Raya yang diberi judul Aidifitri : Karyacipta Seniman Yusnor Ef. Mengandungi 4 lagu raya popular karya Pak Yusnor  Ef seperti Joget Aidilfitri (Sanisah Huri ) , Suasana Riang di Hari Raya (Junainah M Amin), Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri nyanyian Sanisah Huri yang telah diberi nafas baru dan pembaharuan dalam susunan muzik 

Imran Ajmain bersama - sama Pak Yusnor Ef , Dato Fazley Yaakob dan rakan penaja Melur & Thyme , Ruza Malaysia dan Indigital


Lagu - lagu ini istimewanya telah dipilih sendiri oleh Pak Yusnor Ef dan disusun semula oleh Along Exists dengan citarasa Imran Ajmain selaku pencetus arah tuju gubahan. Pada majlis pelancarannya baru - baru in, Budak Pacak sempat dengan preview lagu - lagu raya ini yang telah dinyanyikan live oleh Imran Ajmain di Melur & Thyme NU Sentral 

Dato Fazley Yaakob memperkenalkan Pak Yusnor Ef 


Memang sedap ! So , buat korang yang nak dengar dan dapatkan lagu - lagu raya klasik yang telah diberi nafas baru ini boleh dapatkan di aplikasi streaming muzik seperti Spotify pada penghujung ramadhan ini .

2 comments:

Syira Lokman said...

kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

budakbandunglaici said...

jap nak google dalam youtube